FIBROID dalam DIAM !
Kali ini julia nak share perkongsian kesihatan wanita dari anak dara sampai lah ke nenek pun isu kali ini memang sangat penting kita kena ambil tahu. Korang tahu tak ketumbuhan bukan kanser tau, ketumbuhan yang tumbuh di dalam atau di luar rahim wanita terjadi daripada sel-sel otot rahim yang normal dan mula berkembang menjadi tak normal.
Sel berlipat dan membesar akhirnya rahim jadi bengkak, kadang-kadang berlipat kali ganda besar dari saiz rahim yang asal. Takut kan! Terus pegang perut...eh rahim...hmmm jom baca apa faktor utama terjadinya FIBROID.
Perkongsian dibawah julia ambil dari sumber yang dipercayai dalam Google...harap ia jadi satu sandaran dan titik awal bagi kita untuk tangani masalah wanita dalam diam ini. Jom buat medical checkup setahun sekali pun okey dah untuk area rahim kita...moga dijauhkan dari penyakit ini. Amin.
➡ 25% wanita mengalami fibroid dan kebanyakkannya terlalu kecil untuk memberikan sebarang gejala.
➡ Fibroid kerap dikesan secara tak sengaja semasa ujian ultrasound untuk masalah lain.
➡ Tiada kepastian tepat tentang apa yg menyebabkan fibroid terjadi, tetapi kajian menunjukkan ketumbuhan ini bergantung kepada kehadiran hormon estrogen.
➡ Ia tak terjadi pada kanak kanak disebabkan kekurangan hormon estrogen dan ia mengecut atau hilang selepas menopaus dimana apabila tahap estrogen jatuh.
FAKTOR - FAKTOR LAIN
👉 BELUM BERKAHWIN - Wanita yg tak pernah hamil lebih berisiko untuk mendapatkan fibroid.
👉 HAID AWAL - Wanita yg mengalami haid pertama sebelum usia 10 tahun lebih cenderung utk mengalami fibroid.
👉 PIL PERANCANG - Wanita yg mengambil pil perancang adalah kurang berisiko untuk mendapat fibroid.
👉 SEJARAH KELUARGA - Wanita yg mempunyai ibu atau adik-beradik yang mempunyai fibroid rahim adalah lebih cenderung untuk mengalami fibroid juga.
JENIS - JENIS FIBROID
➡ FIBROID INTRANURAL - tumbuh di dalam dinding rahim.
➡ FIBROID SUBMUCOSAL - tumbuh di bawah lapisan dinding dan kadang kadang menonjol ke dalam rahim.
➡ FIBROID SUBSEROSAL - tumbuh di permukaan luar rahim.
➡ FIBROID PEDUNCULATED - tumbuh di luar rahim cuma bercantum sedikit dengan rahim atau bertangkai.
Fibroid boleh tumbuh dalam pelbagai saiz, bentuk dan bilangan.
SIMPTOM ATAU GEJALA FIBROID
👱 Tempoh haid yang panjang
👱 Pendarahan yang banyak
👱 Sengugut
👱 Kembung
👱 Sakit pelvis
👱 Sembelit
👱 Kerap kencing
👱 Sakit semasa hubungan seks
👱 Sebahagian pakar percaya bahawa sesetengah fibroid boleh mengganggu kesuburan dan kehamilan. Sebagai comtoh, fibroid submucosal boleh menyekat implantasi embrio (implantation) yang boleh menjurus kepada keguguran berulang.
DIAGNOSA
1. Ultrasound (US)
2. Pengimejan resonans magnet (MRI)
3. Histeroskopi
CARA RAWATAN
💉 Fibroid boleh dirawat dengan pilihan bukan pembedahan atau pembedahan.
💉 Tunggu dan lihat - Cuma segelintir kecil akn mengalami mengucutan fibroid secara semulajadi. Kebanyakannya akn membesar lepas beberapa tahun.
💉 Pil Hormon-Pengambilan pil hormon boleh membantu mengurangkan haid yg banyak
💉 Injeksi Hormon-Boleh membantu mengurangkan saiz fibroid untuk sementara waktu sahaja. Ia diberikan sebagai persediaan pembedahan kerana ia boleh mengurangkan komplikasi pembedahan terutamanya myomectomy.
💉 Mirena-Bertindak mengurangkan darah haid sahaja. Tpi tak akan mengurangkan saiz fibroid.
