Lepak Selera Street Pun Boleh
Lama betul cuti 5 hari lepas, yelah hari rabu dah start cuti rasa macam badan penat cuti lama-lama hehhee sebab aktiviti tak pack sangat sebab teman suami outstation je, selebihnya banyak kepada aktiviti makan dan window shopping. Aku semakin pelik, bila ke shooping mall aku banyak window je, nak membeli tu aku jadi kematu, tak ada mood. Mungkin sebab sale YES (Year End Sale) tak berapa meletup sangat la tahun ni. Tu yang keje aku makan tidur, makan tidur selain solat hahaha.
Lepak selera street, aku baru je tau atas sekali kt Sunway Mall ni ada food court yang baru di buka ala-ala kedai zaman dulu-dulu. Aku suka sangat konsep diorang ni beb, nampak pelik sikit. Kat sini ada BOAT Noddle beb, ingat nak makan sini tapi dah termakan kt tempat lain dan masing-masing dah kenyang so tengok je lah orang penuh satu kedai. Len kali lah ek....saje je pun lepak sini sebab tak tau nak pi mana dah KL ni. Bosan tul.
Konsep lampu ni alahaiii ceq memang suka yang amat, bila lalu bawah cahaya lampu ni rasa cam comel je, lantai pun cantik ada lukisan macam-macam. Selesa lah nak lepak sini, sambil borak-borak santai. Parking pun x mahal, ritu dok kt sejam lebih RM3 je fuhhh...
Mood aku malas nak makeup time keluar sekali sekala...lantak lah, aku pakai celak, lip balm dengan bedak biasa...sudah, kadang2 aku ni mood mmg nak pakai selekeh, hahahha kdg2 selekeh tu buat kita rasa selesa kekadang hehehe
Next nanti leh pekena ni...bakar station tu masak apa tak tau sebab explore pun dari jauh...ayam penyet express tu apa yang laju bebenor tak tau hahhahaha ayam kot terbang hahahha
Sebat yang ni, suami nak makan sangat, hmmm tekak den tak leh masuk lah ntah tengok pun tak masuk sebab pilihan suami tu kot. Yang lain yilek habis...yang ado itu je nak tak nak beli hmmm last sekali bawa balik rumah makan tak sedap pun hahahhaha mujur julia tak makan.
Bila lalu je ada je signboard gini di bucu laluan hehhehe, memang port bergambar ni kalau kena geng hihihi...nanti datang balik sini lah, ada banyak lagi kedai tak bukak, saje rasmi dulu.
Eh pas ni nak update makan kt Me'nate Steak Hub....tunggu!
6 Comments
Xsmp lg sunway putra.. Ada mcm2 pilihan bole pilih mn suka... Mmg cuti lama sure lemau skit nk msk opis...wah entry me'nate pasni
ReplyDeleteHoooo hari tu pergi tak sampai kat atas.. Nanti boleh cuba try test.. Cantik tempatnya..
ReplyDeletewahhh mcm best jek! dah la dekat nanti nak cuti nak datring kat sini lah!
ReplyDeletebanyaknya tempat nak kena terjah ni..
ReplyDeleteKannn memang cantik. Nani hari tu makan dekat penyet express. Sedap. Sambal dia pedas. Hehehe
ReplyDeletewah..mcm menarikk
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)