Thanks puan mona sponsor kek secret!

Alhamdulilah, hari ni julia nak live update tentang majlis kesyukuran yang baru je berlangsung pagi tadi sehingga petang ini. Majlis kesyukuran ini ada macam-macam perasaan julia dan satu team pejabat rasai tau. Hanya yang tahu dan merasai nikmatnya rezeki Allah kurniakan berita gembira dan meraikan bersama-sama pasti tersimpan kenangan yang cukup indah diingatan. 

Potluck dan 2 menu utama Nasi Tomato dan Pulut Kuning + Rendang Ayam cukup meriah disambut mesra oleh semua teman sepejabat dan bos. Dari kata-kata aluan wakil pegawai sehingga bos beri motivasi pada semua supaya saling bersatu hati, bekerjasama, dan bekerja dalam satu team secara harmoni. Baikk bos! 

Kami menurut perintah, yang mana baik kami ikut. Tak salah untuk sama-sama sepakat, buat keputusan disenangi semua pihak. Tidak pentingkan diri sendiri dan tak ego! Ego tu buang lah jauh-jauh sebab kita semua ni tak ke mana pun, tetap akan jumpa dalam satu bumbung yang sama, tetap 1 family yang sama, sebab kita ni bekerja banyak luangkan masa dipejabat lebih lama di rumah melayani anak dan suami. Kalau ego tinggi melangit, tak rebah-rebah, takut ajal dan maut tak kenal hari, takut tak sempat nak minta maaf, dosa tetap jalan....takutkan.

Justeru itu julia sendiri nak mohon kemaafan sekiranya ada yang julia sendiri terkasar bahasa, tidak bermakna marah itu benci, tapi lebih kepada menasihati. Okey jom tengok menu potluck dan menu utama kesyukuran kami hehe

Kek Coklat...yummmy!

Ni potluck julia bawa sendiri, suami sponsor buah limau mandarin, terima kasih husband meriahkan lagi menu potluck, air kotak julia beli sendiri, macam nak sambut perayaan tahun baru cina kan hehehhe

Ucapan berupa nasihat dari bos kami Encik Azhari

Pegawai-pegawai dan rakan parlimen malaysia.
Khusyuk julia dok tengok apa la tu hahaha

Tudiaaaaaa....serbu sudah hehehe ada bihun gorenglah, ada pulut kuning lah...haaaaaa serbu!



Sedap pulut kuning ni tau...makan dengan rendang ayam fuhhh! Jilat pinggan hehehe

Paling win puding roti ni, perghhhhh selalu kalau ada majlis, geng mesti order. Sedap!

Potluck puding sedut...tak rasa lagi nak bawa balik bagi Qaiser ilman plak rasa camne...diorang cakap sedap

Macam-macam jenis kuih, lawa-lawa warna, sayang plak nak makan hehehe

Petang ni lepas solat jumaat edar pulak aiskrim sorang satu...haaaaaaa penuh gula dalam darah hahahhaha


Happy face officemate !
dapat makan siapa tak senyum meleret macam ni semua, nasi tomato je tak display sebab dah masuk perut memasing hehehe, tahniah adik Dzul dapat kerja baru farewell, semoga maju jaya, terima kasih banyak-banyak untuk korang semua sebab bagi kerjasama untuk jayakan majlis ini,  julia sayang korang semua tau. Ikhlas! ^__^

9 Comments

  1. Alhamdulillah..
    Memang meriah sungguh akak tengok Julia..
    Tak pernah rasa Puding sedut..
    Pernah nampak orang jual..
    Nanti nak cuba lah :)

    ReplyDelete
  2. Meriah..rindu plak kt potluck sekolaj masa mengajar petang dulu

    ReplyDelete
  3. meriah..makanan pon nampak sedap..teringin nak rasa Puding sedut tuh..hehe

    ReplyDelete
  4. yummyyy..byknye makanan..kek pun spi 2 bijik..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)