Sebenarnya tujuan utama nak menulis hari ini bukan mengenai throwback zaman aku dulu-dulu. Ter ter godek dalam album lama fb sebenarnya nak mencari gambar mama abah yang lepas nak buat entry yang terbaru, alih-alih entry ini jadi terdahulu hehehe. Lucu bila teringat balik zaman sekolah, ye zaman sekolah julia ni penuh haru dan biru. 



Sebabnya aku seorang yang sangat pendiam orangnya, berkawan pun dengan orang yang betul-betul rapat je. Ada gambar masa zaman sekolah rendah, nanti julia snap bila ada masa ye.



Inilah gambar-gambar zaman aku dulu-dulu, sekejap kecik sekejap besar, hahahha itu biasa. Time masa belajar mana ada duit sangat nak beli makan sedap-sedap, asyik2 maggi je jadi peneman, so siapa cakap maggi boleh jadi gemuk hehehehe. 



Zaman Sekolah Menengah



Korang mesti leh detect mana satu muka julia kan...sangat keanak-anakkan, hehehe


Ini semua gambar masa form 4 dan form 5, gambar form 6 ada tapi tak snap, masa tu baru jadi pengawas pusat sumber sekolah 1 tahun dan up jadi ketua harian pusat sumber sekolah 1 tahun je.


Zaman Universiti (UUM)
Semester akhir.

Dalam dewan kuliah, kami ni selalu berlima, ke mana sahaja, jadual pun semua sama, kira pi lah ke mana pun mesti bersama-sama.

Zila, Su, Ina dan Ida

Kawan baik aku sampai bila-bila, diorang ni selalu buat lawak tau happy sangat sepanjang bersama mereka suka dan duka.




Ni kami dok buat kerja kursus luar daerah kampus, di tasik jitra ni lepas lelah hawa semua selesai tugasan. Serius penat-penat pun bila bersama satu geng rasa puas je hehe

Geng-geng Roomate satu asrama, with kak Irna Suzana, kak fadilah, dan adik izan.

Kami ni memang suka bergambar, tengah bulan puasa ni nak pi bazaar ramadan, amik gambar dulu hehehe. Kenangan sangat.


Pertama kali dalam sejarah aku merasa pi Langkawi, tak silap dalam tahun 2005. Pergi dengan kawan-kawan satu UUM. Besttt ooooo time ni, dah la pakai duit PTPTN je hahahhahahha, kira memang bajet gila ahhh, janji sampai hehehe. Besttt sgt2 1st time ni lah menjadi berkali-kali aku ke sana atas urusan kerja dan kini berkahwin aku bawa family aku ke sana pula...tak mungkin di lupai geng ni.




Zaman Pertama Kali Bekerja
JLKN 2007-2010 (3 tahun)


Yes, tak lama aku menganggur pun, lepas praktikal kt Kastam di Raja Malaysia aku suka hantar resume macam-macam tempat sepanjang praktikal. Alhamdulilah tamat je praktikal belum konvo lagi aku dah terima panggilan bekerja di JLKN. 


kerjaya aku di JLKN memang tak melekat kt opis, di opis hanya rancang jadual siap kelengkapan untuk anjur kursus kejurulatihan di kem-kem terpilih seluruh Malaysia, nak jadi jurulatih PLKN kena melalui kami dulu, ambil exam dan orientasi exam kejurulatihan dah lulus kursus selama 12 hari baru leh hantar mengajar gituuu...daku sempat ambil kursus pertolongan cemas lah...at least ada juga bekalan utk aku.

Terlalu banyak gambar kenangan aku semasa bekerja disini, banyakkkkk dan tak terbilang dengan jari, sebab setiap kursus bergambar, ini baru sekeping banyak keping di setiap lain destinasi hehe itu sebab kot sampai sekarang aku tak leh duduk diam, berjalan aje.


Tiga tahun aku kt sini beb, bekerja dengan bos-bos dan group tentera, tugas hakiki aku didalam group modul fizikal banyak jadi urusetia kursus luar pejabat, titik dari sinilah aku dapat pergi bermacam-macam negeri dalam Malaysia termasuk, Langkawi, Tawau, Sabah dan Sarawak. Semenanjung tak yah cakap lah sampai lemau aku kena uruskan kursus hehehehe. Pengalaman bekerja di luar pejabat dapat aku kumpul elaun lebih masa dan boleh bayar PTPTN sekali gus. Alhamdulilah, selama 3 tahun ikat perut. 




