Mustafa Centre Singapura Beli Cenderamata Terakhir Sebelum Balik ke Malaysia | Part 5
Kalau tanya aku, banyak ke duit nak shopping ke Kota Singapura? Jawapan aku TAK! Serius aku pi Singapore tujuan utama nak sight seeing dan window shopping semata. So rakyat marhain macam kita ni pun leh gak nak merasa pi obersea tapi dengan 2 syarat diatas. Bajet dalam 2k, 1k convert SID dapatlah SID700 lebih. Jadilah beb, 1k lagi standby untuk emergency, jangan usik! So 2k dah memadai nak ke Singapura tau. Bajetlah simpanan harian leh ye korang sampai at least seumur hidup kennn.
Cerita terakhir holiday di Singapore 2016 ialah persinggahan di Mustafa Centre. Haruslah ikut my tentatif hoooreyyyyyyyy, nak beli cenderamata. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk si anak. Julia memang suka beli baju ikut tema negeri yang julia melancong, macam Singapura haruslah cari baju T shirt murah-murah tulis Singapura kan, pastu bagi anak pakai on the spot ! Ulang semula ON THE SPOT ! Muahahahaha bukan apa aku dan suami dah jarang nak beli souvenir untuk diri sendiri, semuanya untuk anak sebab anak ni ko beli benda baru teruja nak bagi dia terus pakai hahahha #melampau!
Cerita terakhir holiday di Singapore 2016 ialah persinggahan di Mustafa Centre. Haruslah ikut my tentatif hoooreyyyyyyyy, nak beli cenderamata. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk si anak. Julia memang suka beli baju ikut tema negeri yang julia melancong, macam Singapura haruslah cari baju T shirt murah-murah tulis Singapura kan, pastu bagi anak pakai on the spot ! Ulang semula ON THE SPOT ! Muahahahaha bukan apa aku dan suami dah jarang nak beli souvenir untuk diri sendiri, semuanya untuk anak sebab anak ni ko beli benda baru teruja nak bagi dia terus pakai hahahha #melampau!
Macam mana nak ke Mustafa Centre?
Korang, kat mana korang berada dalam tanah Singapura mesti ada stesen MRT, naik MRT tengok di board pastikan ada FARRER PARK. Macam kami dari HARBOUR FRONT terus ke FARRER PARK guna MRT makan masa dalam 13 minit je. Dalam VIVO CITY (USS) memang ada stesen MRT khas yang bawa kita ke semua tempat. Tapi kena bijak, tahu nama tempat nak dituju beserta nama port stesen nak turun ingat tu.
Cara Naik MRT
Dari USS (Dalam VIVO CITY) - Naik MRT Harbour Front - Turun FARRER PARK - boleh shopping di
- City Square Mall Singapura,
- Serangoon Plaza dan
- Mustafa Centre.
Haa korang boleh 3 tempat sekaligus! Jimat masa dan tenaga. Tapi julia hanya shopping di Mustafa Centre je tak pi pun dua mall tu sebab nak jimat masa dan tenaga. Sebab tenaga dah banyak perah di USS dan Siloso Beach, dengan cuaca panasnya ya ampun kena minum air kerap, mujur bawa air masak 4 botol kecil sorang sikit minum gilir-gilir.
Nak lagi faham haa tengok carta ni julia snap dalam kawasan MRT Singapura. Jelas dan mudah untuk korang jalan nanti. Pastikan top up kad tu byk sikit, nanti nak balik Malaysia leh refund balik kt kaunter MRT Kranji senang je.
Untung ada ANAK KECIL
Budak-budak baya Qi umur 3 tahun lebih semua pengangkutan di Singapura termasuk MRT dan bas adalah FREE....untung sangat bawa anak kecik time cm ni semua FREE hahahha. Aku tak pasti sampai umur berapa FREE tu, dari baby mungkin sampai 6 tahun kot.
CITY SQUARE MALL SINGAPURA
Nampak tak stesen Farrer Park ala bentuk melengkung tu lah. Sampai dah stesen MRT Farrer Park, untungnya turun di sini sebab sebelah dia City Square Singapura haaaaa best kan, turun-turun je mrt dah sampai tempat shopping hahhaha. City Square Mall Singapura ni besar sungguh, tapi aku tak masuk pun, aku lalu je tau sebab kat johor pun ada City Square Johor Bahru mungkin lebih kurang je kan hehehe nanti korang terjah la sini kalau sempat.
