Ramai sekarang orang suka merungut tentang macam-macam benda, dan semua tu merangkumi faktor dari wang ringgit. Yelah sekarang ni kan semua nak naik, tapi gaji macam tu lah juga. Tapi kita tak teringat, hari-hari ni kita hidup sihat, dapat lagi melihat muka family tercinta, dapat lagi melihat matahari, awan dan bintang dimalam hari.

Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Non, abang ipar abah julia telah kembali ke rahmatullah tengah malam tadi. Kami tak sempat nak gerak balik ke Kedah, atas pelbagai faktor. Kami sedekah Al-Fatihah untuknya. Jika tiada halangan sabtu ni kami ke sana menziarahi pusara. Amin.

Pergi menemui Allah, kita ni?
Merungut tak habis-habis kan, termasuk julia pun, terkadang merungut juga terkadang cepat2 istigfar, duduk dalam Malaysia ni masih aman tenteram, tengok negara orang lain macam-macam dugaan. Alhamdulilah, seronok kalau kita berlapang dada, berkenaan soal tak cukup wang tu semua baik lah kita berjimat sekarang, jangan berhutang kalau tak mampu bayar, kelak nanti makin bertambah rungutan sendiri terkeluar.

Semuanya dari diri kita pun kan... orang kata bagi la banyak mana pun kalau tak sedar2 nak arrange dan plan sendiri rezeki Allah bagi, macam tu lah sampai bila-bila. 

Aku nampak ada sesetengah orang joli sakan bila ada duit, time terdesak, kereta rosaklah, itu masalah lah ini masalah lah, belanja orang kemain macam banyak duit lah....kadang2 jangan kita layan sifat hipoktrit tu, kalau tak ada duit, makan apa yang ada, janji keperluan asas anak2 terbela, ingat tu, pesan diri sendiri juga ni ingat masa susah.

Ada orang dapat pekerjaan yang sangat mudah dari orang lain pun merungut juga, ehmmmm yang kerja susah pula tak pula merungut melangit redha dan terima rezeki itu hari-hari, susah juga orang yang tak kenal erti syukur, sebab bukan mudah nak dapat rezeki seperti itu kan hihihi kadang2 ketawa dalam hati kecil, apa yang dia mahukan kepuasan? Hidup ni tak semua dapat yang kita nak, kadang-kadang kita sendiri yang reka ia sangat membosankan, kena kaji diri balik dalam-dalam.

Baca doa dibawah ni ~
Allah ni Maha Penyayang, dia nak kita ni berdoa tak henti-henti padanya, serius aku rasa syahdu sangat, kadang2 emosi sampai bengkak2 mata, aku hidup ni pun Allah perkenankan, Allah bagi aku nikmat sekarang pun sebab Allah perkenankan...tapi kadang-kadang aku pun lupa akannya...dayus sungguh aku...sebab tu aku nak kita sama-sama pegang pada prinsip hidup secara bersederhana, kalau mampu teruskan, tiada sapa halang.

     
Tahun baru tak lama lagi...jom muhasabah diri...banyak entry tertangguh sebab menelek diri dulu, nanti julia update kisah ilmu parenting lepas ye, perlu masa nak cerita lebih mendalam.

8 Comments

  1. betul yang penting jangan merungut dan sentiasa rase bersyukur..

    ReplyDelete
  2. alfatihah utk arwah pakcik juju...dan smoga kita smua dilapangkan rezeki

    ReplyDelete
  3. syukurlah kita ada kerja, ada orang nak cari kerja pun tak dpt2 lagi kan..dengan kos hidup skang ni..

    ReplyDelete
  4. Susah juga nak ajar diri ni tak merungut.. Tapi semoga diri ni sentiasa bersyukur apa yg ada... Terima kasih atas nasihat dan perkongsian

    ReplyDelete
  5. Thanks atas peringatan Juju. Bersyukur lah dengan apa yang ada skang ni.

    Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)