Tunjuk kaki hahaha, sebelah kaki Qi sebelah lagi kaki umi Qi romantik sangat haha

Kebetulan cuti kalender bulan Januari 2016 ni bersusun hari Isnin cuti umum, semua tercari-cari port dekat nak lepaskan tekanan seharian kan. Termasuklah dengan aku, aku ni jenis lepas masak makan semua, kemas rumah, mesin baju semua settle time tu gak tanya suami hari ini ada pelan nak pi mana-mana tak. Suami aku cakap, packing baju untuk sehari je, what!!!!!!! Aku paling malas nak packing baju on the spot pastu tak ada tuju arah ahhahahahha, gila kan husband aku ni, selalu sangat suruh packing baju tetiba. 

Paksa Packing!
So aku packing la dengan mulut bebel tanya nak pi mana la ni, dah la ari ahad, esok isnin cuti sehari je pun nak pi mana, dok umah je lah. Suami aku cakap jom je lah nanti kita jalan2 kat Kuala Selangor tu, dia punya aim nak duduk hotel kabin tu, tapi full house. Next time lah kot sebab main terjah je ni, aku tengok hotel kabin punya keluasan tak la besar mana tapi pool dia win ada signboard bagai, yang kosong pun only bilik mahal 700++ mati lah mak nakkkk hahahhaha

Abaikan, pastu jalanlah tepi pantai remis, first time pi pantai remis, ada lumpur semata, view aku tak amik lah sebab pantai tak cantik, ada orang jual makanan macam2, dengan panasnya Allah sempatlah beli keropok lekor dan sengkuang calit besar gabak. Besar kan puas makan RM2.50 je satu. Lega anak tekak!

Aku dah fedup, cakap jom lah jalan kt KL tu, tak ada apa2 pun kt Kuala Selangor ni bosan lah. Suami aku cam biasa tak ada ye nak dengar pujukan bini dia yang tak penyabor tu hahahhaha.

Alih-alih sampai kat kawasan Pasir Penambang, suami cakap jom kita check in sini, hotel bajet ni best. Aku nampak cam biasa je, hmmmmmmm hati masih tak nak. So aku suh suami pi lah tanya rate hotel tu, ada 1 kosong bilik besar, katil King RM200 ke bawah okey la. 

Aku masuk, masuk ke perkarangan hotel ni mata aku terbuntang, terjojol, terpengsan kahkahkah CANTIKNYAAAAA, LAWANYAAAAAAAAA, LIF DIA TOUCH SCREEN KAH!
Lagi satu apa ku nampak ni belakang hotel bajet ni betul-betul ada ni haaaaa


KAWASAN TUMPUAN UTAMA
eagle feeding tour & kelip-kelip

Belakang Apps Hotel ni ada Eagle Tour, gila dekat! Dan aku tak sangka macam duk kat Langkawi je ni, masa aku pi bercuti kt langkawi memang tak pi eagle feeding sebab jadual aku pack gila, dengan mahalnya padahal ni kat Kuala Selangor tau, terus aku automatik jadi gilaaaaaaaaaa seronok kat sini. Husband aku perli, tulahhh papa dah cakap kat ma banyak kali dah sini best lah len kali dengar cakap hahahahha ketawa aku okey2. Part ni aku cerita second part ye, yuran dia murah yang amat...aku nak story pasal hotel ni sikit.



Bestkan nampak sunset? Gambar ni aku snap sendiri tau, gigih sangat ni pakai hp cap ayam je, tapi hasil gambar ni buat aku tersenyum sampai hari ini. Haaaaaaa duk sini dapat macam apa ju dapat nanti...soon citer...jom tengok gambar hotel ni.



Apps Hotel Kuala Selangor
 Ini peta julia kongsi kat sini, faham kan senang je.

amboi, pertama kali aku jumpa naik lif touch screen bagai, kemahen hotel bajet ni tau, hotel ni baru so best lah wifi semua ada.

Bilik suami tempah ni dok kt tingkat 1 je, tingkat 4 ada brigde tau nak tgk sunset haaa tu lain part aku citer, jangan marah berlambak gambar ni wehhh

aku suka konsep hotel ni, ada surau, ada serika kt luar, jelas aku nampak, bilik kami jauh ke depan lagi.

Bilik 1119, paling hujung, dan bila aku masuk Wowwwwwwwww, bilik ayaq dia kemain.

Hahahah masuk-masuk terus tengok bilik air dulu waaaaaaaaaaa besar ye. Siap ada pintu khas cm ni

Paling suka tuala hotel ni, tebal dan besar telap air, suka lah bersih je tuala tu, nak mandi banyak kali pun best. Tuala muka pun ada, bajet tapi macam ada star kan...




aku tengok, walaupun sempit tapi ruang sempit bilik air ni disediakan bermacam jenis kemudahan, ada air panas, ada tuala yang sedap dipakai, ada sabun mandi, ada berus gigi dengan ubat gigi dan aku suka mangkuk singki tu besor, kalau ada baby senang nak bagi mandikan dalam tu je. 

Jom tengok katil King, semua barang aku puas hati, ada kettle, ada telefon yang boleh besarkan suara, ada TV LCD astro, ada peti ais dan paling utama ngadap view pokok.




SARAPAN
Dok sini include automatik FREE Breakfast...alahaiii ceq suka benda include sarapan ni.

Pagi buta kami turun dah nak sarapan, ada menu gulai ayam pagi2 weh perghhhhhhh Qi bukan boleh tgk ada gulai dia yer mintak satu hotel gegar weh, bestlah menu ada air oren, air teo, kopi...