Tak masuk sana pun buat syarat tinggal jejak keliling mall boleh hahaha
Depan City Square Singapura ni ada jalan raya besar namanya Kitchener Road.
Nak ke Mustafa Centre, korang kena lalu depan lampu isyarat ni dan terus menuju ke depan restoren tu tau, landmark Mustafa Centre berhampiran dengan Serangoon Plaza.
Tengok kanan, bersihnya jalan raya di setiap corok bandar Singapura. Dulu aku berangan nak ke Singapura, sebab aku fanatik dulu cikgu-cikgu ke orang tua cakap kt bandar Singapura ni sangat bersih, masyarakat disana dilarang buang sampah merata nanti kena saman, pastu diorang cakap ada polis yang menyamar jadi orang biasa akan tangkap kita kalau kita buat kesalahan.
Huhhhh memang real sebab tersangat bersih, waktu malam aku lalu jalan kaki tengok pun sama memang bersih, rasa macam nak baring tepi jalan raya hahaha.
Aku aim nak naik benda ni lah masa karang tentatif, tapi seronok plak layan MRT dulu...next time kot kalau nak naik hehe
Serangoon Plaza Singapura
Jalan punya jalan dah sampai Serangoon Plaza. Dekat je masa jalan kaki, okey dalam ni aku tak pasti plaza ni jual benda apa, tapi dari pandangan mata kasar aku mungkin ia menjual banyak barang juga tau.
Landmark: Nampak tak aku bulatkan map khas untuk korang tengok, dari city square ke serangoon plaza sebelah tu lah Mustafa Centre yipppiii jom!
Live julia snap masa disana, nampak suami julia mendahului jalan bersama pakciknya menuju ke Mustafa Centre. Huhh nasib baik bawa ramai hero, kalau julia memang tak larat lah nak tolak buggy Qi tu tau, sakit pinggang. Mujur bawa buggy, kalau takkkkk anak ko cranky habisss percutian ko hahaha ingat bawa buggy kalau anak korang tu masih todler.
Fresh picture, julia snap pakai hp jenis Samsung Note 2 je beb, belasah lah janji tak gegar ye dok...nak beli kamera besar tak mampu nak gendong.
Haaaa nampak signboard Mustafa Centre kan...dia kata apa? Kiriiii okey jom kiri.
Pusing kiri haaaa terus je, aku sayu je hati tengok 3 hero dihadapan aku tu...Cikli memang ringan tulang selalu melayan kerenah cucu saudaranya yang manja lain macam bila masuk Singapura, aku ni manja anak tak leh lebih sangat nanti aku stress asyik nak berdukung je.
Jalan lagi...bakar kalori berganda-ganda hahhaha dah nampak signboard ni terujaaaaaaaaa aku weh.
Here we go! Dah sampai last tentatif yang julia nak singgah sangat. Kat sini ruang legar dia banyak betul pelancong asing, nak simpan barang sila ke ruangan depan ni ye...nak tau Mustafa Centre ni macam mana, bayangkan dok dalam Mydin KL tu, tapi kat sini paling besarrrr, 1st floor kalau jual jam berderet-deret kedaiii satu floor jual jam, stress aku tengok sebab dibanjiri jam hahahaha.
Ground floor
Bawah ni ada jual macam-macam jenis kain, tapi aku tak turun lah sebab tak ada ecalator hahaha, kat sini korang kena turun naik gula tangga dan lif sahaja tau, lif pun kecik oiii tapi kami masuk gak la behimpit dgn pak mak arab dan pelancong lain yang juga bawa buggy dan stroller anak hahaha.
Lif yang ada, ada sampai level 4. Kami menuju ke level 2 je. Level lain malas nak terjah sebab masing-masing dah kepanasan. Cari bahan terus bayar.
Level 2 ni best, ada jual macam-macam handbeg, coklat, biskut, souvenir dan apa yang aku nak ada dalam level 2 je...yang lain abaikan sebab kat Malaysia banyak hahaha
Keluar dari lif level 2 mata aku terbuntang dengan luggage kt sini...lawaaaaaaaaaaaaaaaa yerrrrr geram aku, aku tengok rege okey bye muahahhaha.
