Lama dah nak datang sini, kebetulan semalam tak buat apa-apa so pasang Google Maps terus sampai, makan kat sini pun salah satu wishlist 2016 julia tau tercapai sudah, makan masa dekat 1 jam lebih nak sampai Sekinchan dari KL lalui jalan Latar tu tau huhhh dengan cuaca panas ye Allah, rasa nak patah balik KL. Tapi sebab nak layan napsu kuasa besar, nak tak nak kena jugak tahan panas redah kawasan sawah tali air Sekinchan, nak tengok sawah tapi baru naik anak benih padi, nampak betapa luas kawasan sawah di sini, kat sini pun ada 3D art Sekinchan tau, len kali la pi sebab malas patah balik sebab ia berada di kawasan tengah-tengah sawah padi, rare!

Suami cakap apasal jauh bebenor ni, ada ke restoren tengah2 sawah padi ni hahhaha, aku yakin google maps tak tipu aku, aku dengan yakin nya kabor ke suami, sabar pa sabar nanti sampai la ni julia belanja dont worry, punyalah nak pujuk suami, suami tak berapa gemar pi jauh sangat semata2 nak makan, tapi kalau pasal holiday dia sanggup plak jauh hahhahaha. Kena pandai pujuk suami gak, jangan kita je nak merajuk, suami pun nak perhatian ye dak...Thank you papa sebab bersabar drive sampai jua akhirnya yeyyyyy!

Orang?
Ramai sungguh!!!!!!
Tapi dapat parking bawah pokok redup je, huh lega! 


Masuk-masuk kami cari tempat duduk, rezeki ada pulak kan, aku tengok kiri kanan depan belakang full house! Perghhhhh dan aku dapat rasakan diorang ni semua datang dari pelbagai negeri dan tempat sebab dengar diorang sembang pun macam-macam dialek.

Aku tanya kakak yang amik order tu, landak ada ke lagi sebab tengok ramai betul customer hari ini. Dia cakap baru je habis, alaaaaaaaaaaa aku punya kecewa tu macam kena panggil landak tu sembelih hidup2 depan aku tau. Takpe aku pujuk hati aku tanya rusa ada lagi?

Akak tu cakap ADA RUSA, haaaaaa order lah 500g...buat goreng berlado. Ayam kampung goreng berempah je buat makan dua orang. Kenapa aku tak order udang galah, baung dan lain-lain? Sebab otak aku dah set nak LANDAK je, yang lain aku dah puas makan. Len kali lah datang booking landak melalui telefon. Akak tu kata better booking awal untuk daging landak sebab selalu cepat habis by booking dulu melalui telefon huwaaaaaaa mana tau kak...ni pestime datang. Terus hakak tu kasi name kad kedai ni...huhh lega, okeylah nanti gaji datang balik makan puas2 daging landak je hahahahaha

Tengok lah ramai kemain, semua bawa family besar2...aku je bawa family kecik sebab nama pun jalan jalan cari makan bajet je hahahhahahha...

Sambal belacan ni sangat win!, Suami julia puji sambal belacan ni makan dengan ayam goreng kampung je pun dah terangkat...hoooyehhh ini antara sebab utama kenapa kedai ni full house!

Ayam goreng kampung berempah ni di hiris nipis2 tau, sedap sungguh dan ranggup...wowww Qaiser ilman suka layan ayam ni...tak mahal set ni.

Rusa masak berlado, fuhhh lama sungguh julia tak makan, dulu abah julia pemburu haiwan eksotik tau, ada lesen sah senapang, selalu bawa balik haiwan liar macam rusa, kijang, pelanduk, landak dan burung tiong mama julia masak macam-macam, sekarang abah julia mana larat lagi tanggung senapang redah hutan camping bagai macam dulu2...bila ada restoren ini mengimbau kenangan julia masa kecik2.

Sedap rusa masak berlado ni...tak pedas sangat budak2 leh makan. 


Walaupun lauk landak habis, suami makan tanpa melihat kiri dan kanan. Laju je santap dengan anak tercinta, agaknya lapar sangat dok melayan cuaca panas...



Lepas ni, nak pi lagi harap booking dulu melalui telefon, jangan main redah je sebab bukan dekat nak pi jauh tau, so kena kerja kuat lah kumpul duit nak belanja suami lagi makan sedap2....korang, julia tau ramai yang pandai makan landak, rusa, baung, udang galah dan bermacam haiwan eksotik kan...pi lah cuba...total kami makan diatas bawah RM50 je...murah kan?

Murah lah, jimat duit juju belanja suami hahahhahha bye!

(Hari ini marathon siapkan entry makan-makan, nak ringankan memory hp, sila bersabar baca setiap entry hari ini ye, kalau tak kuat iman take note pi sendiri hahhahahaha)

15 Comments

  1. Replies
    1. susah nak describe rasa daging landak, rasa dia sangat rare...bukan julia tak pernah makan kak, berkali2 dah makan dulu masak kecik2, siap lapah kulit landak lagi dengan cara buat sangkar, umpan buah cempedak...dulu lah masak kecik rajin pi kebun...sekarang mak jaga makeup takut cair hahahhahaha

      Delete
  2. mmg sedap mkn sini....akak mkn landak...tu pn nasibaik ada org bwkan ms tu akak outstation kt kuala selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur ada orang bawakan...ni kami redah je...rupanya kena booking dulu...kempunan lagi...kena keje kuat ni jual ephyra byk2 hahhaha

      Delete
    2. sbb akak yg suggest nk pi mkn situ sbb pernh terbaca...so dh alang2 outstation sana...soh diorang bw la pi mkn sini hehe

      Delete
  3. landak? wah... tak pernah makan.. kalau rusa tu pernah la makan..daging lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkna, try lah sekali pekena makan daging landak...once you dah rasa akan cari balik...serius byk khasiat daging landak ni kalau dkna nak tau pi google naaa

      Delete
  4. tempat main lumpur,kmpung kitew lagi hahha

    ReplyDelete
  5. julia..kita tak makan landak tapi suami makan.dulu masa arwah pak mertua ada mesti ada je landak .mrk buat rendang pedas. mak mertua yang tukang siangnya pun tak makan dia ckp tak lalu nengok darahnya. lea lak dok bayangkan landak berlari dengan duri2nya tu. tengok rusa tu mak ai..lama tak makan. harus gigig cari kedai ni suatu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaaa. Lapar perut Nani tengok gambar. Hahaha !

    ReplyDelete
  7. Wah.. Bestnya.. Da lama teringin nak makan daging landak.. Tq share..

    ReplyDelete
  8. Wah.. Bestnya.. Da lama teringin nak makan daging landak.. Tq share..

    ReplyDelete
  9. wAH KENA CUBA NI...SEDAPNYE AYAM GORENG KAMPUNG TU. TERLIUR SUNGGUH

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)