Singgah sebentar di Nu Sentral kelmarin, hajatnya sebab nak berteduh dari hujan lebat, walaupun suami bawa kereta waktu tu hujan lebat tak memungkinkan kami untuk terus berjalan. Maka nya kawasan yang terdekat Nu Sentral, alang-alang nak dinner terus cari food court. Makluman dari suami, katanya pakciknya yang bertugas sebagai tour guide selalu inform katanya difood court nu sentral sedap-sedap makanannya.

Landmark Food Court Quizzin Nu Sentral
Masuk ke dalam terus, terus tanya pak guard situ, sebab kami malas lah nak tawaf satu nu sentral besar kot. Lagi satu kami search guna board screen tu pun tak berjumpa. Rupanya di Level 3 sebelah dengan Butik Aidijuma...waaaaaahhh port paling syok nak usya tudung pasni hahahaha.

Disini memang luas. Korang nampak menu diatas. Itulah Tauhu Bakar Stallnya HaHa Popia. Hahahhaha aku masa tengok pertama kali stall tu terus nak haha juga lah sebab nama pun unik pelik pun ye. Pehtu aku orderlah dua jenis menu diatas dan 1 popia sahaja.

Makan Berebut !
Harga tauhu Bakar RM6, popia tak perlu beli set pun takpe, aku request nak 1 gulung je RM3.50 besar plak tu, ikut kemampuan perut korang nak makan jangan membazir. Mujur dia bagi beli satu satu gini. Sedap gak popia ni. Cuma kurang crunchy berbanding tauhu bakar dia sedap, terpaling sedap sebab kuah dia pekat dan ditaburi kekacang dan sengkuang fuhhhhhh makan berebut.

Lasagna ni korang pi cari stall Western, situ banyak ada, aku dan suami jalan one way tengok sekali lalu. Aku jerit lasagna, suami aku pun nampak benda yang sama hahahahha, tengok rupa macam sedap, sekali rasa haaaaaa sedap! Berbaloi beli, cuma kepingan tu je rasa tebal sikit but its okey rasa sedap tu paling penting. 

Harga dalam 12 ringgit gitu je. Murah sebab portion boleh kongsi 3 orang. Kalau nak makan lasagna aku suggest la jangan ambil makanan berat lain macam nasi, sebab nak makan yang ni pun pulun nak habiskan. Nampak je macam light kan tapi sangat mengenyangkan. Mujur makan ni dulu.




Hot Plate. Menu ni memang kesukaan suami, dia suka nasi ayam masak sweet sour, kecuali aku. Aku tak suka ayam masak masam manis ni, sebab aku tak suka tomato hahhaha so aku tak rasa, so aku tak tau cam ne rasa. Suami makan habis licin, so tandanya sedap lah tu. 


Little Wok. Julia dan Qaiser ilman pilih menu Little Wok, menu kebiasaan di order kalau nak makan dalam kuali kecik ni hehehe, sedap. Cuma nasi tu agak kembang sikit mungkin terlebih air, saranan aku yang biasa buat nasi goreng ni, kalau nak masak nasi baru pastikan biar kurang air, sebab nanti nasi goreng tu sendiri akan kembang bila di goreng. Tu je.

Dekat sini penuh kedai makan bermacam-macam jenis. Ada Japanese Cuisine, Korea, Nasi Kandar, Nasi Ayam...ehhhh macam-macam lah...nanti nak repeat balik makan western aje...japanese ni aku tak reti nak cuba...maybe satu masa nanti. Aku tengok mak-mak salleh ni hadap japanese food berpinggan-pinggan. Aku plak dok Malaysia ni tak mau mencuba, lain kali lah ye...anak tekak melayu dan western je buat masa ni hehehe.





























Anak bujang den, dia sekarang ni request tau suruh amik gambar dia...lepas umi, qaiser pulak...dia kata tau...ehhhhhh dik jangan tiru sgt umii tu hahahhaha tapi apa salahnya dia suka mencuba menu baru, dan dia suka makan, geng la dengan umi dan walid. Tak susah nak jaga dia, asalkan menu nasi yesss semua jalan. Paling suka kalau kita suap nasi dengan tangan fuhhh berkali2 minta tambah hehe.





HaHa Popiah ni lah aku beli. Dok depan-depan, pasni nak repeat tauhu bakar...sebab aku pi dekat ViVa Home Mall food court sana dah tutup sementara waktu sebab ada renovation. Kempunan nak makan tauhu bakar. Mujur kat sini lagiiii sedap yeahhhh!




Next time, nak lepak sini lagi makan-makan, ada banyak butik dan kedai nak diterokai, aku jumpa HEMU - 430X tau, nanti aku story ada masa ye.

Quizinn by RASA

NU Sentral (Lot L3.14, Level 3), 
Jalan Tun Sambanthan50470 Kuala Lumpur
(Sebelah Aidijuma)

14 Comments

  1. arghhhhh stress betul bila nampak makanan sedap2 ni,nak ajak mr D lepak sana la hehehhe...dekat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa harus bawa encik abang lepak sana...amik mood baru

      Delete
  2. Macam best jer Julia.. makan dalam wok tu..
    Mujur wok nya putih berkilat lagi ye :)
    Rajin betul Julia dan keluarga JJCM ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hayati...julia dan suami serta anak memang jenis kaki jalan dan kaki makan...port utama seharusnya murah dan sedap...baru leh masuk blog...kalau tak ke laut juga cerita bab mahal2 ni tak minat sgt

      Delete
  3. akk jarang sangat ke nu sentral ni..
    tapi kalau terpegi blhla cuba
    tq sis review...

    ReplyDelete
  4. 1st time aritu pegi Nu sentral pening rs sbb rmi org sbb link dr kl sentral kn...food court tk kesempatan singgah

    ReplyDelete
  5. makan dalam kuali?
    unik tue.
    dalam bnyak-bnyak tu rasanya menu sengkuang paling best.

    ReplyDelete
  6. tauhu bakar tu memang sedap! kuah tu power. lasagna nanti leh laa cuba

    ReplyDelete
  7. Abang Nizam kan kerja kat KL Sentral.. tak pernah plak sis tanya dia pernah makan kat sini ke tak.. haha
    kalau dia tak pernah nanti sis nak ajak dia pergi.. kalau dia pernah nak ajak juga pergi
    tengok Juju review pasal makan sis plak yang lapar.. adoi

    ReplyDelete
  8. alaaaaaa ,,,sedappppppppnyaaaaa makannaaaaann semuaaaaa .hahaha..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa kak. Hari tu lepak sini Nani makan dekat kedai yang ada sizzling tu. Memang macam macam ada dekat food court sini :D

    ReplyDelete
  10. wahhh popia basah tu my fav, besar tu kak jue

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)