Ya, begitulah. Tahu main dan merengek kalau tak dapat apa yang dia NAK! Tapi jangan ingat julia melayan? Melayan pada perkara yang dirasakan perlu sahaja dan pilih MASA. Aku ni memang garang, bahkan di public pun aku boleh buat tak tau je kalau Qaiser ilman dah start bunyi engin menangis semata nak ayam Uncle Jack, padahal time tu aku tengah pilih ayam mentah tu buh dalam plastik....kisah semalam.

Buli ke Psiko?
Budak-budak kan, mana dia tau mak dia sibuk dok pilih ayam ke, ikan ke, tapi kan aku suka psiko. Orang sekeliling mesti ingat aku tengah buli anak sendiri, termasuk suami. Ya, sebab aku ni hati batu, dengan anak bukan berkira, tapi aku nak disiplinkan dia dari awal, yang duit itu sangat berharga dan perlu digunakan pada waktu yang sesuai. Bukan hari-hari kena ikut kata mereka...Umi, nak ayammmmmm...umi nak aiskrim, umi nak air tu, umiiii nakkkkkk tuuu umiiiiiii...last sekali nak tarik perhatian adalah dengan tangisan yang KUAT!

Tau tak, aku suka dengan cara public sekarang, aku perasan bila mereka lihat anak ku menangis mereka tak herdik pun aku, tak lihat pandangan sinis.

Mungkin mereka tahu dan sedar, budak-budak baya 3 tahun lebih ni memang tengah berada dalam fasa BELAJAR, apa yang boleh apa yang tak boleh.

Ya, sebagai umi, aku tak marah anak aku depan public, tapi aku jadi silent se silentnya, wal hal dalam hati Allah je tau marah tu nak tersembut dah, tapi di rumah aku buat perkara yang sama tau bukan dipublic je aku silent bila anak start merengek, aku psiko dengan diam, nampak dia reda sikit, aku suntik kata-kata nasihat, Qaiser ilman...nanti kita kumpul duit ye, hari ini duit umi cukup2 nak beli barang dapur, jom tolong umi timbang ayam kepak ni, Qaiser ilman pandai tau, umi tau Qaiser boleh bagi ayam ni pada abang tu timbang, gogogogogo Qaiser...

Belajar bagaimana beli barang dapur, terlalu awalkah...
Sambil mata julia melihat Qi berlalu pergi ke kaunter timbangan ayam, dia sepuas hati hulurkan tangan kecilnya terjengket-jengket beri bungkusan kepak ayam yang ringan tu pada abang staff disitu untuk di timbang, cuma satu dia terlupa ucap terima kasih pada si abang tu lepas timbang...ni kisah semalam di Giant Gombak, cara aku ajar anak lelaki ini untuk berdikari seawal mungkin....tampak macam kasar, tapi itulah cara aku belajar sejak kecil dari abah...seawal sekolah rendah dah pegang cangkul buat batas tanam sayur dulu, kalau tak siap, memang kena marah dan tengking kaw kaw.

Balik kepada soalan kecil diatas, bukan terlalu awal ke nak ajar Qi yang baru 3 tahun lebih ambil barang bungkusan dan minta dia hantar ke kaunter timbangan barang? Bagi julia perlu tunjuk dan ajar seawal mungkin, jarang sekali julia lihat public ajar kerjasama pada si anak untuk pilih, ambil bungkusan letak di kaunter. Jarang...yang julia nampak adalah parents suruh duduk diam-diam dan jangan sentuh barang di pasaraya atau shopping mall....salah tu...

Tak ke ia mematikan pembelajaran si anak itu tadi...dia sentuh, dia tanya, dia nak ada rasa diberi kepercayaan bahawa dia tahu itu barang dan perlu rasa tolong ibu dan bapanya walaupun hanya letak barang di kaunter...

Contoh Qaiser ilman...
"Umi ini kentang, ini bawang..."
"Bagus Qaiser ilman, ini apa?"
"Hmmmm cili !"
"Halia, ini lah halia, cili warna merah tu cili tu nampak tak"
"Ohhh halia..."
"Umi, kenapa barang tu jatuh, siapa buat?"
"Nanti pekerja susun balik, sepah kan, takpe ada pekerja nanti dia orang susun"

Amalkan seperti Permainan Treasure Hunt...anak2 suka beli barang yang ada teka teki!
Sebenarnya seronok bawa anak ke pasaraya atau shopping mall, tak kisah anak umur berapa pun jangan bataskan anak ke sana, ajak bersama-sama, ibu bapa pun jangan stress bila anak jatuhkan barang kt pasaraya, relaksss lah, nama pun kanak-kanak, mereka nak belajar tu, bila jatuh apa kita perlu buat?

Marah??? Hmmmmmmm apa salahnya tegur dengan cara paling motivasi sekali...caranya begini julia aplikasi pada Qi...

