Hampir 16 tahun lamanya juju tinggalkan kebun abah ni semata sambung pengajian dan kejar kerjaya...keringat peluh 16 tahun lepas masih segar dalam ingatan...mesin rumput, menebas, meracun lalang, pikul air baldi siram hampir satu ekar setengah dari bermacam jenis anak pokok buah kami belai kami manjakan dengan mencangkul rumput agar ia bersih...antaranya pokok durian, dokong, rambutan, cempedak dan aneka sayuran dibatas...


Kini juju kembali...menangis tepi pokok-pokok yang ku sayang dan tinggalkan dulu...tak sangka 20 pokok dokong ni tetap semua mengeluarkan hasil tanpa baja, kecuali pokok durian hampir ke semuanya protes depan juju aku sedih.... tanpa sembang2 selamat pagi mcm dulu, tanpa sesiapa hiraukan melainkan peneman belukar...ni lah hasil dari Allah...20 pokok hasil yang sama sampai ke hujung dahan manis pulak tu tanpa baja...adik beradik kini menongkah kembali mahu jaga kebun ni kembali kenangan kami disini...julia insaf puas puas!



Gerak!
Jam 7 pagi, macam biasa Qaiser ilman tak ada masalah nak gerak bangun pagi waktu weekend, sabtu lepas kami gerak sekali dengan family guna kenderaan 4x4. Kenderaan biasa memang tak galak naik sebab cerun curam dan jalan tak berapa cantik sebab berlekuk dan berlongkang tanah.


Abah dan mama jauh ke depan, aku kematu melihat tanah 1 ekar setengah yang dulunya bersih, dijaga dengan baik kini naik belukar, mujur belukar yang tak terlalu teruk, senang di tebas rupanya...lihat suami pun khusyuk melihat setiap pokok buah-buahan yang ada disini.

Parang mana parang...


Bukan nak parang orang, tapi nak parangkan belukar, tak berapa tajam parang ni, kena asah lagi la hmmm...



Suami dah panggil tu, jom kait buah dokong, musim buah dokong tau penuh 20 pokok huh

100 pokok durian vs 20 pokok buah dokong
siapa yang win tanpa baja dan belaian kasih sayang selama 16 tahun?
Sudah tentu pokok dokong...abah cakap pokok dokong ni sangat tahan lasak, DEGIL, dia mampu lawan dengan pokok durian sekitarnya, kuat makan baja dan pandai cari makanan sendiri...hebat betul kau dokong...terkesima melihat buah dokong yang buah masak ranum dari hujung dahan ke hujung dahan...perghhhhhhhhhhh...macam dok dalam syurga!

Pokok durian ni dia nak orang, dia nak baja, dia nak cukup kasih sayang, sebab dia durian kahwin, seingat aku masa sekolah rendah bercucuk tanam kat sini dengan satu family jenis durian yang aku ingat D24, durian tepi parit, durian muntong, durian tidur, durian musang king (yang jadi mahal tu baru-baru tahun ni lah, sebenarnya dah lama aku rasa buah musang king masa kecik2 tapi pokok durian memula berbuah tak sedap sebab poko baru belajar berbuah masa tu), durian udang merah, durian daun hijau, durian kampung, durian kucing tidur dan bermacam lagi jenis spesis pokok durian...sayangnyaaaaaaa aku tinggal cam tu je...abah sekali sekala bagi tau kawan dia suruh ambilkan buah aje...

Buah durian tak ada...lihatlah bagaimana dia protes...semua macam ni la. Antara segan tak segan je naiknya. Tapi tinggi tau pokok durian kami tanam kat sini...x sangka! Dulu rendah je.

Diantara pokok durian 100 batang ni, di tengah-tengah teres tanah ada pokok dokong...lihat perbandingannya, pokok dokong ni subur dan semacam ia dibajakan pulak...pokok durian memang tinggi tapi sayang dahan besar reput...daun dah tak ada...dia menangis kot kan hmmm

Juju panjat pokok dokong yang paling rendah hahahhaha...bersih je pokok ni, banyak plak tu buah, kait jangan tak kait.
Adik ipar dan adik bongsu lah banyak kait buah dokong, aku kait guna batang buloh je, yang mana sampai aku tolak tolak guna galah tu sampai reput di bahagian tengah...tersadai je...hmmm adik aku perempuan panjat pokok dokong tau, lama gak dia kat atas tu, dokong paling bagus kait guna tangan dan kena jolok guna besen baru tak hancur dan pecah buah dia...

