Emosi yang baik adakah caranya semudah itu
Bagaimana mahu mengekalkan emosi yang baik dan kekal seimbang?
Julia selalu buka kitab motivasi petikan Ayuh, Audit Diri dari Prof Dr. Muhaya...kitab tu ibarat teman karib julia. Setiap pagi kitab motivasi ini julia akan belek untuk mencari satu ayat keramat yang boleh senantiasa recall di ingatan. Kita manusia, mudah lupa, mudah rasa rendah diri, mudah rasa mood berubah tak tentu hala...terkadang bila sendirian mengadap buku motivasi boleh merawat penyakit hati...mudah, carilah mentor yang anda sukai...mudah meresap aura positif.
Antara petikan pagi ini julia baca ialah "Niatkan esok untuk hidup penuh keimanan dan cari reda Allah dan betulkan kesilapan diri sendiri serta berhenti daripada mencari kesalahan orang lain". - Prof Dr. Muhaya
Tepat dan benar sekali...
Julia kalau berhadapan disituasi mood tak berapa cun, lebih ambil tindakan mendiamkan diri dan buat hal sendiri, tujuan cuma satu, nak pulihkan diri dengan motivasi-motivasi sebeginilah...julia tak boleh hidup tanpa motivasi...seakan hilang dan pudar rasa nikmat hidup seharian...julia pilih membaca sorotan motivasi untuk tingkat fungsi yakin diri secara besederhana.
'Kita boleh menasihati orang yang suka dan hormati kita. Oleh itu, milikilah akhlak yang baik supaya mampu memberi nasihat kepada orang lain dan tidak sesekali Bajet Bagus' - Prof Dr. Muhaya
Contohnya, nak menjadi seorang ketua atau penaung sesuatu pekerjaan apa sekali pun, mahupun kita sebagai kawan milikilah akhlak yang baik, jangan merendah-rendahkan mereka walaupun ia telah melakukan kesalahan besar ataupun kecil. Pandu mereka, beri motivasi disulami nasihat yang ringkas, manusia ni lembut hatinya, diberi kata-kata dan rangsangan motivasi mereka akan bangkit dengan sesuatu yang kita tak fikirkan...simpan amarah elok-elok...gunakan bila betul-betul perlu sahaja...untuk tujuan ketegasan, tapi itupun perlu berlapik...untuk elakkan berpanjangan.
Perkongsian hari ini tidak merujuk kepada sesiapa, ia lebih kepada perkongsian rohani dan jasmani seharian kita...suntikan motivasi perlu diberi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur, agar bila bangun nanti terus menerus motivasi melekat didalam jiwa sehingga ke lewat malam untuk disambung kembali garapan motivasi seterusnya...
Terutama untuk anak-anak, mereka bukan robot untuk disuruh setiap hari...mereka bukan patung untuk mendengar secara selari...tapi interaksi dari sentuhan dan pelukan kepada mereka sudah cukup mengambarkan kita dekat dengan mereka...marah-marah sayang...bukan marah-marah biarkan...marah lepas tu peluk...ucap kenapa kita marah mereka...sebab sayang...
Banyak kali julia buat macam ni air mata tak lepas di pipi...biasalah bila marah kan anak...marah tu lebih tinggi dan agak susah dipadam...tapi lekas istigfar...kita manusia, pendosa, setiap hari buat salah...akur, cuba ulang kembali langkah diatas...
Banyak kali julia buat macam ni air mata tak lepas di pipi...biasalah bila marah kan anak...marah tu lebih tinggi dan agak susah dipadam...tapi lekas istigfar...kita manusia, pendosa, setiap hari buat salah...akur, cuba ulang kembali langkah diatas...
BarakaAllah dengan izin Allah, julia berkongsi motivasi kerana Allah, membaca motivasi kerana Allah...melekatlah kami dengan rangsangan murni dan suci setiap hari Ya Allah.
Amin...semoga hari ini Allah permudahkan urusan anda.
12 Comments
sharing is caring juju..btul tu kdg2 bila kita rs marah kt anak tp lps tu sedih tp kdg2 tkleh control huhu
ReplyDeleteamin, thanks for sharing
ReplyDeleteHidup lebih tenang dan bahagia andai itu semua dpt dilakukan
ReplyDeleteTak rugi memberi nasihat walaupun nasihat itu tak semua org mahu
Kerana walau hanya seorg pun yg mengambil nasihat ganjaran sudah tertulis
Sebaliknya walau tidak diterima tak rugi apa-apa kerana niat baik pasti baik juga yg Allah berikan.
Barakallah, cantik sekali komen timbal balas sebegini...ibarat mendapat kuntuman bunga...memberi dan menerima...janji memberi lebih banyak...kelak panduan untuk diri tak melangkaui batas...amin terima kasih kak.
DeletePerkongsian yang bagus dik. Sikit-sikit akak hadamkan dalam diri supaya menjadi org yang lebih baik lebih positif.
ReplyDeleteSama jugak dengan kak Ju, kalau marah suka duduk sorang sorang. Takut nanti apa yang keluar dri mulut ni menyakitkan orang lain. Thank you kak kongsikan tentang ni. In sha allah akan cuba perbaiki diri jadi lebih dari hari ke hari :)
ReplyDeleteassalamualaikum julia...in sha Allah kalau niat kita baik apa jua yg kita lakukan akan membawa kepada kebaikkan...kalau ada emosi yg kurang menyenangkan mmg eloklah kita mendiamkn diri dan dengar motivasi yg berguna...semua itu dpt mengurangkan tekanan perasaan yg tidak elok dlm diri kita...semuanya akan segera hilang bila emosi yg baik bertukar semula...
ReplyDeleteNice sharing..;)
ReplyDeleteNice sharing..;)
ReplyDeleteBukan main la caption si anak bujang Ju tu. Hehehe.
ReplyDeleteibarat orang baling batu, kita baling bunga kepadanya. emosi yang positif lambat laun akan membuahkan hasil yang baik
ReplyDelete-deep-
ReplyDeletetq for sharing ju..
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)