Tak Sedap Lah ! Servis Teruk !
Review port makanan murah dan sedap oleh seseorang BLOGGER bukan mudah yang disangka ye...pengalaman setiap orang lain-lain, tekak pun lain-lain rasa, kepala pun lain-lain...apatah lagi perangai pun lain-lain....
Kita sebagai BLOGGER berkongsi cerita dalam blog itu namanya PENGALAMAN...kalau korang pergi ke gerai atau restoren berkenaan servis atau menu makanan tu tak sama apa yang diceritakan didalam blog seseorang, jangan salahkan BLOGGER, bukan senang seseorang BLOGGER nak perah kudrat keringat nak cerita dekat korang betapa bestnya pengalaman dia makan tika waktu itu dan tahun itu serta saat itu
Bila korang dah pergi, dah merasai sebaliknya apa yang diceritakan oleh seseorang BLOGGER...tak perlu susah-susah komen negatif entry tu...apa yang korang perlu buat...korang pi cari owner kedai tu waktu itu, hari itu juga haaa cakap elok2 kenapa sajian begitu begini, kenapa servis lembab gitu gini...barulah jadi pelanggan yang bijak dan dipandang tinggi...
Kalau komen dalam entry si BLOGGER tu pergi masa pengalaman dia dah bertahun...sebagai pembaca korang boleh fikir bijak sendiri - masa tu dia makan memang tip top la murah dan sedap...kena tekak dia...tak kena tekak kita its okey...sampai jugak kita ke sini dari tak ada hala tuju nak makan di mana....tang tu korang sebagai pembaca ada pernah terfikir tak rasa bersyukur dan berterima kasih kepada BLOGGER berkenaan yang sudi share pengalaman dia ??? Tak terlintas kan...kan kannnnn?
BRAIN WASH!
Hari ni aku nak brain wash banyak-banyak otak pembaca termasuk silent reader...korang kena faham apa itu sudut review disaat itu...masa nak baca pengalaman setiap blogger...pasti kan korang lihat tarikh entry itu dimuat naik...masa google nak cari tempat makan...semak dulu tarikh dan tahun terkini...baru lah dapat fresh review...bukan review yang dah lapuk...
Ada kala review yang dah lama...servis masih okey...masih murah...ada kala dah tukar gerai waktu itu dah jadi kedai lain...takkan lah sebagai BLOGGER yang pernah makan kat kedai tu, tahun berkenaan kena senantiasaaaaaaaaaaaaa lah belek alamat kedai tu bertukar di mana dan mana operasi...ehhhhhhhh kalau entry berbayar pun tak koser aku...
Komen pun dapat PAHALA!
Jadi sebagai pembaca komen berhemah dan beri alamat terkini jika TAHU gerai berkenaan sudah bertukar alamat atau bantu komen yang MEMBINA...di situ korang dapat saham kredit PAHALA percuma sampai bila-bila...see!
Komen pun kena ada cara...cara paling baik ialah beri pandangan yang membina...yang tak berapa elok tu kita kena jaga aib diri, aib blogger dan aib si peniaga juga...
Kalau anda tak suka sesuatu review dan melaluinya dengan cara tak elok sekalipun, penting untuk kita FIKIR sedalam-dalamnya sebelum buat tindakan...nak serang komen BLOGGER ke nak tegur peniaga tersebut...jadi bijak.
Walaupun anda kami tak dapat trace...tapi Allah ada...kan bagus beri pandangan yang disukai ramai...yang kurang elok, berilah pandangan tambahan yang membina...haaa komen lah sepuas-puasnya...mana tahu si tauke tu baca sedap hati dia nak buat pembaharuan...nama pun manusia, manusia tak perfect...kena teguran membina, bina, bina selalu...bukan menghukum, asal tak sama je pengalaman mula lah berang...itulah namanya rezeki...kalau tengok rakan sebelah kaya...bukan kutuk dia...tapi belajar macam mana nak jadi KA..................YA. Faham.