Kotak air terjatuh, makanan dalam tin terjatuh sebab anak nak cuba ambil, nak makan dekat situ jugak...kita cakap elok2 padanya, Qaiser ilman, barang ini bagus, tapi dalam list umi barang ini tak perlu buat masa ini, (masa tu anak sakan mula nak menangis kan) kita bisik dekat dia eh dimana biskut ye, (si ibu dan ayah mula create muka ceria sekarang) biskut kan sedap, biskut makanan keperluan juga, jom tolak troli kita cari biskutttt paling ceria yeyyy jommm tolak troli Qaiser ilman...dengan pantasnya kita alih pandangan dia kepada something misi mencari barang yang dia suka makan secara paling menyeronokkan...mcm main treasure hunt tu...kan seronok cari barang! 
Serius once korang dah latih anak turut sama pilih barang rumah, dia akan rasa bangga yang dia turut sama perlu dalam team keluarganya sendiri...motivasi pada si anak itu tadi dengan kata-kata berunsur kerjasama...insyaAllah itu yang julia rasa...

Serius seronok ajak Qi ke pasaraya beli barang rumah sebab dia willing nak turut sama bantu pilih barang...dan tak sabar nak angkat barang ke kaunter.... nampak tak cara bagaimana nak tackle pandangan dia dari meminta kepada aksi menolong dengan cara pujian? See!

Lastly, bagi dia REWARD sekali sekala...jangan setiap kali dia tolong je kita bagi reward, nononono, bagi reward dalam bentuk pujian pun terbaik, reward dalam bentuk barang atau makanan yang murah tapi berkhasiat lagi bagus, aiskrim pun okey kan, balik rumah jangan lupa ajak dia gosok gigi...tiru cara upin ipin "bulat, bulat bulattt" hahha gosok gigi dekat rumah pun julia ajar Qi tiru cara upin ipin....dalam bilik air pun menyanyi sama-sama...anak tak stress, umi pun tak stress sebab sama2 enjoy!

Main-main rupanya dia BELAJAR tak sampai 1 min pun setiap hari
Anak lelaki julia ni, anak orang lain julia tak pasti sebab aku bukan guru. Qi ni julia baru je ajar Doa Makan. Ya baru je, jangan ingat dah berbulan-bulan ya. Lagi satu dia tak pergi sekolah tadika mahupun sebarang taska lagi, belum pernah hanya dengan pengasuh. 

Lately aku perasan, tiba waktu solat Qi akan ambil sejadah kecil dan cuba solat satu rakaat, sehingga selesai beri salam kiri dan kanan. Ye, dah lengkap solat tu, kadang2 dia main2, kena paksa solat sama.

Bagaimana cara julia ajar Qi doa makan tak sampai seminggu pun, cara ajar anak 3 tahun baca doa makan ialah...

5 saat!
Aku paksa dia fokus dalam 5 saat pertama dengan nada agak keras, ye bagi perangai anak aku yang suka main-main ni tak kira waktu kecuali tonton TV dia boleh fokus...aku guna pendekatan 5 saat pertama.

Situasi waktu makan...
Bukan waktu makan...
kadang-kadang dalam kereta pun nak balik rumah ajak dia fokus dengar 5 saat pertama...5 saat lepas itu dia muka buat-buat tengok tempat lain kan...sebenarnya dia dengar. Jangan kata dia tak dengar, diorang ni macam span. Serap tapi tak lontarkan.

Ajak ikut sama sebut dengan irama yang happy...
Tahu tak nak hafal doa makan bukan senang, agak bosan kan? TIADA sebarang medium online youtube atau video di berikan pada Qi untuk belajar doa makan. Hanya julia sendiri sebagai umi yang ajar melalui rentak mulut dan gaya penyampaian 100%. 

Caranya guna mimik muka dan irama sikit pada bacaan doa, aku suka goyang2 kan kepala sikit dan main2 mata masa nak ajar Qi sesuatu, bila dia ketawa ilmu tu lagi cepat serap, kalau dia bad mood aku tak paksa dia baca, aku bagi dia tukar angin, pastu tengah masak atau tengah sidai kain pun mulut aku asyik dok baca doa makan, sebab aku nak tackle dia sambil bermain yang sebenarnya dia tengah belajar perkara penting iaitu DOA MAKAN.

Tak sampai seminggu...
Ya, tak sampai seminggu pun ajar Qi 3 tahun lebih ni doa makan... alhamdulilah, tak sangka dia hafal. Itulah surah pertama dia belajar dan baca dengan lancar. Umi dan walid dah rasa seronok sangat... sebab setiap kali waktu makan tiba, dia lah imam cilik akan bacakan doa untuk kami semua.

Ini video yang julia rakam semasa di meja makan, cara adab makan, cara baca doa makan. Bagi umur 3 tahun 8 bulan bagi julia cukup gembira dah dia boleh baca doa makan. Dulu umi dia baca doa makan masa darjah 1 kot...lagi lewat kan hehe.


Ramadan nak tiba tak lama lagi, tak sangka keinginan julia nak beri Qaiser ilman hafal doa makan sebelum bulan Ramadan telah direalisasikan oleh Allah, terima kasih Allah, insyaAllah nak didik dia baca surah yang lain seperti Alfatihah dan 3 Kul. 

