Mudah buruk sangka, Penyakit hati perlu dirawat! #PETRONAS Deepavali 2016
Pernah tak rasa cemas dan rasa sesuatu bila korang terlihat dan ternampak seseorang yang tidak dikenali mendekati korang...rasa curiga dan tahap macam tak nak beri sebarang respon kan... itulah yang julia pernah rasa tau tatkala bila tonton iklan #Petronas Deepavali 2016 I'am Muniandy....fuhhh terus terjentik hidung sendiri sebab video ni berjaya buat hati julia tetiba terpukul sebentar....
Curiga, curiga, melampaui sangat!
Masakan tidak situasi iklan Petronas Deepavali kali ini betul-betul menyentuh perasaan julia...jangan mudah curiga dan buruk sangka dengan orang lain walaupun orang itu berlainan bangsa dengan kita. Bukan apa zaman sekarang kan orang terlalu mementingkan keselamatan diri dan keluarga sendiri...langsung tak bertolak ansur dengan sesama bangsa lain, anggapan kita oh mereka bukan sedarah sedaging...salah tanggapan begitu kawan.
Hidup sebumbung matlamat apa?
Ya, kita hidup berbilang bangsa. Macam perayaan Deepavali atau lebih dikenali festival cahaya ini tidak asing lagi di negara Malaysia. Masyarakat berbilang bangsa yang wujud di Malaysia beri keistimewaan untuk memupuk semangat kita menghormati antara satu sama lain serta mengenali lebih mendalam budaya mereka amalkan.
Bagi julia, seronok menikmati kehidupan selesa membesar di Malaysia sebab keharmonian yang terjalin sesama bangsa dan agama buat kita lebih rasa bertimbang rasa. Bukan setakat itu sahaja, bertolak ansur dalam setiap aspek moral dan semangat sayangkan cintakan tanahair bersama-sama.
Senyumlah, kita warga Malaysia, warga Penyayang!
Sempena Hari Deepavali, julia ucapkan semoga perayaan cahaya ini dapat diraikan dengan rasa penuh gembira, meriah oleh semua bangsa tak kira tua, muda mahu pun kanak-kanak kita hormati perayaan ini sebagai salah satu perayaan negara untuk eratkan silaturrahim sesama bangsa. Ayuh semua!
13 Comments
Kalau iklan dari petronas je mesti semua tak sabar dan suka tengok. Kreatif!
ReplyDeleteSerius iklan petronas tahun ni antara yang terbaik..penuh mesej.
ReplyDeleteIklan petronas mmg best.. tang buruk sangka ramai org akan fikir mcm tu kan. Nasib iklan ni menyedarkan..
ReplyDeleteIklan petronas mmg tk mngecewakan
ReplyDeleteIklan Petronas saban tahun sangat menarik. Ika suka tengok
ReplyDeletesampai mesejnya,kena pulihkan hati kita ni,bersangka2 buruk kat orang.
ReplyDeleteskrg mmg mudah timbul persepsi negatif kerNa penyakit hati yg kian berleluasa. semoga kita tidak tergolong di dalamnya.
ReplyDeleteYup, setuju... Iklan ni penuh mesej yang baik
ReplyDeletemudahkan kita nk menilai orang ni. Moga moga kita dapat atasi masalah ni.
ReplyDeleteYa. Dgn skrg ni.. mmg cpt curiga la. Hmm. Apa pn kena ubah mentaliti tu..
ReplyDeletememang slalu kita buruk sangka kan... moga Allah ampuni kita semua
ReplyDeleteMemang perlu dirawat.
ReplyDeletefrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my
Bila musim perayaan macam ni lah menyatukan masyarakat kita :) Itu lah untungnya hidup berbilang kaum
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)