Lama dah nak tanya korang, bila korang sunatkan anak-anak korang ye, ke masa baby dah sunat? Ramai gak hospital dan klinik sekarang suggest masa baby terus di khatankan. Mudah dan cepat baik, tapi tengok jenis family ko cam ne kan. Kalau tanya aku, aku setuju, kalau aku citer kat mak pak aku diorang tak setuju, ada lah sebab sebabnya. 

Tanya suami aku pun sama, dia kata nanti sebelum masuk darjah 1 baru sunat, atau masa darjah 3 ke...hmmm lama lagi kan, sebenarnya bagus sunat awal-awal ni, mudah aku nak urus cuti nak jaga dia berpantang nanti. Lagi satu, aku suka pandangan suami dan family yang lain, sebab apa aku utamakan pendapat diorang dari pendapat aku sendiri? 

Sebab aku bukan tinggal seorang dalam dunia ni, semua keputusan aku buat sorang, nononono tu bukan aku beb, aku suka bertanya dua2 pihak, sebab nanti bila tiba harinya dua-dua akan lagi seronok nak jayakan majlis kecik, mana tau untung badan rezeki cucu dia, ada yang nak sponsor kambing golek ke...hahhahahaa gurau. Tu sebab kena toleransi, aku belajar ni pun lepas aku kahwin, dulu masa bujang aku ni suka ikut kepala aku nak, tapi dah kahwin ni tak leh la tunjuk cam tu...not nice...kata nak jadi supermom, kenalah bijak sikit.

Ada beza ke ?
Lagi satu, aku dah lama nak bawa anak aku ni pi masjid, ikut suami pi masjid time solat jemaah ke kan, tapi aku was was lah beb sebab anak lom sunat lagi kang habis satu saf budak2 ni bermain. Tu satu.

Ke lepas sunat diorang ni lagi cepat matang? I mean lebih faham apa itu erti ikut peraturan yes or no? Cer korang cerita kisah korang dah khatankan anak korang cam ne sejak awal, yang belum tahu pun leh tengok perbezaan sebelum selepas kat sini nanti dari komen korang nanti.


Dari baby sampai sekarang Qaiser ilman ni suka main agah agah, sekarang dia pandai main agah nyorok belakang pintu pastu ketawa kuat2 hahahhaa apa yang kelakar tu julia tak tau, sebab julia bunyi aksi macam2 kot dia terhibur kiki.

Moreh/Jamuan Kecil/Kenduri doa selamat
Ingat ada angan-angan nak buat kenduri kecik2 pasal khatankan anak, yelah anak lelaki kan kalau Aqiqah orang kata sunat diaqiqahkan 2 ekor kambing, dulu masa Qaiser ilman lahir memang terus aqiqah 1 ekor kambing je ke Kemboja melalui agensi Al-Ameen dulu, tapi memang di iktiraf peringkat antarabangsa sebab ada sijil.

So nanti nak buat jamuan 1 ekor kambing lagi untuk sempurnakan, jika mampu apa salahnya kan. Seronok gak makan dengan family ramai2 dengan kawan2. Korang nak datang tak nanti? Bila tu tak tau hehhehe just plan.

Angan-angan nak khatankan anak 

Buat pulut kuning, rendang ayam, nasi goreng cina, kambing golek, kuih muih, air cukup kan, tak payah membazir sangat banyak-banyak, pastu jemput budak-budak tahfiz doa, dan zikir di rumah, jemput sanak saudara dan kawan yang rapat, Qaiser ilman dah sunat awal-awal oleh doktor kat hospital je, balik rumah rewang kenduri hehehehe. 

Door gift nak buat tak ek? Hmmm beli bekas telur ada bentuk bear okey kot, cam omey je ada bear hehehe haishhh maknya pun kemahen dah serupa cam nak kahwin kan anak plak door gift bagai. Yelah tak delah nanti jemputan balik tgn kosong, at least kalau tak letak telur buh candies pun okey what....tak sabarnyaaaaa!

Qaiser ilman pakai baju melayu, walid dia pun sama....umi? Pakai jubah je kot, senang nak urus dari dapur depan belakang, hehhee ke catering je kot...habis citer...mak-mak leh join marhaban ramai2...woahhhhhhh kalau berangan memang best...nak laksana entah bila...tapi akan sampai nanti masanya.

Lepas khatankan anak, mesti aku terlebih terasa....yang anak aku dah BESAR, dah boleh berdikari sendiri tanpa bantuan umi dia lagi...hukhukhukhukhuk...cepatnya dia nak 4 tahun dah, pagi tadi bangun tengok muka dan badan dia, aku peluk!

