Kacang Pool Haji Larkin Johor Bahru Tak Sedar Aku Menambah Lagi !
Cerita episod makan hari ini, perghh kalau cerita bab makan paling laju menaip si julia tu lah, ye selain minat aku suka travel, suka explore hotel bajet seluruh Malaysia, perkara ketiga aku minat ialah MAKAN ! Aku punya peel ni jenis suka cari restoren asal, kalau dipaksa suruh makan restoren cawangan aku mula lengah-lengahkan hahaha tau sebab apa? Sebab aku suka test food pertama kali di tempat asal, so kalau di tempat asal tu sedap, aku leh nilai pi makan kat cawangan dia pada masa akan datang, lagi pun ramai cakap semua dah ada kt KL, Putrajaya kan...
Pertama Kalinya...
Yes, awal bulan Januari 2016 aku ada ikut suami outstation perihal perniagaan bas persiaran dialah, itu aku suka membontoti, eh betul ke ayat aku tu hahaha maksudnya mengekor la suami kat mana-mana time weekend...ke Johor Bahru, bangun pagi, terus aku cakap kat suami nak makan Kacang Pool, nak jugak! Tak mau cawangan2 hahahha cis susah siapa kawan dengan aku ni jenis memang kalau nak, mesti nak sampai, tapi tak ada lah menyusahkan orang.
Nak ke sini senang je, korang pasang Google Maps, atau waze, mudah je. Masa ni waktu pagi jam 10 rasa, orang dah penuh, semua penuh!
Cawangan di area Larkin JB juga, kami survey yang cawangan punya tak ada orang, orang semua pi dekat restoren asal, see nampak tak taring kedai asal, memang ramai yang suka gerai asal, aku tak pernah makan cawangan, next time lah ye
Taktik!
Aku cakap sabar, kita turun dulu buat usya2 tempat, sebenornya ramai yang dah habis makan tapi boraknya sampai esok tak mau balik, ish ish, so suami dah berbaris order set kacang pool sama roti benggali besaq tu, aku dengan pakcik suami dan Qi serang tempat duduk geng borak hahhahahha aah aku tak malu nak tanya, lepas ni korang nak order lagi ke, kalau tak nak cop duk sini...dan dan belahhhhhh hahahhahaa...see!
So dapatlah port depan gerai pakcik haji kacang pool, serius aku dah terbau roti bakar benggali tu dari jauh, dan selama aku hidup ni TAK PERNAH MAKAN KACANG POOL, SO AKU TAK TAU NAK NILAI !
Nampak tak Pak Haji Kacang Pool belakang suami julia tu, alaa yg pakai kopiah berbaju belang biru oren, itulah dia, peramah wehh, pak haji tu rajin sapu meja kami sambil senyum je, cair aku tau tauke kedai sanggup turun sapu meja depan restoren dia, perghh terus aku tunduk hormat kat dia...cayalah!
Presentation sangat win, oh rupanya ada telur mata atas set hidangan ni kan, harga tak mahal tau, 1 set ni RM6 sahaja, roti tu kalau nak add on sekeping RM1.50 sahaja murah kan dah la tebal...bagi aku tak kenyang sekeping roti tebal tu hahaha
Perah limau nipis tu dalam hidangan, gigit cili hijau tu dalam kuah kacang pool, aku rasa dah terbang dekat Delhi, dah terbang kat India, hahahaa aku tak tau kenapa rasa terus terbang ke sana bila makan, sebab sejarah asal kacang pool ni pun aku tak tau dari mana, tapi firasat aku mengatakan mesti asal dari makanan orang sana...rasanyalah!
Suami dan Qaiser ilman, Qaiser ilman dan Walidnya kami bertiga memang sama2 tak pernah rasa kacang pool haji ni, so Qaiser ilman tu suka telur mata, itu je yang di makan hahahha
Pakcik suami dan Qaiser ilman, kemahen Qi kan muncung tengok nasi lemak depan mata, dia memang perut orang melayu, mesti nak nasi tak kira masa, bagi roti boolayan hahahha
Tudiaaaaaaa, sekali colek yang ke berapa kali dah ni, rasa kuah pekat, rasa kuah kacang pool tu nikmat tak terkata, memang bagi 10 bintang tau, satu set ni kenyang sampai tengahari makan, pua shati dapat gigit cili hijau tu dengan telur mata, arghhhhhhhhhhhhh sekarang masa menaip rindu nak makan asal Johor punya.
Lihatlah dunia, ada orang tu kan segan nak pi beli roti benggali kedua, bangun pelan2 dari tempat duduk pi beratur beli roti kedua sebab nak habiskan kuah kacang pool yang berbaki sayang....hahhaha licin, ni tandanya sedap tak terperi! Syok!
Kedai Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
80350 Larkin, Johor, Malaysia
11 Comments
sedapkan.. rotinye lembut je..
ReplyDeleteHai si, aduhai teringat2 pulak la kacang pool ni sedap gilessss. Kita makan masa tahun 2013 masa tu 5.00 x silap. Memang licin. ni duk tringat lagi hahahaha
ReplyDeleteaaaa..jahat laaaaaaa! dah terliur ni canne nak buat???
ReplyDeletehusna tak pernah mkn jgk.. teringin gak nak rasa tp tak snggup nk terjah johor semata kacang pool ni je hehehe..
ReplyDeleteMemula makan dulu macam pelik juga, tapi bila tengok suami makan sedap sampai abis 2 mangkuk baru tau betapa sedapnya kacang pool ni
ReplyDeletedulu lagi murah julia..1set rm4 je..naik betul harga sekarang.kami pun selalu pergi kedai yang kat sini..kitorang panggil kat bomba
ReplyDeleteYa Allah sedapnyaaa ! Terliur terliur terliur. Murah pun murah.
ReplyDeleteJuju! Ciknaa dh lama teringin nak makan kacang pool ni.adududu nampak sedap..
ReplyDeleteJuju! Ciknaa dh lama teringin nak makan kacang pool ni.adududu nampak sedap..
ReplyDeleteMenarik belum pernah try makan kacang pool ni...
ReplyDeletesedap! sgt sedap!
ReplyDeletefew tempat di melaka ni jual, but x sedap!
weekend ni aida ke jb. yahoooooo dpt gi makan kcg pul & zz sup tulang :)
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)