Perkara Baik Harus Jadi Contoh.
Jauh sekali nak membangga diri, malahan timbul rasa riak atau takabur. Tapi sebenarnya daku tersentak dari lamunan yang tak henti-henti. Malam tadi suami yang serahkan amanat segugusan terjemahan surah.
Katanya....
'Tolong hantarkan terjemahan surah-surah yassin di surau tempat kerja julia ye'.
Allahuakbar, benda baik harus jadi contoh bukan dengan komen kata 'riak atau takabur' iktibar untuk diri sendiri juga ni nak meniru beli telekung-telekung baru di sini nanti....ada doa akhir tahun dan doa awal tahun, boleh dapatkan di surau Parlimen Malaysia ye. Sama-sama beramal dan meniru perkara yang baik-baik.
Sebuku roti
Bos di tempat kerja pun selalu belikan sebuku roti hari-hari atau dua hari sekali, bila di lihat kembali murninya hati bos ni, selalu belikan roti dan letak di pantry kecil opis, selalu julia mencari siapa empunya yang rajin letak roti, rupa-rupanya bos...tersenyum dia, terima kasih panjangkan sedekah pada kami.
Sebuku roti
Bos di tempat kerja pun selalu belikan sebuku roti hari-hari atau dua hari sekali, bila di lihat kembali murninya hati bos ni, selalu belikan roti dan letak di pantry kecil opis, selalu julia mencari siapa empunya yang rajin letak roti, rupa-rupanya bos...tersenyum dia, terima kasih panjangkan sedekah pada kami.
Tak lama lagi, dua minggu sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2015. Tak puas duduk di tahun 2015. Banyak kenangan manis dari pahit di tahun ini.
Tahun 2015 ini lah berjaya membuka mata aku bahawasanya banyak cabang perniagaan kecil-kecil daku boleh cuba, cuma jangan biarkan ketakutan dan kemalasan semakin menguasai diri. Kenapa orang lain boleh, daku tidak boleh.
Tahun ini jugalah kerjaya daku nampak sesuatu disini, ingat nak bersara awal, rupanya ada rezeki di depan mata yang Allah dah aturkan dengan baik bila tiba masanya. Yes, masanya sudah tiba, sudah cukup bersabar dalam alam kerjaya, kini baru nampak maju setapak, cukup sudah mengembirakan hati ibu dan ayah serta suami kerana doa mereka termakbul. Alhamdulilah.
Kepada semua rakan-rakan dan saudara mara yang mengenali diri julia, apa-apa pun anda bercakap di belakang yang baik mahu pun buruk, mahupun tidak didengari mahupun dengan raut wajah yang menyimpan sejuta persoalan tidak puas hati, ketahuilah Allah itu ada, dimana-mana ada. Yang baik gandanya pahala, yang buruk dan tidak benar anda tahu jawapannya sebaliknya. Dah besar kan.
Jaga diri, jaga keluarga anda. Salam Isnin !
(Jom panjangkan sedekah)
(Jom panjangkan sedekah)
7 Comments
jom sedekah! ;)
ReplyDeletebagus tu...
ReplyDeleteBagus tu ju. Akk baru je jemas almari smlm. Ada byk yassin yg kenduri kawin maupun kenduri akikah tu. lupa nak kumpul setenpat dalam bakul. Menyesalnya x buat smlm.
ReplyDeletesedekah amalan mulia.
ReplyDeletemoga kak julia maju jaya yer.
Sedekah ni kan kak tak kira kita banyak duit, pangkat mahupun darjat.
ReplyDeleteSemulia-mulia insan adalah insan yang bermanfaat pd org lain dan rajin bersedekah. Insya Allah moga2 amalan kita diterima
sedekah nih boleh dalam pelbagai bentuk dan cara kan.
ReplyDeletebesar sgt pahala org yg bersedekah..tambah2 buku surah yassin ni..selagi ada org yg guna, selagi tu penderma akan dpt pahala..semoga terus luas rezeki ju & suami..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)