Assalamualikum, salam sejahtera. Rasa macam dah lama tak update blog. Ada yang rindu ke nak baca hehe. Semalam, kami sepasang suami dan isteri sepakat nak hadiahkan sesuatu untuk pasangan masing-masing. Itu pun kami simpan hasil tabungan berniaga kecil-kecilan kami, ada lebihan apa salahnya kita beri hadiah yang punya citarasa sama dan sebijik sama. Keluarga J keluaran Samsung terbaru iaitu J7 Prime kami sunting buat kenangan kegunaan harian kami. Bila bawa ke mana sahaja, kita mesti ingat pasangan beri hadiah ini, harap husband pun begitu juga tatkala menggunakan hp ini ingat julia selalu hehe.

Baru keluar dipasaran
Untuk pengetahuan korang, smartphones ini baru je dirasmikan pada bulan September 2016. Kira baru lagi dan hangat dipasaran. Masa kami singgah di dealer sah Samsung, ramai juga yang belek smartphones dan buat pembelian termasuk kami hehe.

Kalau nak cerita tentang kelebihan smartphone, semua brand pun ada kelebihan masing-masing kan, tak perlu julia buat perbandingan sangat. Cuma apa yang penting disini adalah penghargaan buat diri sendiri dan pasangan. Bila kita berusaha secara sambilan, kemanisan inilah yang kami perolehi. 

Kami pilih warna sama White Gold, memang itulah yang kami berdua suka, so sama-sama dapat kepentingan.

Samsung Galaxy J7 Prime pilihan kami kerana boleh baca disini klik spesifikasi.

Samsung Galaxy J7 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Melengkapkan peranti ini adalah kamera hadapan 8-megapixel dengan lensa F1.9, selain kamera belakang 13-megapixel dengan lensa yang serupa. 
Kamera hadapan juga dilengkapi lensa rakaman luas untuk memudahkan anda merakamkan gambar berkumpulan dengan mudah. Peranti ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh untuk penggunaan sepanjang hari.
Seperti siri J lain, pihak Samsung turut menawarkan fungsi Ultra Data Saving Mode pada peranti ini yang mampu menjimatkan penggunaan data oleh pelbagai aplikasi pada telefon pintar ini. (Rujukan http://sembangmaniac.blogspot.my/)
Aplikasi Samsung Galaxy J7 Prime

MEMORI
  • Memori Internal 32 GB
  • Micro SD up to 256 GB
  • RAM 3 GB
KAMERA
  • Kamera Utama 13 MP
  • Autofocus
  • LED Flash
  • Video 1080p@30fps
  • Kamera Depan 8 MP
  • LED Flash
BATERI
  • Baterai Li-Po 3300 mAh
  • Non-Removable
SENSOR
  • Fingerprint
  • Accelerometer
  • Proxymity
  • Compass



Sedap di pegang, julia suka smartphone yang tak besar sangat tak terlalu kecil sangat, just smart sebesar tapak tangan mudah untuk julia wassup dan snap gambar. 

Pilihan phone case kali ini julia pilih warna Bronze. Nampak matang dan fokus disitu dalam masa yang sama ia agak glitter, so nampak enjoy.

Gambar dibawah julia ambil melalui website rasmi Samsung Malaysia. 

Ada finger scan, lebih terjamin keselamatan. So tak mudah dicapai oleh orang lain, hanya diri empunya hp sahaja boleh memasukinya.

Hasil gambar yang julia snap pertama kalinya dalam keadaan cahaya agak suram, samar dan sedikit gelap, perhatikan sudut gambar dibawah, julia langsung tak edit gambar ini menggunakan sebarang apps, wowww wowww jimat masa julia, memang betullah apa yang dinyatakan sebelum ini J7 Prime 
"Brighter photos even in low light conditions"


Inilah harganya, harga mampu milik dan paling penting ia satu keperluan buat masa kini. Jom tingkatkan hasil tabungan untuk fikirkan hadiah apa lagi yang sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan dengan citarasa sama.

Semoga hadiah motivasi ini buat kami terus menerus berusaha lagi kerana Allah. Amin.

Komen yang bermotivasi sahaja ya, ia mencerminkan siapa diri anda. Jika tak boleh komen yang positif, diam lebih baik. Semoga Allah murahkan rezeki anda yang sudi baca. 
Assalamualikum.

22 Comments

  1. syok juju hp baru..sehati sejiwa gtu ngan hubby

    ReplyDelete
  2. waaa,reward utk diri sendiri..i will be next insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka reward diri sendiri ngan barang2 keperluan mcm tu...cantik hp tu..camera pun ok

    ReplyDelete
  4. bestnyer kita beli yg murah ja harga rm200 hihii teringin tu ada tp kekangan kewangan..utamakan keperluan anak2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun utamakan keperluan anak dulu sebelum capai kehendak motivasi ini...ikut bajet memasing, tak ada paksaan. Yang penting saya mampu beli dengan hasil titik peluh kami masing2...alhamdulilah. Barakallah, rezeki Allah. Kami gembira.

      Delete
  5. best nya dpt reward diri sendiri kan.. cantik gambar hp baru juju.. hihi

    ReplyDelete
  6. sekarang beli pone kena tengok tang kameranya. senang nak ambik gbr cantik2 untuk masuk blog.

    macam best pulak pone ni...hmmmmm

    ReplyDelete
  7. wah...tahniah julia, hadiah sehati sejiwa gitu

    ReplyDelete
  8. wah cantik.. puas hati kalau cameranya lawa kan :)

    ReplyDelete
  9. Oh.. J7 prime dah keluar. Awal tahun kakak belikan anak dara kecik kakak J7 aje (tak ada wording prime) tahu-tahu dah keluar yg lagi canggih. J7 anak kakak tu pun dia dah tercicir - hilang. sedih.

    Memang kita kalau beli satu darinya nak camera boleh hasilkan gambar yg terbaik.

    ReplyDelete
  10. gambar cantik.. :) memang ada masa kita perlukan reward utk diri sendiri..

    ReplyDelete
  11. bestnya kak juju. hp mimin dah retak 1000 x tukar tukar lagi T.T

    ReplyDelete
  12. Wahhh..juju..bau kedai nih..hahahaha...bestnya hp baru...samsung mmg best kan

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Yes dual sim
      BODY
      Dimensions 151.7 x 75 x 8 mm (5.97 x 2.95 x 0.31 in)
      Weight 167 g (5.89 oz)
      SIM Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)

      Delete
  14. juuuuu..same laaaa...kite laki-bini pun pakai same..tp J7 je laa..xde prime..hihihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)