Berkelip-kelip mata tengok set Nutri M ni haha

Bila sikat rambut tak kiralah lepas mandi ke...balik keje ke, mesti rambut segenggam kat sikat tu bila kumpul, tak pernah tak banyak hari-hari gugur :( ...huhhh pening kepala lagi satu lantai rumah, atas bantal, atas katil, atas sofa rambut juju aje...rimas asyik kena mop...mujur plak tak botak rambut tebal...tapi tetap risau banyak kali tukar shampoo gitu gak.

Kelemumur tebal - aku perasan bukan setakat rambut je gugur, pakej kelemumur tebal pun datang sekali perghhhhhh putih je kat tengah-tengah kulit rambut, gatal tu tak sangat tapi dia berkuping halus, kalau garu memang kemain ligat dia keluarkan putih-putih tu geram!

Suami bebel, anak bebel...
Mana tak kena dengar bebelan, asal diorang bangun tidur je rambut juju yang gugur ni boleh pulak melekat dekat muka diorang hahahahha korang bayangkan lah betapa azab ye rasa rambut gugur macam tak ada perasaan, sesuka hati berterbangan menyinggah muka orang lain aduyaiii ni dengan keluarga sendiri tak apa lah...kalau anak dara? Mak dara? Lelaki macho yang rambut tak berapa nak kuat sangat tetiba nak hampir botak...tak ke rasa malu?

Merintih dan malas nak cari penyelesaian.
Ya, aku pakai jer shampoo biasa aku pakai tu, setiap kali basuh rambut, setiap kali tu lah aku tarik buih-buih shampoo tu rambut pun ikut sama sekali putus...kalau nak cerita betapa azabnya jaga rambut jenis kering, jenis kerinting besar-besar, jenis mudah rapuh dan jenis kena setiap kali basuh rambut kena sapu perapi....gila kan keje aku citer pasal rambut je...mujur bertudung, kalau free hair mau rambut aku jadi afro ko hahahaha.

Apa aku maintain dulu?
Penat la, asyik kena buat rebonding, susah nak jaga rambut mudah putus, setiap tahun aku pulun simpan duit nak buat rebonding setahun sekali u olss...sebabnya masalah diatas, aku dah tak tahan nak maintain rambut kering, tu tak cerita rambut berkelemumur, aduiiiiiiiii penat tukar shampoo!

Hmmm, aku penat dah, pastu kak ita - cadangkan julia cuba NUTRI M, apa NUTRI M? Nutri Metics ke? hahahhahaha bukanlah ni NUTRI M, sebut betul-betul NUTRI M.

Apa Kelebihan Nutri M?
NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN syampoo & hair tonic - syampu rawatan untuk pulihkan masalah rambut gugur sesuai bagi lelaki dan perempuan. 

NUTRI M menggunakan PATI BUNGA SAFFRON sebagai salah satu kandungan bahan dalam NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN kerana kandungan vitamin pada pati bunga saffron mampu menyejukkan kulit kepala, membaiki folikel rambut rosak penyebab rambut gugur serta ke semua pati herba didlaam Nutri M menyerap hingga ke akar rambut sewaktu rambut dicuci. 

Ia sekaligus melancarkan peredaran darah dimana ia mampu merangsang dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.


Ini menjadikan NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN sebagai sumber "vitamin" terbaik pd kulit kepala dan akar rambut.

Bukan badan saja perlukan vitamin...rambut juga perlukan vitamin bagi memastikan rambut kekal sihat, tidak botak dan tidak beruban sebelum waktunya.



Kandungan Herba Ajaib Nutri M:
  1. Akar Halia - Meningkatkan peredaran darah bagi kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  2. Akar Ginseng - Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral terutamanya B1 dan B2 untuk sihatkan kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut baru
  3. Bunga Za’faran - Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu kurangkan kesan sampingan hasil proses oksidasi pada tisu kepala dan badan.
  4. Chinese Knotweed - Mengandungi antioksidan dan anti penuaan untuk kembalikan kekuatan dan keremajaan rambut.
  5. Touki Ekisu - Herba yang kaya dengan vitamin B12  dan anti fungal untuk memperbaiki kondisi kulit kepala


Pengesahan Nutri M
  1. Halal 
  2. Disahkan selamat oleh KKM / NOT 150905157K
  3. Diyakin ribuan pengguna sejak tahun 2010.
  4. Seawal 2 cucian - nampak perubahan! 
  5. Tiada chemical & hanya menggunakan 100% 12 herba tradisional & semulajadi.


Pengalaman Julia sendiri selama 3 minggu menggunakan NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN 

Balik rumah aku belek je kotak Nutri M ni, hmmm aku nak mandi nak shampoo rambut terus buka penutup shampoo ni, wahh semerbak bau haruman herba, warna hijau lumut gitu, pekat. 

Shampoo Nutri M
Campur air sikit kat tapak tangan agak-agak berbuih terus shampoo dan urut lembut kat akar rambut...bau herba dia tak berapa kuat sangat, tapi bau dia buat aku tenang, sebab rasa macam dok kat spa pulak bau ni. 

