I'm BLOGGER QUEEN of NATURE - Julia ni memang jiwa dia sangat dekat dengan alam, suka senibina yang attach dengan alam, itu yang mahal nak dapat dan cari dengan harga boleh dikatakan bajet kalau kena masa. Terbit dari mulut melihat Orient Star Resort Lumut ni, memang cantik dan tenang view dia. 


Sebelum sampai Lumut kami bertolak dari SINI

Bau Angin Pantai Lumut Asyik Sungguh!
Langsung tak rasa macam hotel ni tersisih walaupun ada hotel lagi gah macam Swiss Garden Beach Resort di Damai Laut (Bookmark akan datang nak menginap sini jugak tak kira hahaha), memang kalau dok hotel sana tu cun lah view dia tapi full house. Entah bila nak free tak tau asyik full je, tapi at least kami boleh menginap disini dengan view pantai tau, sangat dekat!


KLIK VIDEO! Ambil mood paling syok!!!!



Harga?
Disebabkan kami walk in, main redah je tanya kot-kot ada hahaha malas nak book by Booking.Com makanya kami dapat price RM273 semalaman. Aku check Booking.Com tadi jauh lebih murah beb dari walk in, so jangan tiru cam julia ye, ni kes kami main terjah je hahaha. Apa privilages yang kami dapat?
  1. Bilik Deluxe - bilik luas
  2. View Pool  - pool dewasa & kanak-kanak
  3. View Pantai - sangat dekat dengan pantai 
  4. WiFi -  slow sikit tapi ada lah dari takde
  5. Aircond - super sejuk
  6. Kettle - Besar betul kettle dia
  7. Peti ais - ada
  8. Bilik air - kurang cantik sikit sebab pesen hotel lama
Kalau tak nak view pool, bilik hadap pekan lumut pun ada so kurang lah kepada RM230 ke bawah. Dua-dua jenis bilik ni julia dah tengok survey dulu sebelum bayar, semua sama kecuali dua benda beza...tak dapat view pantai dan kolam....haruslah julia pilih view kedua-dua tu, tu makanan julia nangis tak beli view tu hahaha.





Ada beranda tau, luas beranda dia, memang waktu petang kami beli makan-makan lepak depan balkoni ni sambil layan ombak pantai dan angin menderu2 sejuk...habis semua masalah hilang sekelip mata!

Disebabkan kami mai waktu cuti hari raya Cina, so dalam ni ada buah limau mandarin dengan gula-gula yeyyy...sedap sungguh buah limau ni, lagi syok depan hotel ni ada pertunjukkan tarian naga di sekitar seluruh hotel orient tau, gamat suasana dengan gendang dan tarian naga macam2 style, terhibur sangat2...

Paling syok ada serika beb haa untung lah geng pompuan nak serika tudunglah bajulah kemas2 ye dak...aku tak serika pun sebab pesen travel semua baju tak yah gosok termasuk shawl...hahahha
 Malam tu kami dinner ikan bakar dekat pekan Lumut nanti cerita entry lain ye.


Keesokkan Harinya!
Suasana waktu pagi, seawal subuh dah julia hirup udara di luar jendela, hirup angin pantai yang sangat asyik dan mendamaikan, entah kenapa tidur malam tadi rasa nyenyak sangat sampai bangun awal sangat hahaha, tu tandanya kita tak sabar nak tengok alam...alam yang sangat mahal ditunggu inilah...wowww pantai dari jauh sat lagi kita pi tengok...jom breakfast dulu.

Breakfast sini sedap dan best, breakfast FREE, so makanlah sampai kenyang so tengahari jimat dah hehe

Amboiiii budak bertuah ni, dia silang kaki kemain depan pool, walidnya ada hal dengan rakan seangkatan lama tak berjumpa so kami berdua lah selongkar isi alam hotel ni dengan pantai..time ni pool buka jam 10 pagi, so awal sangat kan apa kata jom ke pantai lumut depan hotel ni je yeyyyyyyy 

Tuan tanah selfie sedas...wajib kot kalau tak nanti tak berseri entry ni muahahhaha

Jom ramai-ramai kita bercanda di pasiran pantai bersama Abang Qaiser ilman....

