Khamis sudah...sekejap je dah nak penghujung Nov 2016 kan...hari ni julia nak karang entry santai je, diharapkan korang yang tengah baca dalam keadaan sihat selalu luar dan dalam...dalaman hati pun kena sihat baru terpancar keikhlasan diwajah...2 month ni kerja dari pagi sampai malam sangat padat...so minggu depan 1 week break dari rutin yang memerlukan fokus dan kualiti kerja yang diinginkan...okey.....

Nak tanya pendapat korang...'Hidup ini perlu apa selain buat sesuatu mengejar redha Allah?'

Happy...Smile...Why so serius!
Ya....hidup ini perlu 'Happy & Smile'

Saling berkait kan...kalau happy tak senyum tu rasa macam pasangan tak sudah...ibarat macam orang cakap...

kau happy ke...aku happy...kenapa? 
raut wajah ko pun aku dapat baca macam sesuatu...

haaa gembira ni tak boleh disorok...kena dipancarkan melalui perbuatan atau dipancarkan dengan senyuman kan...kalau kita sorokkan gembira macam tak lepas keluar ko pasti rasa macam ehhhh aku menunjuk ke...tak lah...manusia perlu tunjuk dia gembira...sebab caj-caj positif gembira ni akan menerawang merayap kepada orang lain pula tau...

Ibarat korang gembira menerima pertolongan orang...kita ucap terima kasih sambil senyum ikhlas pada si penolong....si penolong pun rasa gembira...dia terbitkan rasa syukur gembira dia kepada Allah...atau dia kongsi gembira dengan seseorang yang dia rasa nak kongsi gembira tu....

Itu lah namanya gembira yang mengembirakan serta digembirakan...haaa fahamkan maksud...saling berkait, saling menyebarkan gembira...at last gembira tu berpanjangan...bersambung-sambung...

"Ia bermakna anda telah membuat keputusan untuk melihat di luar ketidaksempurnaan"

Betul dan setuju sangat mutiara kata diatas...kita gembira bukan menunjukkan kita telah ada semuanya, berkata oh aku memiliki segalanya (jangan membandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain, ujian setiap orang pun lain-lain kan)...perfect kata orang sekarang kan...

Hidup sederhana...cara kita...kalau mampu lebih dari itu...kita ucap TQ ALLAH !
Biarlah tapi kita gembira dengan acuan kesederhanaan hidup kita, jikalau orang lain menerima rezeki lebih...ucaplah alhamdulilah...mana tahu satu hari nanti Allah acu hidup kita gembira dengan cara lain yang tak disangka-sangka...ucap kalimah Alhamdulilah, Astagfirullah banyak-banyak...sekarang julia tengah latih my son baca surah Al-Fatihah...dan dia sekarang dah pandai sebut Lailahailallah banyak kali...syukur, ini pun gembira kan...seronok sebar gembira anak kecil 4 tahun lebih mengikut surah pendek...

Mulai esok...julia off day 4 hari...Jumaat sampai Isnin, Selasa datang keje sebab ada meeting Puspa...then nak sambung cuti sehari lagi kot...nak habiskan sisa cuti rehat berbaki...okey korang jangan lupa...senyum dan sebarkan senyuman...orang tak balas senyum tak apa...anggap kita tengah senyum depan Allah...

Kan manisss tu senyum...lawa tau!
Selamat berhujung minggu dan bercuti sekolah semua...julia ke mana?
Tengok angin dulu hahaha bye!

8 Comments

  1. i know, klu juju cuti panjang tu ada la krojer jln2 dia tu,ke mana kita niiiii..
    i wait n see u at FB hahahaa

    ReplyDelete
  2. Selalunya kalau tengah senang hati automatik wajah ni ceria dan senyum aje memanjang kan kak Juju :) Wahh tumpang seronok dengan abang Qi. Cuti panjang nak ke mana tu kak? Hehee :)

    ReplyDelete
  3. Gembira, bergembira yg mengembirakan.

    ReplyDelete
  4. ore klate kato, happy sokmo..

    jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl yang cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Tak serius..kekeke..tp kalau marah serius giler :)

    ReplyDelete
  6. wahh..nk ke mana tu..nk ikottttt..hikhikhik

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)