Tonik Nutri M
Lepas cuci rambut, aku sapu tonik Nutri M, tujuannya utamanya untuk KUATKAN AKAR RAMBUT dan bagi RAMBUT BARU TUMBUH.

Kesan 1 Minggu
Aku urut dalam 5 minit gak la kat kepala, lepas tu bilas dengan air biasa, lap rambut sampai kering terus guna tonik rambut Nutri M. Seminggu aku guna macam tak nampak lagi hasil, rambut gugur tu tetap gugur sama je...adehhhhh, mula la aku rasa nak give up.\

Kesan 2 Minggu
Pastu aku bagi peluang lagi minggu kedua, tak apa aku sabar, sebab aku rasa tetiba rambut aku dah hilang gatal, dulu aku kalau berpeluh sangat mula ar rambut rasa gatal, kelemumur tu berkuping-kuping. Tapi aku perasan walaupun rambut gugur, kelemumur tu hilang...serius hilang!

Penghujung minggu kedua aku baru perasan, setiap kali sikat rambut dah mula rambut kurang melekat dekat sikat, dulu sebelum guna Nutri M, segenggam tapak tangan rambut gugur, fuhhh mujur tak botak.


Kesan Minggu Ketiga
Bukan nak puji melambung Nutri M, aku sendiri dapat rasakan rambut aku yang bersawang lebat kering ni dah mulai ringan dan rasa tak gatal dah, penah nak test garu-garu kepala letak cermin depan nak tangkap kelemumur, ehhhhh tak ada pun yang jatuh...wahhh...

Anak rambut dah mula nampak kuat, sikat rambut pun tak mudah putus macam dulu, dulu baru sikat sikit dah berjujuran rambut putus, perghhhhhhhh...sekarang bukan langsung tak gugur, ada gugur tapi dah berkurangan berbanding dulu. TQ Nutri M, kena rajin guna lah pas ni...tak leh skip.

Lagi best, julia suka kaji testimonial pelanggan sebelum ni yang menggunakan produk Nutri M, lagi teruk masalah diorang rupanya wah!




Harga Set Nutri M
Asal RM59
Promosi RM49 sahaja

Kagum baca testimonial diorang kan, so far alhamdulilah Nutri M banyak bantu julia, walaupun lambat sikit hasilnya tapi julia kagum ia 100% herba, buka chemical produk, setiap orang lain-lain hasilnya kan, yang penting produk natural tak pernah tak best! Murah pun murah yes...terima kasih sangat dekat kak ita dan kak miza perkenalkan dekat julia set Nutri M ni, triple happy!

Nak Order? 
Facebook: Nutri M
Instagram: nutri_m
WhatsApp: 019-6657254

20 Comments

  1. amboi kelip2 lg juju posing ngan produk....masalah rambut gugur mmg ada juga..menarik juga nmpk produk ni

    ReplyDelete
  2. Aina pun ada masalah rambut gugur.boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. menariknya..wah makin lebat lah rambut juju nnt.

    ReplyDelete
  4. kalau dah pakai nutri m.. perlu pakai shampo yang biasa kita guna tu tak ? atau boleh digunakan serentak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nutri M ni dia ada shampoo & tonik rambut dik lisa, tak perlu campur shampoo lain yang ada di pasaran...nanti hasilnya tak sama...Nutri M berasaskan natural produk, mmg diyakini lah...3 minggu akak guna baru result muncul...kelemumur tebal sgt uhhhh malu!

      Delete
  5. wahh bagus jugak ni..nak try lah,, yanie pun ada masalah rambut gugur..huhuh

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. Bleh try ni.. rambut dah sikit ni asyik gugur je...

    ReplyDelete
  7. Bleh try ni.. rambut dah sikit ni asyik gugur je...

    ReplyDelete
  8. fuh. betul tu. kt bilik tidur banyak betul. hmmm

    ReplyDelete
  9. wah...bagusnya...nanti boleh try la.lepas bersalin ni rambut gugur byk sgt.

    ReplyDelete
  10. pernah pakai produk ni... ok rasanya tp kena konsisten... xleh skali try...

    ReplyDelete
  11. wahhh terus rase nak try! rambut akak gugur teruk gak la

    ReplyDelete
  12. Sama laa masalah kita huhu. Menarik gak nak try ni, harga pun tak lah mahal kan

    ReplyDelete
  13. menarik! bolehlah nak cadang kat suami nanti :)

    ReplyDelete
  14. rambut aida memang gugur.
    sib baik rambut memang lebat.
    kalu tak agak nyer, ju, da botak dah :) hu hu hu...

    ReplyDelete
  15. amboi juju,kelip2 mata pakai nutri M ni,next boleh try cik abg pun rambut xbrp nak hado..

    ReplyDelete
  16. lepas beranak rambut habis gugur.. aih..

    ReplyDelete
  17. opocottt!
    tekejut tau tgk gmbr juju kelip2..hihi..
    ila pun ade mslh yg sama..mcm best je syampo ni..
    best bace testimoni ju sendiri..sebab ju try dulu..br guna..mmg la xnmpk kesan klu pakai br seminggu..kene teruskan br nmpk..*dh follow ig nutri_m*

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)