View belakang, see, dekat je jalan kaki pun boleh...best weh!

Woahhhhhhhhhhh, pantai depan Orient Hotel Lumut ni waktu pagi memang menakjubkan, pantai dia sangat bersih, memang sesuai untuk semua aktiviti jenis pantai....huhhh dok sini sejam, layan anak main pasir pantai.


Amboiiii abang Qi oh abang Qi, kemain ye budak ni, hehhehe mendepa tangan macam nak torobang haaaaaaaa...sekumpulan anak dibelakang Qi tu diorang dapat kutip Kerang besar-besar tau, kami tgk memang besar2 wauuu

Ecececece cenyum abang ke tu hahaha, tulis nama kat pasir pantai Lumut buat tanda mai dah...

Settle meligat depan pantai dekat sejam lebih, syok oooo berjalan tepi pantai, layan ombak manja huhh tenang tak sah cakap lah...memang Allah jadikan ia sangat ajaib!

Sekarang splashing time...yehaaaaaaa, ada pool budak2 so aku monitor Qi bermain dengan kawan2 baru. 

Budak tu tak mau naik ke darat dah weh, puas pujuk sebab aku nak mandi kolam dewasa nak pegang dia, punya lah meraung, aku cakap nak balik dah terus naik darat ikut aku hahahhahha

Amboiiiiiiiiiii Puan Julia, posing sampai nak terbalik kat Marina Wing Lumut tu tau hahahha cantikkan senibina kat sini tu yang julia posing maut tu hahahha korang nampak tak Qi pakai baju purple tu dah muntah ijo sebalik tadbir, pesal apa? Pesal aku selfie tak habis2...mujur mr. photografer aku ni rajin melayan hahaha

Haaa nak tau apa kami spend time waktu petang kat sini, next entry julia update ye sebab bab cuti-cuti ni memang makanan si julia tu hehe...Abang Qi bawa motor pink tau hahhahaha mat pink sungguh!

14 Comments

  1. WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...best giler lagi-lagi mengadap pool dan pantai tu best sgt!!

    ReplyDelete
  2. Qi boleh geng ngan Adlilah. Sampai kecut badan tak nak keluar dari kolam.Sampaikan minta pekerja hotel suruh dia naik baru dia nak naik tapi muka masam. hahaha

    ReplyDelete
  3. Yang penting dkt dgn pantai..bestnya :)

    ReplyDelete
  4. bestnye jenjalan...

    ramai gak org kat pool tu..

    ReplyDelete
  5. Cantik sgt suasana tuh...n hotel ni blh thn mhl...tp seyes cantik sgt...nti klu dtg lumut..blhla try menginap sini

    ReplyDelete
  6. Cantik sgt suasana tuh...n hotel ni blh thn mhl...tp seyes cantik sgt...nti klu dtg lumut..blhla try menginap sini

    ReplyDelete
  7. cantik ngadap pool and pantai...ni slh 1 hotel panel opis akak sbb ada tgk opismate kalo outstaion lumut stay hotel ni

    ReplyDelete
  8. wahhh bestnya tempat tuu.. kak juju memang suka men terjah je kan .. hehe

    ReplyDelete
  9. kalau Lumut tak berapa best..eehhe...hotel memang best..pantainya tu yang tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut orang kot reezluv...bagi pandangan julia pantai lumut best juga, tengok kawasan mana juga di Lumut tu

      Delete
  10. bestnya lah boleh jalan-jalan. bilalah nak sampai turn muja pula. honeymoon pun belum lagi sampai sekarang.. :'(

    ReplyDelete
  11. Salam nak tnya. Hotel ni ada lif kan?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)