Orang kerja sendiri ni ada kala lebih banyak stress tapi tak tunjuk dari orang kerja makan gaji cam aku ni. Yelah aku dapat rasai perbezaan itu, cuma orang kerja sendiri ni dimata aku dia leh kayuh emosi dia kuat-kuat, maksud aku apa orang cakap dia rasa itu tak penting bagi dia untuk ambil tahu, yang dia tahu MATLAMAT capai IMPIAN.

Aku tadi masa drive nak pi kerja, aku terdengar dalam radio pakar motivasi Dr. HM Tuah cakap, orang yang berjaya ni selalu ada orang dengki. Sebab apa ramai pedengki? Sebab dia orang tak tahu bagaimana jatuh bangun dia sebelum gapai tangga jaya tu. Haaaaaa yang nampak ada apa yang dia ada, nak buat cerita bukan-bukan.

Bila aku hadam kata-kata pakar motivasi tu, terus aku terpanah teringat abah dan suami aku sebab mereka berniaga sendiri. Tak pernah rasa makan gaji macam aku ni dah nak masuk 9 tahun dalam service goverment. Kedua-duanya memang dari keluarga yang bukan senang, mereka bermula dari ZERO. Sekolah tak tinggi pun, setakat SPM, SRP je zaman dulu2 tu. So aku kagum orang yang tak sekolah tinggi ni dapat kerjaya sendiri hasil usaha sendiri. Apa yang mereka ada hari ini adalah usaha ZERO diorang, macam kita ni semua sama je, yang beza jenis usaha yang kita buat betul tak.

Siapa Tazben?
Tazben Travel & Tours Sdn Bhd, sebuah syarikat agensi pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan Bas Persiaran, Van Persiaran, Limosin dan trip percutian ke Hatyai dan  City Tour di sekitar Semenanjung Malaysia. 

Kalau korang teringat julia ada sekali sekala bantu promosi perniagaan suami ni di Fb mahupun di Instagram kan? Mesti ramai yang nak tau pejabat tazben ni berpengkalan di mana di Kuala Lumpur ni.

Ibu Pejabat Batu Caves
Kami beroperasi di Kuala Lumpur beribu pejabat di Batu Caves Selangor, sekali sekala julia datang pejabat ni untuk ambil aura kerja suami. Waktu ini julia datang time ke semua pemandu2 tazben ke luar kawasan, kerani disini pun terlibat sama kerja luar daerah, so julia berlegar lah sepuas-puasnya, makan sini, solat sini dan boleh dikatakan julia leh tengok suami bekerja untuk siapkan segala invois dan sebut harga tatkala keraninya perlu ambil alih tugasnya ke luar daerah untuk memastikan ke semua berjalan mengikut jadual.


Nampak tak pekerja baru tu, hehehhe Qaiser ilman lah siapa lagi.

Pantry pejabat tazben, kecik comel je, kat sini ke semua pekerja pejabat tazben travel di monopoli oleh lelaki, memang tak ada pekerja wanita, sebab sini memang aktif keluar masuk pejabat. Nak masuk pejabat ini pun bukan senang, ada pas kunci keselamatan yang perlu di tag, itu sebab customer yang datang perlu buat appointment untuk mudahkan time masuk tu.
 Walaupun semua kakitangan lelaki, julia lihat pejabat ni kemas dan setiap fail di catit teliti, tak berbau dan selesa. 



Time ni bos besar sibuk sangat, jadual panjang berjelar nak kena manage satu-satu, penolong dia si Qaiser ilman tu apa lagi main game je seharian kt situ hahahaha...

Julia plak berlakon jadi tea lady, buatkan kopi lah, tea o lah, yelah bosan kot tak buat apa2, kang aku deco pejabat ni meriah cm rumah baru tau hahahhahaha

Nanti nak cari pasu dan bunga untuk serikan lagi bilik bos ni, bos agree okey misi nak deko pejabat on tak lama lagi heeeeee.

Jom Follow Tazben Travel
Website Rasmi: Tazben Travel & Tours
Facebook: baspersiaran
Instagram: baspersiaran

Tempahan Bas/Van Persiaran/Limosin
 Whatsapp: 013-6070333 / 013-9097333
Pejabat: 03-61891333

13 Comments

  1. Best ada bisnes sendiri..taka akan kenal penat. Malah berbaloi. Moga maju jaya

    ReplyDelete
  2. baguslah tu, juju menjadi pemberi semangat kepada suami untuk terus berusaha dan berjaya... he he he, deco cantik-cantik ok? nanti up lagi...

    ReplyDelete
  3. yoorin pon keje travel agent kat batu caves.. big bos memang stress sikit sebb nak susun jadual perjalanan bas, urus keluar masuk akaun semua.. hebat .. bangga ada org melayu buka syarkt travel agent.. kemas je semua walaupon staff lelaki..hehehe..best

    ReplyDelete
  4. Best kan bisnes sendiri sebab jadi bos tapi ingt senangke jadi bos?? muhahaha...susah kot~ semoga terus berjaya tazben, hubby dik juju dan juju sendiri okeyh~

    ReplyDelete
  5. kerja sendiri yg seronoknya senang nak cuti.

    ReplyDelete
  6. Siapa lagi kalau bukan isteri yang menjadi tunggak utama suami dalam dunia perniagaan.. lagi2 perniagaan sendiri.. congrats Juju :)

    ReplyDelete
  7. Apa pun syabas buat en suami Ju!
    Kakak suka saudara/bangsa kita yg berjaya seiring dgn org ca ya nun alif.
    Kalau boleh bantu dan peluang menggunakan perkhidmatan org kita gunakanlah.
    Setakat harga tinggi sikit kejamkan mata. Ada jariah utk bangsa
    Tak semua org mampu buat ini semua Ju.

    ReplyDelete
  8. wow kemasnyaaa ofis! congratz to asben juju berjaya bukak bisnes sendiri di usia muda..semoga terus success tazben! :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah, moga biz suami terus berkembang berjaya.
    Orang hanya nampak tip of iceberg ( kejayaan kita), tapi bahagian iceberg yg terendam ( segala ujian / susah payah selama ni) org tak nampak.

    ReplyDelete
  10. Usaha tangga kejayaan.
    Moga terus sukses.

    ReplyDelete
  11. All the best utk bisnea hubs ju ye..dulu husn akk pun ada comp travel n tours tp xpnjng jodohnya..tp xbuat travel..more to car rental..skang hubs pn bt bisnes sndiri..tp mmg berbaloi la ju kalau kerja sndiri..income pun lbh baik kan?

    ReplyDelete
  12. Bestnya ada conpany sendiri...hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)