Pastu lalu kiri kanan ada jual coklat biskut, lalu lagi depan ada jual t shirt singapore khas utk budak lawa sangat...rugi korang tak beli kt anak tau!
Sebagai umi yang aim nak beli hadiah untuk Qaiser ilman, pilihan umi ialah ini, sebab ada gambar Lion cantik...harga SID19, jangan convert RM nanti ko menyesal tahu hahahha. Saiz M aku agak-agak je ni sebab tgk display yang ada kan.
Untuk julia, cukup sekadar ada porch beg ni, ada tulisan singapore, haaaaaa jadi mak orang ni aku pentingkan beg besar-besar yang boleh lipat jadi kecik cenggini, mudah nak berjalan, memang berbaloi beli cenderamata ni sebab lepas aku keluar dari sini memang beg ni sangat diperlukan untuk satukan barang2 lain.
Tadaaaa, kata bajet holiday, beli yang takde kat Malaysia je lah, Chunky Chips tu menyesal aku beli 1...azab nak arwah makan super sedap....nangis aku!
Lunch Time!
Tandoori Restaurant
Landmark: Depan City Square Mall Singapore.
Lepas keluar dari Mustafa Centre, perut aku merengek nak makan hahahha, so kami pilih Tandoori Restaurant. Sebabnya aku terpikat tak ada orang. Lagi satu ia unik sebab mata aku nampak Multi Award Winning tu amboiiiiiiiii apa yang best sangat meh ceq nak tengok!
Restoren ni aku rekemen korang nak datang, sebab ia selesa ada aircond. Pastu meja makan banyak.
Chicken Briyani 1 set = SID13
Kami sepakat pilih Chicken Briyani 2 set. Sebab tak ada gambar kami main order je, jangan risau halal restoren ni. Sekali datang haaaaaaaa 1 set tu besar tau tak, 1 set boleh kong 3-4 orang makan gilaaa aku tengok, aduyaiiii len kali test order 1 set dulu cm ne tgk kan. 1 set lagi kami tapau bawa balik. Kalau di convert duit Malaysia aku rasa ni lah nasi briyani paling kaya aku pernah makan hahhahaha kan aku cakap jangan convert nanti ko takkan nak datang Singapore hehehe
Close up!
Komen aku, kami sepakat cakap chicken briyani ni memang TIP TOP. Lain benar rasa dari Malaysia, serius ni aku tak pernah rasa sesedap ni di Malaysia. Dalam nasi tu ada hirisan ayam kecil-kecil banyak tanpa tulang tau, puas makan nasi tu tanpa kari sekalipun, tapau 1 set tu kami makan kt hotel, lagi lah azab sedap melampau, hahhaha
Haa terus bagi anak pakai baju singapore tu nampak kan, aku mana tau malu, tang dalam restoren gak aku salin baju budak bertuah ni...kikiki
Kenyang dah perut...burp alhamdulilah. Kat luar restoren dia ni ada jual kuih dalam kedai konsep outdoor leh tgk live dia tengah goreng kuih...macam maruku kan. Tapi aku rasa bukan.
Terus ke Stesen Farrer Park haluan ke Stesen Kranji. Dah nak balik Malaysia dah haaaaa sekejap je 2 hari keluar masuk Malaysia - Singapura.
Kenangan di tegur dalam MRT Singapura
2 kali aku ditegur beb, kesalahannya aku minum dalam kawasan stesen MRT dan dalam tren MRT hahahha ulang lagi sekali jangan sesekali minum dalam kawasan MRT Singapura, sebab kat sana memang ko takkan nak buat2 nampak signboard dont drink, dont eat tu weh, so aku bagi tau awal2 ni jangan minum dan makan. Nak minum, sila minum di luar kawasan MRT.
First hari pertama aku sampai naiklah MRT nak ke Marina Bay, kan jauh dari Stesen Kranji ke Marina Bay kena tempuh 20 stesen, so anak aku cranky la dalam tren hmmm nak susu lah, nak makan lah, nak itu ini huwaa pastu minta air masak, aku bagilah air masak, pastu aku pun dahaga yang amat aku minum, sekali kauuuu ada mcm penyelia khas mrt naik dari stesen mana ntah dia ke hulu ke hilir tau dalam tren, rupanya nak tegur aku jangan bagi anak berjalan dalam tren tengah berjalan dan aku tak dibenarkan minum hahhaha.