Kami kat bawah pokok dokong keje kutip buah yang bertebaran atas tanah, susah nak cari bila daun kering banyak huhhh geram! 


Budak kecik ni, baru 3 tahun 11 bulan, Qaiser ilman pertama kali masuk kebun dan masuk hutan yang penuh dengan nyamuk hutan...huhhhh mujur dia tak nangis, tapi dia jadi tersangat garang bila kutip buah dokong...serius garang wehhh...aku tengok je dia buat keje kutip buah tu, nyamuk keliling...ye aku tahu mesti korang tanya aku tak bawa ke alat penghalau nyamuk?

Aku lupa segalanya hmmm...lepas ni kena bawa ubat nyamuk lingkar tu...sian ke dia...tapi nyamuk hutan ni aku tak risau sangat sebab tak merbahaya macam nyamuk bandar tu...


Kepenatan, keletihan, bertebaran peluh, lama dah tak keluarkan isi peluh ni...huhhh rehat jap

Tengok! 
Umi suruh kutip buah dokong dia boleh plak isi minyak seround hahahahha, letih agaknya, budak 3 tahun lebih buat keje kebun, okey you win Qaiser ilman, juju start mula berkebun baru umur sekolah rendah tau, tapi Qi dah berkebun sejak umur 3 tahun...so Qi besar nanti lagi banyak kenangan berada di kebun atoknya nanti...untung Qi.

Sampel 1 pokok buah dokong mewakili 20 pokok dokong yang ada di kebun abah, beginilah hasilnya, terletak dikawasan Gombak, kawasan spesifik mana tu tak payah aku cakap lah kan. Fuhhh pening aku nak mengait, semua dahan berbuah.

Hasilnya!
16 tahun begini Allah nak bagi, tak insaf lagi tak tau lah julia, ni baru hasil 1 pokok, kalau 20 pokok tuai cam ni? Alamatnya kena jual kat pasar malam lah juju tapi konsep Abah ni lain...dia kata baik sedekah dari jual...lagi banyak pahala...cantik niat Abah tu...aku kalau bagi buah ni kat sapa-sapa sikit tak kiralah rambutan ke, betik ke, aku selalu sebut nama abah julia yang bagi...at least ada pahala sedekah yang aku dapat salurkan untuknya kan.

Kebun abah ni dekat dengan air terjun sebelah je tau, air terjun yang korang lihat sekarang bukan macam ni tau, dulu luas sangat dan sangat cantik penuh batu batuan original dan tersangat licin, aku rasa sangat kesal, pihak pemaju sebelah kebun abah ni sejak 16 tahun lepas hanya tau clearkan tanah je sampai alur terjun pun diorang ubah!!!

Sejarah....
Aku kesal sangat dengan perbuatan diorang...sampai bila nak jadi macam ni...aku tanya Abah, abah cakap ni lah segelintir manusia yang kaut keuntungan, pentingkan diri...tak jaga hak alam sekitar...sayangnyaaaaaaaaaaa...dulu kat sinilah masa kecik-kecik lepas buat kerja kebun abah bagi upah mandi air terjun...

Ingat senang ke nak dapat upah mandi air terjun dulu?
Kena kerja keras, dan ikut arahan abah, gali lubang tanam pokok, meracun lalang, mesin rumput dan bermacam lagi...banyak weh cerita aku nak story kat korang.

Time musim kemarau zaman dulu sangat teruk, boleh dikatakan hampir kebanyakkan anak pokok durian layu, mati dan terkena fungus di daun dan batang pokok...serius cabaran besar kami satu family hampir setiap hari lepas sekolah berulang alik ke kebun nak merawat masalah ni...tak mungkin aku boleh lupa.