15 Comments

  1. wahh idea yang bagus Juju. Cici pun nak cuba lah suruh si Lihin buat benda ringan ni macam pegi menimbang barang. sebab selalunya kalau groceries shopping Lihin and Maira akan duduk dalam troli je. tak bagi dorang jalan sana sini, pening nak kawal nanti T_T

    kekadang Cici pun cuba berkeras dengan Lihin. sampailah sekali dia penah dok'breakdance' atas lantai kat Jusco, and semua orang macam berkumpul untuk tengok what happen, terus Cici rasa give up and nak nangis T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy Cici, kalau anak terus nak tantrum kita kena peluk dia dan alih pandangan dia pada sesuatu yang dia nak sangat...jgn rasa give up tau, sebab julia pernah rasa situasi itu...caranya

      Peluk...tenteram kan dia walaupun dia semakin galak menangis, alih pandangan masuk dalam kereta, biar si ayah yang handle barang2 tu semua...masa dalam kereta cakap dengan dia elok2...wpun time tu dia tengah sakannnnnn memberontak sepak segalanya...cakap intonasi lembut tapi TEGAS...diulangi TEGAS dalam kelembutan itu perlu...sebab...

      Itu cara kita mendidik...insyaAllah nanti Lihin akan faham satu hari nanti...mcm Qi pun ada kisah suka menangis depan public...tp tgk jenis tangisan dia...kita tahu kan cm ne nilai tangisan anak...kalau lain macam je terguling2 kt lantai tu better peluk dan bawa dia pergi dari tempat tu...

      Gaya ajar anak beli barang di kedai itu perlu, sebab kita bukan buli...tapi nak beri dia faham inilah kerjasama dalam pasukan bernama KELUARGA...sorang pilih barang, sorang kena pergi ke kaunter timbangan...bila dia berjaya buat satu tugasan dengan baik...puji dia dan peluk dia depan public...kata terima kasih padanya...

      Serius bila anak tersenyum...itu tandanya dia rasa dia dah besar boleh buat kerja macam orang besar sebab kata kunci padanya yang KITA PERCAYA akan kebolehannya...good job mommy cici...

      Delete
  2. Alhamdulillah, orang sekeliling pun dah tak pandang sangat sebab kita pun dah tak pandang cuma kalau teruk tengok la skit sebab takut teraesak ke ape kan..pandai Qaiser baca doa, saya tak ajar, cuma baca masa bagi susu dulu dulu, derang terikutla.

    ReplyDelete
  3. bgs ajar dr awal...bdk2 ni kdg2 suka perati apa org dewasa buat...pandai qi bc doa

    ReplyDelete
  4. Aish mcm qaiser jugak skt2...
    Aish dia skang sh jarang tantrum tp pegi mana2 mesti nak membeli...jenuh jugaj tau ju..kalau xbg nti dia lembikkan bdn..menjerit.smpi semua org tgk..letih ahkak nk layan...hahahhaa

    ReplyDelete
  5. melentur buluh dari dari rebungnya..biar sakit sekarang daripada tak jadi insan kelak..mak dayah selalu cakap macam tu..thats why, anak buah dayah pun dah pandai simpan duit, cari barang penting2 jer, kalau tak mengahafal kena tinggal dekat rumah sebab tiket nak keluar berjalan adalah menghafal sifir..hehe

    ReplyDelete
  6. sy msh xde pengalamn jg anak..hikhik...tp ilmu ni ptg nih..xslh gain awl2..
    btw the handsome Qi..behave elok2 jd ank yg baik ye..

    ReplyDelete
  7. comel Qi dengn pelat2 dia tu hahha

    ReplyDelete
  8. btul. involve kan dorang akan buat dorg rasa diperlukan..

    ReplyDelete
  9. Usia macam Qi inilah kita kena mulakan pendidikan yg berunsurkan perbuatan dan percakapan seperti doa dan membaca.
    Jgn lupa ajar Iqra' Julia. Cepat kenalkan huruf-huruf sebab masa ini otak masih banyak kosong. Cepat tangkap.

    ReplyDelete
  10. idea yang bernas, memang kena psiko sikit handle budak2 ni

    ReplyDelete
  11. semua yg ju citer semua aida setuju.
    terbaik. tak semestinya mendidik kena dok kat meja and buka buku.
    apa yg ju buat tu lebih baik dari dok kat meja and buka buku.
    dulu time kakak-kakak kecik, aida join byk forum.
    forum mak-mak ler kan. byk yg suggest buat gini.
    bermain dgn alam sekitar.
    bermain dgn apa yg berlaku dgn hakiki.

    tahniah ju. tq for sharing ekk.

    ReplyDelete
  12. Wah baguslah JJ.... budak budak tak boleh jugak selalu dilayan kehendaknya kang naik tocang pulak.....
    Lupa dah camne melayan anak anak dulu...hurmmm

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)