Aku bisik kat telinga dia, Umi dan Walid sayang Qaiser ilman, Qaiser ilman jaga diri tau, Qaiser sayang umi tak?

Dalam mamai dia angguk 2 kali. 

Aku tersenyum...dia semakin memahami...begitu juga anak korang kan?

13 Comments

  1. Kakak tak ada anak lelaki Ju tak ada pengalaman langsung
    Tapi tengok anak buah adalah. Yg baby pun ada sebab ada masalah terus doktor sunatkan
    Tapi yg dah besar sikit 7-8 tahun kebanyakannya.

    Ini mesti Ju dah tak sabar menanti Qi besar kan:)

    ReplyDelete
  2. Kalau zaman dulu darjah 6 tu standard sunat,tp sekarang kalau darjah 6 tu mcm dh lewat.
    skrg releven dlm darjah 3,4.ada yg baby pun dah sunatkan

    ReplyDelete
  3. pernah tanya suami bila nak sunatkan adli. tunggu dia sekolah dulu. le aikutkan. ju..hebat tul plan. kalau anak kahwin mcm manalah tu. hihihi

    ReplyDelete
  4. wah..dah mcm2 dah plan ye...sy pun skolah rendah kot baru sunatkan adam..huhu

    ReplyDelete
  5. wah, sgt tesusun rancangan untuk khatankan Qaise Ilman...tahniah...

    serius sy cakap, masa nk khatankan ank2 sy thun lps..sy lah org yang paling sedih, ahah, sensitive sgt mak-mak ni...rs mcm, haisy..awalnya ank nk khatan, nanti ank cpt bsr, tk mau peluk mama dah..hahha...anak dh drjh 2 dan 4 (sekarang). walau apa pun..alhmdulillah..semua dh selamat...dan diaorang masih mcm biasa2... mcm kanak-kanak lain... hihi...

    apa pun..semua itu atas keputusan ibu bapa masing2..kalau semua pihak dh bersedia, boleh je sunatkan anak tu...insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya! ;-))

    ReplyDelete
  6. Tu la nampak Julia dah tak sabar, comel Qaiser, handsome dia dlm pic tu. Saya pun dah briefing Faiq tentang khatan ni, sepupunya ada khatan masa baby, so far tak da ceta apa kira ok tu, cuma bila kawan2 nak sunat mereka dah sunat macam tak da isu untuk derang la..eh nak blog juga la tenntang sunat ni kan hehee..

    ReplyDelete
  7. Syahmi sunat darjah 1 kat hospital sb ade masalah bird buta tak de nak kenduri kendara..huahuahua..sedih mak!

    ReplyDelete
  8. Cepat anak besar.. Sampai kita x sedar kita makin tua..

    ReplyDelete
  9. Cepat anak besar.. Sampai kita x sedar kita makin tua..

    ReplyDelete
  10. Danish sudah masa cuti sekolah darjah 1 nak masuk darjah 2

    ReplyDelete
  11. Anak ke-3 khatan masa umur 42 days. Abang2 both belum khatan lagi. Kalau ikutkan, memang dari anak first plan nak khatan masa baby. Tapi masa anak first kan banyak sangat benda baru nak belajar. Belajar being a mom, breastfeeding, handling baby etc lupa terus pasal khatan tu. Bila tnya-tanya balik, dah exceed 3 bulan, which selalunya doktor tak recommend sebab masa tu bbay dah aktif, dah mula ligat nak berpusing etc.

    Anak kedua, beza setahun setengah dengan abang. Bila nak sunat awal teringat pulak kat si abang. Nanti kesian abang sunat sorang-sorang, takde geng. Sebab jarak umur dekat2.

    Anak ketiga beza 3 tahun dgn 2nd. Terus setuju nak khatan masa baby. Alhamdulillah mudah sangat nak jaga. Sekejap je dah kering dan takde risau pasal pantang ke ape. Sebab sy sendiri tengah pantang mase tu kan dan baby cuma minum susu ibu je.

    My experience --- http://bintanghatipelangi.blogspot.my/2015/11/kaedah-berkhatan-sunat-bayi-lelaki.html

    ReplyDelete
  12. tak dapat nak komen lelebih. sbb my Hussein sunat umo 2 hari. masa tu memang seminggu dah elok dah. ye la , baby lagikan. cepat baik, minum susu je pon time tu

    ReplyDelete
  13. Tak kawen lagii but my adik2 before ni sunat masa darjah 4

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)