Komen pun dapat PAHALA!
Jadi sebagai pembaca komen berhemah dan beri alamat terkini jika TAHU gerai berkenaan sudah bertukar alamat atau bantu komen yang MEMBINA...di situ korang dapat saham kredit PAHALA percuma sampai bila-bila...see!
Komen pun kena ada cara...cara paling baik ialah beri pandangan yang membina...yang tak berapa elok tu kita kena jaga aib diri, aib blogger dan aib si peniaga juga...
Kalau anda tak suka sesuatu review dan melaluinya dengan cara tak elok sekalipun, penting untuk kita FIKIR sedalam-dalamnya sebelum buat tindakan...nak serang komen BLOGGER ke nak tegur peniaga tersebut...jadi bijak.
Walaupun anda kami tak dapat trace...tapi Allah ada...kan bagus beri pandangan yang disukai ramai...yang kurang elok, berilah pandangan tambahan yang membina...haaa komen lah sepuas-puasnya...mana tahu si tauke tu baca sedap hati dia nak buat pembaharuan...nama pun manusia, manusia tak perfect...kena teguran membina, bina, bina selalu...bukan menghukum, asal tak sama je pengalaman mula lah berang...itulah namanya rezeki...kalau tengok rakan sebelah kaya...bukan kutuk dia...tapi belajar macam mana nak jadi KA..................YA. Faham.
Jadilah pembaca yang bijak dan bagilah pandangan yang berhemah...
Ya, kita sebagai pembaca kena jadi sebijak-bijaknya...julia sebagai BLOGGER pun nak ke mana sekali pun akan baca review dari BLOGGER-BLOGGER lain...pandang tarikh bila ia dimuat naik...baca apa pandangan dia...hormati pengalaman cerita dia semasa disana...sepatutnya anda jadi bijak menilai dan matang.
Kalau masa julia pergi sebaliknya...aku tak komen entry blogger berkenaan sebab masa dia pergi semua okey...tapi aku cari owner kedai dan cakap direct terus...bukan komen dekat si tukang cashier ke, komen entry si blogger tu ke.... memang tak sampai seru nak teguran membina....gituuu ingat ye.
Jadi pembaca bijak...tak kisah medium mana sekali pun anda baca...bijak membaca, bijak menilai, bijak bagi pandangan dan bijak semasa membuat teguran dan komen...barulah kita ni dihormati dan di pandang bijak...gituuu sekian celoteh akak hari ini...ingat simpan dalam otak tu ketat-ketat...besar dah pun.
27 Comments
Nice saying...
ReplyDeleteMasalah certain manusia ialah dia membaca sbb nak mencari salah org...bukan nak tambah pengetahuan kak :(
ReplyDeleteBtul tu juju.. Akak pn google tgk date sbb maybe time org tu pi OK.. Time kita xok.. Tp mmg pernah gk dpt komen yg kata nk tutup periuk nasi kedai tu sbb dlm entry akak ckp xsedap.. Yela tekak lain2 kn xkn nk tipu.. Dh die mkn sedap okla.. Xphm btul bila org Xphm kita cite based on pengalaman kita kn
ReplyDeleteSetuju sangat ni...ko baca entry 5 tahun lepas pastu claim kita plak tipu..sobs~
ReplyDeletesetuju setuju..
ReplyDeleteSetujuu ! Tapi tu lah kak Juju tak semua orang nak fikir macam ni hah T_T
ReplyDeleteha. betui2.. hehe
ReplyDeleteHahahaha. Boom!!!
ReplyDeleteHmm...mcm2 perangai ek org yg dtg komen ni..huhu...apadaa...lain org lain kot selera dia kan?
ReplyDeletesemangat saya baca entri cik julia ni.. saya setuju ape yg cik julia tulis.. ^_^
ReplyDeletesalam singgah dari blog diari dandelion.
yup betul tu..haishh..
ReplyDeletesetuju sangat...
ReplyDeletepernah juga dpt komen negatif ttg review makkanan ni
setuju sangat...
