Bukan Aku Pemilih Cuma Aku Sedar Diri !
Bila bicara soal kerjaya ni, isu ni memang tak pernah lapuk, tapi kan sejak aku menginjak umur tahun demi tahun, kebanyakkannya aku ada gak terima tawaran dari SPA ni, dari segi exam tak payah cakap lah semput dah amik exam tak lepas-lepas.
Pukul 7 malam semalam, aku terima dalam email jemputan PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PENGUASA PENJARA GRED KX41 pada 20 April 2016.
Aku bukan tak mau pergi, tapi aku sedar diri dan aku tahu hendak melepasi tahap tu semua aku kena maintain bab kecergasan, tapi sekarang aku maintain bab berjalan travel je kot hahaha, pastu suka masak, sah-sah lah aku kena disqualified. Tak pe, aku redho beb, sebab aku dah puas hati dengan kerjaya aku sekarang, cukuplah apa orang nak cakap, aku tak kisah dah, sebab sekarang ni dimana kau rasa kau selesa berkerja, ko teruskan. Tapi kalau kau jenis tak kisah apa jenis pekerjaan kau nak buat haa dipersilakan rajin apply kerja sebanyak mungkin...nanti last sekali kau akan rasa satu fasa kau nak stay dalam satu kerjaya je.
So buat masa sekarang, aku nak maintain je apa rezeki yang ada depan mata Allah bagi, rezeki panggilan diatas tu aku sedekah pada mereka-mereka yang hadir untuk dapatkan job diatas. At least niat aku tarik diri tu boleh buat calon-calon yang datang adalah benar-benar minat nak kerja dalam skop tu.
Seingat aku, aku apply job ni masa umur aku baru lepas konvo kot, time tu kan terumbang ambing lagi, tak ada jalan tetap, now aku rasa cukuplah, kalau nak berhijrah di tempat lain pun biarlah dekat dengan rumah keluarga aku, aku tak mau kerja libat outstation selalu, not me la, sanggup resign dari kena asyik hantar outstation tinggal suami dan anak huhhhh tidakkkkk sama sekali.
Aku ni dari dulu kan pernah cakap nak retired awal, ntahlah bila aku atur nak bersara awal ada je rezeki baru aku dapat dalam pekerjaan, seolah-olah macam tak bagi aku berhenti. Takpe aku masih ikut the flow...aku kerja selagi aku mampu, aku kumpul duit simpanan sebanyak mana mungkin, aku nak beli barang yang aku minat dengar harga bajet...
Alhamdulilah, makin umur baru ni, makin buat aku rasa buat keputusan aku buat langsung tak meninggalkan rasa bersalah pada diri, aku buat kerja apa yang aku minat dari hati, bukan paksaan, bukan kerana kejar wang semata, kejar pangkat atau title semata, aku kejar keselesaan dan ketenangan dalam kerjaya itu cukup lebih GOLD, mujur exam SPA tu tak dimasukkan sebagai BLACKLIST...lega jap...
i'm happy girl, i love my job now, so happy, dapat travel always, tak payah pening kepala, so start planning next vacation and smile! ;D
pssssssssst, nak usya AirAsiaGo, kot2 dpt harga gila kaw2 murah kenn mana tau...hahaha
pssssssssst, nak usya AirAsiaGo, kot2 dpt harga gila kaw2 murah kenn mana tau...hahaha
8 Comments
Tak perlu tukar kerja kalau dah selesa dengan tempat kerja sekarang, lagipun kita isteri dan ibu ni memang digalakkan selalu bersama keluarga kan?
ReplyDeleteItulah yg lebih baik Julia.
ReplyDeleteAt least boleh bagi peluang kepada yg berhak apa lagi yg belum punya kerjaya
Kerjaya Julia sekarang pun dah terbaik kan.. boleh senyum panjang selalu.
yang ade ni pun dah lebih daricukup kan dik juju ;)
ReplyDeleteMasa zaman akak kerja dulu, selalu gak ada yang rekemen suruh kerja kat kompeni ni la, kompeni tu la. Gaji lagi tinggi dari gaji yang sedia ada. Tapi akak tolak. Bagi akak, biarlah gaji tak besar mana asalkan akak selesa dengan segala environment yang ada baik di tempat kerja mahupun di tempat tinggal.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bertahan selama hampir 13 tahun di tempat kerja yang sama. Lepas tu, balik ke pangkal jalan jaga mak yang dah tua.
Apa gunanya gaji besar tapi hati tak tenang?
Win !!!! Betul cakap kak azz...apa guna gaji besar kalau hati TAK TENANG...yeyyy love u akak mmmuahhhh!
DeleteInsyaAllah...mudah2an yg hadir dan memerlukan pekerjaan akn ade rezeki mereka..
ReplyDeletezaman sekarang susah dapat kerja =)
ReplyDeleteAllah allah allah. Kdg2 setiap apa yg allah hadiahkn tu ada hikmah dan dugaannya. Ape2 bbalik pd hati. Pilih mana yg rasa tbaik utk diri dan keluarga.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)