Tak sangka ini kali kedua julia dan family kecil datang ke sini lagi, tapi kali ini dengan geng ipar duai dan anak-anak buah gamat sungguh tau hehe...of course Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh Perak. Kali ini kami menginap di hotel bandar ipoh nak tahu dimana nanti akhir entry ini julia akan sertakan link...dulu kami beli tiket masuk Lost World of Tambun (LWT) dengan cara walk in, ramai tau nak beratur, so kali kedua nak pi kami buat keputusan nak beli secara tempahan online.

Cara nak buat tempahan online
Pertama sekali korang masuk website Lost World of Tambun klik SINI. Kemudian, daftar lah apa yang patut. Macam kami dua orang ni dah memang ada kad membership Sunway Pals so mudah nak masuk beli melalui online. Kalau korang nak pergi dalam jumlah group ramai dan ada anak kecil ramai, julia cadangkan dan memudahkan hidup korang nanti buat tempahan tiket melalui online. 

Harga tak murah la...sama je macam harga walk in, cuma yang bezanya dekat sana korang tak perlu beratur tengah panas buta dengan anak-anak semata nak beli tiket walk in yang panjang berjela, korang boleh terus bawa salinan email tempahan online tu di kaunter online. 

Kaunter online di LWT memang tak ramai orang, dah la teduh, laju punya lane, korang tak rebut peluang keemasan macam ini rugi banyak. Yang penting anak-anak dan anggota keluarga tak bosan menunggu dan boleh terus masuk themepark. Hoorey!


Kan betul kan cakap julia? Memang online purchase punya lane tak ada orang, kaunter walk in masyaAllah panjang dengan geng family day memasing, kesian tengok anak-anak orang kena berteduh semata tunggu ibu dan ayah beratur demi nak beli tiket. Padahal melalui online tak sampai 5 min semua siap, print je tunjuk kat sini. 

Settle ! Ingat pesan julia, asal nama Sunway themepark apa sahaja booking online mudah...hujung jari je.

Loker simpan barang
Lepas dah selesai urusan tiket, terus masuk dalam untuk staf LWT cek barang dalam beg untuk keselamatan, nanti korang pi kaunter dalam tu cari nak sewa loker, ada size besar dan kecil, boleh simpan barangan berharga dalam tu mudah nak berjalan sana ke mari kan.

 Ada orang tu kan tak menyabor dah nak masuk mandi hahaha sesiap dari hotel tau pakai baju mandi...umi suruh pakai baju biasa dulu dia tak mau hahahahhaa kelakar tau abam Qaiser ilman korang ni...haishh bukan tak pernah datang masa kecik2 dulu...dulu masa kecik penakut dengan air...jerit satu themepark terlolong2 takut air...sekarang dah umur 4 tahun lebih air takut dekat abam Qi tau...lari semua air hahahha 

Masuk je kali kedua kat sini memang hati selalu terpaut kepada gahnya gunung ganang dan keindahan alam flora fauna yang terpahat disini...cantik sungguh! Inilah rombongan ipar duai julia dengan anak buah...seronok!

Pergi hari sabtu memang ramai orang, tapi nak buat cm ne ramai orang lah syok sebenarnya boleh tengok betapa happeningnya disini tau. Nak naik keretapi ini pun kena que line tau...seronok pi ramai2 tak terasa sangat bosan que lane sebab syok dok menyembang hehe

Lihat julia snap ni....betapa tingginya hutan batu kapur ni kan....
perghhhhhhhhh cantik! Dengan kehijauan sana sini, mata tak putus-putus tengok.


Bagi kalian peminat kucing macam julia, harus jejak kat Catopia, dulu masa julia pi 2 tahun lepas belum ada lagi tau rasanya...ke tak ingat...tapi rasanya belum ada lagi...sekarang ada dah...dalam ni best boleh tengok bermacam jenis kucing luar dan dalam negara. 

Swan Lake
Tempat paling julia sukai sekali, paling suka disinilah, Swan Lake. Kawasan ini sangat mendamaikan hati, boleh lihat banyak ikan koi gemuk-gemuk sambil kita boleh beri makan dengan harga satu paket tak mahal pun, lepas tu boleh beramah mesra dengan itik-itik yang comel2. Syok!





Seronok Qaiser ilman (baju biru) beri makan pada itik dan ikan koi, gemuk-gemuk tau haiwan kat sini bagi makan.

Kandang harimau, belum ada lagi tiger show sebab masa ini diorang tengah tidur lagi.

Hahahaha sapa berani?
Julia tak mau masuk...sebab bawa abam Qi kan dia bukan suka layan hantu hahaha

Sekali bayar semua korang boleh naik ulang-ulang...naik lah sampai penat, kat sini ada food court korang boleh makan jangan risau, harga tak ada lah murah mana...boleh tahan gak lah harga makanan kat sini.



Petting Zoo
Kalau korang naik keretapi tu, jangan lupa singgah ke Petting Zoo tau, disini adalah dunia haiwan-haiwan kecil, bermacam-macam jenis haiwan anda antaranya Abang Jebat...nilah dia Abang Jebat si ayam katik jinak kan julia pangku hehehe

Lawanya baju burung kakak tua, tidur pula dia.

Lost World of Tambun memang syurga untuk anak-anak kalian, lihatlah telatah Qaiser ilman suka betul bagi makanan ikan didalam sungai buatan tu. 

Sekawan hamster rasanya...ke ada nama lain lupa dah...comel tau si putih tu makan carrot hehehe rasa nak picit!

Qaiser ilman bersama geng sepupunya...meriah tau...macam mana diorang besar nanti ye, tak sabar nak tengok diorang semua membesar dengan sihat dan kuat :D

Lawanya masyaAllah...jinak2 ikan tu bila Qaiser ilman tabur makanan....seronok tak terkira sampai habis makan dalam paket tu.

Kami dah selesai mandi puas-puas, seronok lah tak terkira kepuasan terpancar di wajah setiap ahli keluarga julia...syukur...


Duta Lost World of Tambun hahahha lihatlah wajah abam kesayangan korang ni...muka tak puas hati nak kena balik hotel dah...dia kalau tak kecut mandi memang meraung la tak nak balik hehehe...nanti kita datang lagi ye abam Qi alololololo.

Untuk kalian yang hendak ke sana, boleh baca entry lepas julia dibawah ye untuk rujukan penginapan dan entry selanjutnya dulu-dulu...selamat rancang percutian bajet dan indah belaka khas untuk korang semua...bye! 

KLIK: 

7 Comments

  1. bagus info ni ju.. kitorg nak gi 1 family next month.. kena book online la mcm ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Teringin nak pergi 😊

    ReplyDelete
  3. bestnya naik swan tu. tapi sekarang dag start school holiday mesti penuh kan

    ReplyDelete
  4. bestnya...saya bru je beli online td... x sabar nk g bercuti bersama-sama keluarga.. terima kasih atas makluman...

    ReplyDelete
  5. Mcam mana nk beli utk tarikh trtentu?

    ReplyDelete
  6. Kalau bayar entrance fee tu maksudnya kita boleh masuk untuk semua tempat dalam tu lah kan ke masih ada tempat yg terkecuali?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)