Tengah sibuk uruskan kursus di tempat kerja lama, walhal aku ye pejabat baru je kena re-org semua unit, dulu kan aku kena handle unit fizikal, pastu aku totally kena masuk unit pembinaan karakter pula, tak sampai sebulan aku nak khatamkan apa yang kena aku tau aku dapat panggilan ke Parlimen Malaysia. Alhamdulilah, aku lulus exam dan temuduga, diorang nak aku masuk keesokkan harinya. Perghhhhhhhhh, terus buat surat pada bos, tapi aku tak sedap hati, sebelum buat surat aku sembang dengan bos besar aku dulu. Yelah mana tak sedih, dari awal aku berkhidmat dengan dia dari zero, sekarang aku dah pandai bawa diri dalam kerjaya, tak sampai hati aku nak luah yang aku kena posting segera ke sana.



Bos, senyum, dia jawab, syabas julia, pergilah, alaaaaaaa nak nangis. Sebab time tu memang pack sungguh jadual aku kena handle kursus sepanjang tahun, tapi sebelum aku belah, aku siap ajar dulu pegawai yang akan ambil alih tempat aku nanti, aku nak dia lagi pro dari aku, aku serah fail serah tugas elok-elok pada bos. Sedih bukan kepalang, sebab disitulah aku dapat peluang mencungkil bakat bermacam-macam sehingga jadi juru acara majlis bidang terjun pun pernah, sampai bos setiap kali ada acara mesti nak julia juga jadi emcee hehehe. 



Bos JLKN, jasa mu ku tetap kenang sampai mati, sebab sporting dan faham kehendak anak buah-buah, belanja makan dan bermacam-macam. Rindu !


Zaman Bekerja di Parlimen Malaysia
2010 - Kini (6 tahun)


Pejam celik pejam celik, aku dah nak masuk 6 tahun bekerja di Parlimen Malaysia. Serius disinilah aku belajar banyak hal ehwal tentang pemerintahan negara. Memang kena sangat dengan kos ijazah aku ambil dulu semasa di Universiti (Ijazah Pengurusan Pembangunan Urustadbir Negara). 

Alhamdulilah, aku bukan pelajar yang cemerlang di sekolah pun, aku tak sangka aku boleh masuk universiti pun sebab result aku so so je, dan siapa sangka dulu aku pernah hadiri rombongan sekolah menengah ke Parlimen tahun 2003. Siapa sangka aku plak bekerja disini.

Aku congak balik tahun 2003 masa lower 6 sehingga tahun 2010 aku pertama kali bekerja di Parlimen, TUJUH tahun selepas itu aku kembali ke sini semula. Ya Allah, siapa sangka dulu aku kagum sangat dengan Parlimen Malaysia, aku kagum dan aku selalu tertanya-tanya best ke kerja di sini. Jawapan aku yesssssssss, memang best !

Bestnya, Allah dah atur elok perjalanan hidup julia, dari dulu julia ni selalu cakap masa sekolah menengah, aku tak pandai sangat belajar, result pun so so, tapi aku selalu cakap pada diri sendiri, aku nak berdoa pada Allah, jika result aku pun biasa-biasa, jika ada rezeki Ya Allah perkenankan aku ke universiti...Allah Maha Adil, dia perkenankan doa ku termasuk doa ibu bapa ku...



Siapa sangka....aku dah selesa disini, gambar lama inilah pengubat rindu pada mereka yang telah pergi meninggalkan Parlimen, rinduuuu tu yang tempek muka korang semua, ramai dah bertukar orang baru. Tapi yang lama tetap dirindui.

Inilah aku, zaman aku dulu hingga kini.

11 Comments

  1. lama dh kj kt parlimen tu ye...akak pn ngan company skarang ni dh nk masuk 14 thn...mcm tk caya

    ReplyDelete
  2. zmn uni je bleh cam muka. ms sek x cam.. hihihihih

    ReplyDelete
  3. wahh..kerja parlimen ye..sape sangka kan :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...berjaya jugak grad kan julia..ikut ahkak pun SPM xseberapa..syukur sgt dpt jd cikgu..dan bekerja gaji tetap...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. bila tgk gmbr2 lma kak julia ni, sy pun teringat zmn msa sy di universiti dlu..hihi :)

    ReplyDelete
  6. nice one!....dh mcm salasilah diri:)...heheheheh....trs rasa nk buat entry mcm ni juga.

    ReplyDelete
  7. kuruihnya Juju.. comel.. tapi sekarang tetap comel..
    memang seronok bila tengok gambar dulu2.. macam2 kenangan :)

    ReplyDelete
  8. Nak jejak kaki ke parlimen pun susah. Ni kan pula kerja dkat sana. Fuhh tabik spring kak

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)