Time sarapan aku suka, sebab banyak pilihan menu, nasi lemak, bubur nasi, bihun goreng, mee goreng dan bermacam lah, tapi dia buat jenis catering cam ni...cuma sambal nasi lemak tu pedas sangat harap kurangkan pedas pas ni ye.
(Aku cerita time aku pi kat sini best, kot kalau korang pi masa tu tak best sarapan ke, apa sajelah jgn salahkan aku, ini kisah aku)

Makan Malam

Seharian enjin kereta tak hidup bila dok hotel ni, jimat! Turun je dari hotel depan hidung betul-betul tak payah nak lintas jalan bagai leh order makan seafood dan ala carte. Kat sini memang kami tgk kiri kanan meja ramai orang makan seafood meriah plak tu, tapi kami order ala carte je bosan lah asyik seafood sangat kan.

Ala carte dia murah je, banyak plak tu, lagi sekali aku tak habis makan, aku order mee goreng mamak je, sekali sampaiiii macam 3 orang makan, dengan harga RM5.50 je sepinggan murha yang amat, sedap, nasi goreng seafood pun sedap, sotong celup tepung sedap betul...total semua bawah RM50 je, jimat kan.

Rekemen sangat kalau korang nak short vacay dalam Selangor je mai sini bawa anak beranak, memang ramai rupanya pelancong asing mai sini, lagi satu nak pi sini senang je, sebab hotel ni berdepan dengan Giant Super Market Pasir Penambang Kuala Selangor, tepi2 hotel ni penuh kedai-kedai macam Dominos la ehhh best lah!

Apps Hotel
12, Jalan Peninsula
Utama 1, Peninsula Park, 45000
Kuala Selangor, Selangor.

Sat lagi julia story pasal Eagle Feeding Tour naik atas bot laju yang super menyeronokkan, aku feeling habis macam dok bercuti kt Langkawi lagi sekali tau, padahal ni dalam Selangor je wehhhhhhh, tunggu aku story siap video bagai hahahha

Syoknyaaaa cuti bajet kat Kuala Selangor jeeeee hoorey!

21 Comments

  1. perasan hotel ni masa pergi kuala selangor hari tu. tak sangka dalamnya cantik juga ye

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Harga akak dah tulis kt atas la dik terskip baca ek hahahha ni bilik Deluxe room tau besau sikit...below 200 je, yg ni bilik walk in nak tak nak check in bilik besar dia RM188 something, tapi suami julia dpt kontrak rates Rm155 je...murah kan, kalau pi booking awal dapat lah harga bilik biasa murah sikit

      Delete
    2. eh cmne blh tlepas baca.haha...eh murah gak tu..tp sy bab jln2 ni xtahu sngt kena suh suami gugel maps la jwbnya hehe...nt nak try coti2 mesia jugak hahaha

      Delete
    3. haaa bagi je link blog julia ni kt suami baca...tau lah dia bawa guna waze senang hehehhe mmg best lah...sbb keliling hotel ni mcm2 ada...

      Delete
  3. kabin tu cantik tp tu la slalu full...dpt hotel budget ni pn ok...wah lif touchscreen...sengkuang calit dapnye...akak p kuala sgor ms outstation dlu..lama dh tk pi

    ReplyDelete
  4. Menarik sangat Ju
    Kalau tengok depan macam biasa aje, tapi bila masuk dalam boleh tahan
    Makanan pun banyak pilihan itu yg tak bimbang kelaparan ye:)

    ReplyDelete
  5. bestnya kak.. rasa nk book tuk minggu ni aje... hahah macam sempat.. cepat update eagle feeding.. seronok nak baca

    ReplyDelete
  6. cantik hotel dia..walaupun bajet tapi kalau Ju tak mention harga, mesti ingat mahai..

    ReplyDelete
  7. Patut macam pernah dengar nama pantai remis tu, kat Taiping pun ada pantai remis.. Ehehehe bestnyaa nanti boleh cuti kat kuala selangor

    ReplyDelete
  8. wah, bestnya tingin nak pegi tapi xde partner plak

    ReplyDelete
  9. selesanya hotel dia sis...
    skang hotel bajet pun lbh mewah kot kan

    ReplyDelete
  10. Wahhhh bestnya! Cantik lah bilik tu, harga ok sgt tu.

    ReplyDelete
  11. assalam kak ju.
    wowwww. kagum jap.dh lama x p kuala selangor. sejak lps bersalin.
    dlu selalu gak p mkn kat jeram..

    nk try la nanti. in shaa Allah. sbb eagle feedinh tu buat sy tertarik. nnti update ye kak .

    nice sharing.tenkiu :')

    ReplyDelete
  12. Sengkuang calit tuuuu adududud menggoda jiwa raga ku. Hahahahah

    ReplyDelete
  13. hai singgah sini, sbb nampak kuala selangor, heee..

    mmg tinggal sini, tak merasa la nak dok hotel Apps ni..
    tp tu la, xpenah lg pergi kelip2 n eagle feeding ni..

    nanti update psl eagle, boleh tayang kt enSuami..heee

    ReplyDelete
  14. kena masukkan dlm list tempat best ni...

    ReplyDelete
  15. ok la hotel ni ju..selesa je..ehh..pesal spi maheii bebanor kabin tu?mcm xbaloi je..huhhh..dok apps hotel ni lg cantik ju..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)