Print Gambar Travel Guna Pixajoy !
Time busy tu lah aku sempitkan diri dengan print gambar, tak kira! Waktu sibuklah aku jadi manusia terajin sikit puiiiii....sebab kalau time free aku punya malas tahap dewa disorong bantal...suruh apa pun tak jalan. Baru je tadi aku upload 80 gambar untuk di print secara online.
60 sen sekeping (4R) okey what, 5R susah sikit nak cari album, simple basic sudah, ada lamination khas untuk setiap gambar, so aku memang dari dulu suka dengan kualiti Pixajoy ni, laju dan cantik warna sebab dulu pernah tempah buat photobook, lama gila aku tak buat photobook, so cara kedua kemalasan aku adalah print sahaja gambar!
Tau pe sebab aku buat cara lama print?
Sebab kalau semua aku buat photobook lama-lama bukak lunyai weh, kalau guna album keras beli sendiri, insert gambar, dan gambar tu leh bukak ambil anytime untuk scan ke, apa2 je kan mudah, sebab aku teringat masa sekolah aku suka ambil gambar dalam album tunjuk kat kawan2 sekolah, aku tak de lah amik satu album, so aku pinjam 2 ke 3 gambar bawa untuk tujuan buku skrap sekolah kisah "Keluarga Saya"
So at least kalau ada lagi pembelajaran tu anak-anak julia leh sisip ambil pinjam gambar diorang masa kecik dari album, kan mudah, kalau photobook acaner kan. Terkawal sikit lah nak bagi orang baca bertalu-talu, kecuali ko beli photobook hard cover, luar dalam helaian pun hard cover, yang tu baru tak lunyai.
Aah, aku dah mula nak susun album berkotak-kotak, esok anak dan cucu aku besar, diorang leh tengok kenangan aku bersama diorang. Serius aku suka gambar! Setiap kali aku tengok dengan tangan, pegang album tu aku rasa puas, yelah memang leh baca dalam blog tapi itu online tak leh dirasai dengan tangan.
Kisah 5 sesi travel yang sangat utama bagi tahun Bulan Jan - April 2016:
- Singapura Travel - 20 kpg x settle order print
- Hotspring Sg Klah Perak & Lumut, Perak - 20 kpg x settle order print
- Swiss Garden Residence Hotel Melaka - 20 kpg x settle order print
- Genting Strawberry Park (tak up lg story print dulu) - 20 kpg x settle order print
Total semua gabungan gambar adalah 80 keping sahaja. Cukup pemilihan berhemat dari ratusan gambar yang akan di delete secara kekal.
(aku malas nak simpan gambar banyak-banyak dalam pc atau email, aku pilih setiap satu travel 20 gambar paling win untuk disimpan secara kekal hardcopy & softcopy email diri sendiri thats it)
(aku malas nak simpan gambar banyak-banyak dalam pc atau email, aku pilih setiap satu travel 20 gambar paling win untuk disimpan secara kekal hardcopy & softcopy email diri sendiri thats it)
Alhamdulilah, tunggu parcel datang je. Bagi julia murah dah ni, dari malas nak pi kedai gambar nak cuci dan tunggu. Beli album pastu susun hooyehhh!
15 Comments
syoknyaa.. husna dah lama pasang angan nak buat photo album dari gambar2 yg husna ambek tp disebabkan kos, kena letak tepi skejap..hehehe..
ReplyDeletememang berbaloi2. tapi nanie suka guna photobook (either hard copy cover or soft cover) sebab xde la nk beli album lagi nanti. hehe
ReplyDeleteEh bagusnya info ni.. gambar kat folder ni dah banyak sangat.. huhu
ReplyDeletelea pernah print gbr untuk dua tahun punya gambar. hahahah. dulu print online dekat eoeprint rasanya.lama dah tak print gbr2 ni
ReplyDeleterajin nyer print..akak print pastu tak tau nak buat ape dgn gambar tu..hehehe..
ReplyDeleteciknaa baru plan nak cuci gambar online.bagus la entry ni ju
ReplyDeleteOKlah... kakak tunggu juga nak tengok bila sampai Julia jgn lupa buat entri
ReplyDeleteKakak nak tengok gambar hero comel tu lebih sikit:)
dah lama tak print gambar. banyak simpan dalam laptop. sekali laptop rosak, terus terpadam semua kenangan
ReplyDeletenak buat jugak laa.. dah banyak sgt gambar dalam henfon ni haa..nak delete syg..at least boleh jadikan kenangan macam mak2 kite dulu..huhu
ReplyDeletemenarik ni juju.. dkna simpan kat dlm fb.. semua kumpul sana..hahahaa.. tapi private only me
ReplyDeleteSmpai ank cucu blh tgk gmbr ni..mcm best je..ini pun gmbr masih byk dlm kamera...
ReplyDeleteWahhh menarik !
ReplyDeletetetiba sedih baca entry julia ni.
ReplyDeletebaru jer burn 3 vocers dgn photobook tau.
sebab aida tak sihat for about 4 weeks. langsung terlupa dateline :(
bukan rezeki aida la tu ekk.
kena beli semula later.
Dah lma tk print2 gmbr...rajin tu bila nk dtg...
ReplyDeletepernah print sekali via photobook. Saiz A4. Memang OK lah. Dapat jugak lah simpan secara hardcopy. Kalau simpan dalam phone atau harddisk, ada risiko jugak gambar hilang or ter'delete' kan?
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)