RAWATAN TAMBAHAN
Wanita yang mengalami kekurangan darah akan diberikan suplemen zat besi untuk menaikan tahap hemoglobin sebelum pmbedahan fibroid
1. Pembedahan myomectomy 🚑
💊 Ia dilakukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempunyai anak.
💊 Kurang dari 40 tahun.
💊 Fibroid baru mungkin akan tumbuh dan wanita mungkin akan mengalami pembedahan kedua, ketiga dan seterusnya.
💊 Myomectomy boleh dilakukan mengunakan teknik laparoskopi.
2. Hysterectomy 🚑
💊 Membuang keseluruhan rahim termasuk fibroid.
💊 Tak nak anak.
💊 Histerektomi menyembuhkan dan menghalang fibroid dari tumbuh semula.
💊 Pembedahan abdomen atau laparoscopi.
3. Uterine Artery Embolization (UAE) 🚑
💊 UAE adalah satu prosedur di mana salur darah yg memberi makanan kepada fibroid disekat dengan dengan partikel khas.
💊 Fibroid akn kecut secara beransur-ansur tapi tak semua jenis fibroid sesuai menjalani prosedur ini.
" INDAHNYA CIPTAAN TUHAN !
OVUM KELUAR DARI OVARI SEORANG WANITA ! "
<3 Utk pertama kalinya dlm sejarah para saintis di Belgium tlh berjaya merakam proses awal pada reproduksi manusia dgn jelas iaitu keluarnya sel telur (ovum) dari ovari seorang wanita.
<3 Menurut Dr Jacques Donnez dari Universiti Katolik Louvain (UCL) di Brussels, proses pelepasan ovum dari ovari itu dirakamkan ketika dia sdg melakukan operasi histerektomi kpd wanita. Gambar-gambar yang menakjubkan dikeluarkan dlm majalah New Scientist.
<3 Secara semulajadi, wanita normal akn mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur setiap bulan ketika memasuki fasa subur. Namun begitu, sejauh ini belum ada ahli saintis yang mampu merakam secara jelas dan terperinci detik keluarnya sel telur manusia dari ovari wanita. Sel telur dlm gambar tersebut adalah milik seorang perempuan berusia 45 tahun berasal dari Belgium.
<3 Sel telur dihasilkan oleh folikel-folikel, kantung-kantung berisi cairan, di bahagian dlm ovari yg pada masa ovulasi akan mengeluarkan benjolan kecil berwarna kemerahan yang kelihatan seperti di dalam gambar. Telur-telur akan muncul pada hujung benjolan tersebut dengan bentuk sel-sel yang mirip seperti jeli. Setelah keluar dan lepas dari benjolan tersebut, sel-sel kemudian akan menuju ke tiub fallopio utk disenyawakan oleh sel sperma di dalam rahim. Detik itu berlaku sekitar 15 minit.
[ Sumber : Mr Google & Pakar Sakit Puan ]
7 Comments
mama akak dlu ada fibroid..kena operate...akak aritu pi check gk sbb bila period sengugut...sbb ada bc if period kerap sengugup kemungkinan ada cyst or fibroid...tp alhamdulillah pegi checkup aritu dua2 tkde
ReplyDeletetakut kan kena selalu check up
ReplyDeleteadoi takutnya. kita ni perempuan macam macam kena jaga, ye tak
ReplyDeleteCici memang period awal -,- darjah 4 dah datang. pastu betul ke planning pill tu kurangkan risiko? laju laju pegi carik T_T
nauzubillahiminzalik..mntk Allah jauhkan kita dr sume ni..ngeri sgt tgk..
ReplyDeletetq ju atas info2 ni..br bape ari lps mencari2 jgk sbb ade kes kt cni..dh jumpe..tq ju..
mmg penyakit yg sering menghantui wanita...akak sendiri ade fibriod .... sedang kawal pemakanan...mkn ubat hormon....akak pun dah book tarikh doktor hamid utk operate....harap2 sempat kecut sebelum operate..takut woo nak operate2 huhuhu
ReplyDeleteinfo yg bagus juju. org perempuan ni bnyk benda nak kena jaga, pemeriksaan kesihatan start umur 35 tahun dah bolh buat pemeriksaan.
ReplyDeleteSeram pulak Nani baca. Huwaaa. Moga terhindar dari penyakit sebegini
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)