Kami pump air terjun guna generator tau sambung dengan paip plastik, bukan senang, kena sabar, kebun pulak curam bercerun, aku dan adik beradik lain kena pakai kasut but tinggi pi pasar tu tau semata tak nak cedera dari kena tunggul kayu, pacat tak yah cakap lah, tu biasa bukan luar biasa pacat sedut darah walaupun pakai but kasut tinggi hahahahhaa...how time flies.

Makan?
Kami masak guna kayu api tau, sedap sangat masak nasi guna kayu getah yang reput tu tau, lain macam rasa, masak maggi sedap, masak sardin sedap, tapi selalu masak nasi je, lauk mama dah masak sesiap malam sebelum nak pi kebun, makan?
Kadang-kadang atas pondok kebun, kekadang kat tepi air terjun, sedap weh makan lepas buat keje kebun nikmat...eh lagi satu ikan masin bakar tepi unggun api tu aku tak leh lupa...berebut nak makan hahaha

Kadang-kadang menyiram ke semua 100 pokok durian dari petang hingga ke malam jam 10 malam, aku ingat lagi, jam 10 malam masih di kebun bertemankan lampu suluh semata-mata nak siram anak pokok durian...lepas balik sekolah sesi pagi memang gitu rutin abah kadang kala banyak kali ulang alik ke kebun...

Ya, aku muda kecik masa tu, tipulah kalau aku cakap aku tak stress dalam hati, tak menangis dalam hati, aku tak dapat peluang aktif ko-k masa sekolah rendah dan menengah, kadang-kadang aku tak tau nak bagi alasan apa kat cikgu bila aku ponteng ko-k...abah aku sangat garang, adik-adik ikut perintah, baginya ko-k hanya membuang masa tak ada faedah, wehhhhh sampai sekarang baru aku tau kenapa abah aku cakap macam tu, memang betul pun apa nasihat dia, bukan tak boleh ber ko-k langsung, tapi ala kadar je lah...masuk univerisiti, masuk bidang kerja, sijil ko-k langsung tak diambil port pun...okey abah win!

Inilah sedikit coretan sejarah silam aku, aku dah ringkaskan...kalau nak lagi best mai lah datang kebun abah julia, sama-sama kita menebas, upahnya buah dokong nak tak?
Hehehe, pi ramai-ramai lah syok, leh buat pertandingan siapa group paling banyak kait buah dokong dia menang yeyyyyy, leh mandi air terjun sesama hehe.


KLIK VIDEO
Kenangan sangat.

Minggu depan kami nak upah orang menebas kebun, bagi clear sikit belukar tu, kami nak baja balik kebun durian, biar subur macam dulu...tak berbuah tak apa, julia faham durian sedang mengalami satu perasaan kurang kasih sayang...sekarang jom dekatkan balik perasaan tu...

Tak sabar nak lihat kebun abah semakin cantik, kata suami, mana tahu jadi rezeki kebun abah ni dijadikan satu kebun angkat dan kebun contoh Tourism Malaysia untuk pelancong datang visit melihat secara dekat pokok buahan tempatan...mana tahukan sebab ia sangat dekat dengan bandar KL tau...apa lagi jom rajin ke kebun dan bajai dengan kasih sayang...amin.

10 Comments

  1. Kebun tokwan kat kampung mmg dah tak sanggup nak naik sebab bukit tinggi sangat.. masa kecik2 dulu ada gak ikut tokwan pergi.. heheheh

    ReplyDelete
  2. byk btul pokok durian tu juju...dkt ngan air terjun syok juga tu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya. Kalau diusahakan, mesti lagi banyak hasilnya.

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaa..teringin nak kebun mcm ni..tak p ko-k pun takpe..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Bestnya ada kebun kat bandar. Sayang dgn pkok durian yg dah tak berbuah tu. Klo bela balik mana tau berbuah plak kan ��

    ReplyDelete
  6. bestnya ada kebun buah-buahan..:)

    ReplyDelete
  7. untung ada kebun, banyak buahnya tu

    ReplyDelete
  8. manja kan la kebun tu, ju.
    in shaa Allah byk hasil nyer.
    berbudi pd tanah kan :)
    untung ada kebun. meriah. boleh la sedekah kalau buah byk :)

    ReplyDelete
  9. wahhhh..siyokknyaa ju..geram tgk buah dokong ats pokok tu..bkn main byk

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)