Sabtu lepas, balik Kuantan semula sebab mertua jemput untuk kenduri tahlil arwah atok untuk hari ke 7. Rumah atok semua full bilik, no hal kami leh duduk hotel bajet je sekitar bandar Kuantan kan. Selalu sangat tido kat Sky Tree Hotel (lom review lagi hahaha), tapi masa walk in fully book pulak haishh, ronda lah satu pekan Kuantan dengan adik ipar satu keluarga, sekali suami tengok hotel ni jom try tanya.

Deluxe Twin
Sah korang mesti nak tau kan harga berapa...RM168 je semalam. Huhh siap ada pool okey. Tapi bilik single bed lah korang, kalau queen ke king ke tambah lah duit sikit tapi still RM217 lebih sikit gitu leh dapat view pool macam adik ipar julia booking. 

3 sebab aku tertarik ada:
  1. Pool
  2. Bathup
  3. Ciri keselamatan sangat ketat
  4. WiFi lajuuuuu puas hati
  5. Harga Murah! Eh jadi 5 sebab hahaha
Kami duk tingkat 4 bilik 414, view jalan besar dan sekolah. Nak tidur semalaman je kan, okey lah harga gitu. Bukan setakat ada pool dewasa (pool kanak-kanak tak ada) tapi ada bathup tau dalam toilet perghhhh ni syok rendam satu badan dan anak pun leh main kolam bathup dalam bilik air je kan, Hooreyyy...


Besar beb! Nama je standard room single bed, tapi keluasan bilik ni julia puji, bersih dan teratur. Aku dulu pernah duduk Grand Continental kat Penang tapi perabot teruk, almari tak ada pintu tau. Kat sini semua cun walaupun masih kekal perabot antik. 
           
Pintu masuk magnetik tau, kena gores dulu jadi warna hijau baru masuk. Ada cermin panjang, ada serika punya board tau dalam almari, so kalau nak request serika korang call je room service diorang hantar sampai bilik...mantop service laju tau julia call je terus sampai cam magic hehe.

TV LCD ada channel astro, HBO lah haishhh saje kan siap kartun tu Qi tu syoklah layan. Peti ais ada, tapi kettle dia zaman old school sungguh hahahahaa tak penah aku tengok kettle seabad tu tau tapi tetap berfungsi dengan baik.

Kemahen selfie lentok2 dalam bilik air hahhaha ada bathup bersih...syok!

Its pool time yeyy!
Pool dia kat tingkat 3 tau, so kami dok tingkat 4 just turun setingkat je...kat sini lif dia sangat ketatlah, nak pi mana-mana floor kena masukkan kad bilik hotel tau, punyalah jaga keselamatan...bagus suka!



Qaiser ilman tak sabar dah nak mandi, julia cakap tunggu walid turun sama-sama, kat pool ni ada stages dia 3 kaki dalam dan 9 kaki dalam...so nak ajak anak mandi sini kena bawa oang dewasa, jangan tinggalkan dan leka dengan anak wpun sesaat...jaga tau...

Bersih pool ni, sebab julia dah mandi sini dah la takde orang...kitaorang buat pool ni macam kami yang punya hehe


Amboiiii tengok budak bertuah ni...kemahennn sangat gaya tu dok facing pool hehehe, dalam tu dik sabaq na... hehhee

Berendam dengan anak buah ramai2....meriah rasa hidup...malam sat gi baru pi kenduri.


Keesokkan harinya nak check out dah baru berkesempatan amik gambar dekat lobby area, kami tak amik pakej sarapan sebab nak breakfast dan lunch sekali harung dekat luar je, Cantik kan ruang lobby ni,


Sementara tunggu suami uruskan check out, apa lagi mem dia selfie sedas hahahha muka sembab bangun tidoq haishhhh....okey best ar hotel ni juju bagi 3 bintang dari 5 bintang yeyy.


Nak mudah leh booking kat bawah ni je mudah sangat bayar sampai kat hotel je...
Booking.com

11 Comments

  1. eh not bad...akak pun setuju dgn review jue...tgk persekitaran bersih...pool pun okey.... kalo2 sesat2 kesana nanti leh lee masuk dlm list dok hotel nieh....

    ReplyDelete
  2. jarang turun kuantan.kalau g t boleh try

    ReplyDelete
  3. lama dah tak turun kuantan, ni boleh masuk list gak ni. lagi2 jalan jenis last minit. poning kepala dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Nikmatnyaaaa dan puas kakak tengok environmentnya Julia
    Apa lagi hero comel Ju tu pun bukan main macam big boss lagi bila suruh bergaya - sukalah kakak tengok Qi ni:)

    ReplyDelete
  5. yg ptg dpt tido dengan selesa kan sis...

    ReplyDelete
  6. harga tu siap dpt peti sejuk n astro mmg berbaloi..
    luas n bersih lg berbaloi.

    ReplyDelete
  7. ok la kan ...napak bilik pun bersin n besar , siap ada bath tub....n yg penting ada kolam renang

    ReplyDelete
  8. best jgk ni...sekali sekali tidow hotel kan...

    ReplyDelete
  9. murah la juju kalau ngan rate u ada pool. berbaloi la kan.

    ReplyDelete
  10. Salam, wahhhhh murah dan menariknyeee bilik ni!! best2...nampak besar dan bersih bilik dia...bonus tu ade pool~ hehe suka lah bebudak tu dpt mandi pool :D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)