Cara dia tegur tu aku salute sangat, dia mai dekat2 acah2 cam nak borak ngan aku rupanya sgt lembut dia tegur about peraturan tu...sikit pun orang sebelah aku tak perasan beb...lemah lembut...kalau orang Malaysia mau yer kena maki hahahhaha tirulah macam Singapura berlemah lembut dalam menegur.
Jawapan julia, cakaplah 1st time datang singapore, so sorry. Haa minta maaf.
Hari kedua, dalam MRT gak tapi bukan dalam tren lah, aku minum air masak kat luar MRT, aku ingat dalam tren je tak leh minum rupanya kt luar MRT pun tak bolehhhhhh...aku kena tegur lembut dengan sorang kakak kt situ yang jaga MRT lah...hehheheh tersipu-sipu aku, almaklumlah aku jenis kuat minum air masak, cepat dahaga tak kira masa kehkehkeh...pengajaran tuk aku dan utk korang.
Betul ni aku sangat bangga dengan corak masyarakat Singapura yang sangat banyak nilai murni aku pelajari, bagi tempat duduk dalam tren untuk mak yang ada anak todler setiap kali masuk tren aku dapat tempat duduk sebab diorang bangun bagi tempat duduk.
Serius banyak aku belajar 2 hari kat sana. 1 tentang budaya masyarakat yang sangat tekankan disiplin peraturan, kalau laksana buat betul-betul, kedua, budaya tegur. Paling berhemah aku pernah jumpa, aku belajar dari diorang, sangat lemah lembut cara menegur. Ketiga mereka sangat helpfull, memang sangat2 membantu time kita tanya soklan bertubi2...senyummm je hahahha jom keje dalam singapore hahhaha
Inilah stesen MRT Kranji tau, kalau korang ke tandas mesti korang akan dapat suasana macam aku dapat ni, kat luar ni ada jalan besar dan padang yang sangat luas, boleh lah lepaskan lelah hawa disini sebelum naik bas ke Woodlands untuk balik Malaysia.
Alhamdulilah, anak bujang julia, 3 tahun lebih jejak Singapura dah satu pengalaman berharga buat Qaiser ilman, cukup puas hati dapat happykan anak dan suami, tak terbayang perasaan senyum sampai ke telinga tu, penat tak usah cakap, tapi berbayar pengalaman indah disana.
Done 1st wishlist 2016!
Kalau korang yang belum pernah sampai Singapore untuk percutian bajet hanya sight seeing sahaja tanpa seharian di USS, julia suggest baca entry julia kat bawah ni, memang jimat. Mmmuahhhhh!
Terlepas Episod Percutian Bajet Singapura Jejak Sini...
Part 1: Percutian Murah Ke Singapura Nak Menginap Di Mana? [SINI]
Part 2: 5 Destinasi Utama Di Sekitar Marina Bay [SINI]
8 Comments
Waaaa banyak dah ni terlepas entri JJCM kak Ju ni. Nak kena recap balik lepas ni. Hihi. Seronoknya jalan2 tengok negara orang kak :D
ReplyDeleteOoo kat sana pun ada mrt ek. Menarik. Akk x pernah sampai lg ke sgapore. Memandangkan duit kita mahal lagi la x de angan angan kot nak pi sana. Hu hu hu
ReplyDeleteBestnya gi jln2 spore pulak juju ni..ciknad pernah gi spore sekali jer, masa darjah 5 dulu..bertahun dah tu! Best tu mmg best, tapi pikir pasal nak convert duit boleh pitam! Haha..ehh bagus yer disiplin diaorg..sampai area mrt semua tak bleh minum air..tu yg negara diaorg bersih jer.
ReplyDeleteBestnya gi jln2 spore pulak juju ni..ciknad pernah gi spore sekali jer, masa darjah 5 dulu..bertahun dah tu! Best tu mmg best, tapi pikir pasal nak convert duit boleh pitam! Haha..ehh bagus yer disiplin diaorg..sampai area mrt semua tak bleh minum air..tu yg negara diaorg bersih jer.
ReplyDeletebestnya jalan2
ReplyDeleterindu singapore.. walaupon dekat tapi dah lama tk jejak kaki kesana. heheh
ReplyDeletebest nyer singapore!
ReplyDeletebestnya dpt pegi singaa
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)