ReplyDeletepernah juga dpt komen negatif ttg review makkanan ni
Ramai je yang macam tu. Baca entri yang dah lama, lepas tu dok kata tukang buat entri tu merapu meraban dan sebagainya. Nak nampak hero tapi sebenarnya zero. Nak jadi hero kena selidik semuanya betul-betul terutama sekali tarikh kejadian tu berlaku. Kalau masuk court, tarikh tu yang akan ditanya dulu. Kan?
ReplyDeleteAbaikan aje la orang macam tu Ju. Tu jenis main terjah je tu.
Manusia jenis macam itu nak kesempurnaan...tak boleh ada cacat cela sikit habis negatif la....tak guna otak...guka lutut...kesian manusia kurang cerdik akal disitu.
Deletealahaiiii..bkn xpenah kene cmtu..ade jgk pegi kedai yg blogger review best..tp bile time kite ade yg xkene..tp xde la cepat naww nk melatah nk salahkan blogger yg review tu..die pun bkn mkn hari2 kt ctu yg kauuu nk salahkan die..kite kene fikir jgk..tiap org percaturan lain2..klu nk kate servis teruk, mungkin ms kite dtg org ramai, pekerja kurang..mahal, mungkin tu review dulu..skarang harga melambung naik..xfikir ke effect pada owner?org mcm ni mmg cmmnt xpakai otak..sorry to say..
ReplyDeleteBijak ! Inilah pembaca bijak menilai dan buat tindakan sepatutnya...terima kasih sharing dalila :D
DeleteEna setuju sangat kak juju... setiap org lain2 pandangan dan cadangan.. kalau hentam blogger yg review tu, tak dapat pape pun.. nak membangkang, guna kata2 yg professional..
ReplyDeleteEntry yg blogger buat hanya sebagai rujukan..tak cerdik la kalau nak hentam blogger pulak..macam yg ju kata, citarasa org lain2..cuba la bijak sikit masa nak komen tu kan..
ReplyDeleteEntry yg blogger buat hanya sebagai rujukan..tak cerdik la kalau nak hentam blogger pulak..macam yg ju kata, citarasa org lain2..cuba la bijak sikit masa nak komen tu kan..
ReplyDeleteBetul-betul, kadang-kadang kita yang review ni pon tak boleh kontrol, contohnya kalau review lama-lama, then tetiba semalam kedai tu dah tuka orang, dah kurang sedap macam kita review. Apa salahnya komen baik2, sama juga alamat yang dah bertukar. inform kita and mana tau kita boleh edit dengan alamat baru. Hehehe
ReplyDeleteBetul2. Setuju. Nak buat review pon ssh mcm ni
ReplyDeletemungkin jgk org yg komen tu ade PHD kak ju... mungkin jgk berselindung di balik niat yg kurang elok...
ReplyDeleteBukan soal dengki atau PHD...kena fahamkan apa sis nasihat diatas mengenai komen review...cuba baca balik. Tak faham eh?
DeleteHahahhahah
ReplyDeleteBro kalau makanan tak sedang memang xkan tulis apa2 dekat blog. If dipanggil untuk review, mana yang terkurang tue, memang bro xkan tulis.
Pasal artikle yang dah lama tue, kadangkala kedainya pun dah xde dah hahahaha
Sama lah julia pun tak up kedai atau makanan yang tak sedap di blog...bila kita cakap sedap, itu tekak kita...bukan tekak orang lain...hahahaha nama pun blog personal...haruslah cerita pasal tekak dan pengalaman melancong sendiri...kan bro...
DeleteYup betul tu, kadang2 pengalaman lama kita pun adakala premis berkenaan dah tutup...sebab itu kena jadi bijak lihat tarikh dan tahun bila ia dimuat naik...beli paper kat luar pun mesti nak up to date kan...
hahhaha kdg2 tersenyum lihat orang rajin komen tak guna akai...
macam2 ek...
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)