Kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 Terjawab Sudah
Alhamdulilah, terjawab persoalan di SINI semalam. Dah umum dah tadi, kawan opis bagi tau kata terlihat pengumuman di FB Berita Harian. Dup dap dup dap julia rasakan huhh harap bukan angka 6 dan dah terjawab sudah, memang julia dah agak akan ada penurunan dividen dan bonus. Sampai julia boleh nak teka sampai angka 6 tau tu pun dah redha awal-awal. Mujurlah still boleh maintain angka 7 fuhhh...cuma tang bonus tu menjunam teruk sangat. Pertama kali dalam sejarah bonus 0.50 seunit tercatat tahun 2015.
Julia tahu, bukan senang pengumuman ni nak dibuat, mereka dah cuba nak maintain kan, cuba nak jaga sebaik mungkin agar pelabur tak kecewa. Tapi bagi julia cukup dari tiada langsung, alhamdulilah, marilah berdoa agar tahun 2016 nanti ekonomi kita semakin pulih dan cantik. Amin, jom lihat sejarah lalu...lihat dan beza sendiri ye. Lepas ni boleh la 5 Januari 2016 ke atas beratur kt bank update akaun masing-masing, di pejabat pos pun boleh harap sistem tak tergendala sebab ramai nak pi ni hehehe.
Kadar dividen dan bonus ASB 2015
7.25, Bonus 0.50 Seunit
Sejarah Kronologi Dividen dan Bonus ASB
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember | Kadar Dividen ASB (sen/unit) | Kadar Bonus ASB (sen/unit) |
2014 | 7.50 | 1.00 |
2013 | 7.70 | 1.00 |
2012 | 7.75 | 1.15 |
2011 | 7.65 | 1.15 |
2010 | 7.50 | 1.25 |
2009 | 7.30 | 1.25 |
2008 | 7.00 | 1.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 |
2005 | 7.25 | 1.75 |
2004 | 7.25 | 2.00 |
2003 | 7.25 | 2.00 |
2002 | 7.00 | 2.00 |
2001 | 7.00 | 3.00 |
2000 | 9.75 | 2.00 |
1999 | 8.50 | 1.50 + 2.00 (bonus istimewa) |
1998 | 8.00 | 2.50 |
1997 | 10.25 | 1.25 |
1996 | 10.25 | 3.00 |
1995 | 10.00 | 3.00 |
1994 | 9.50 | 4.50 |
1993 | 9.00 | 4.50 |
1992 | 7.50 | 5.00 |
1991 | 8.50 | 4.00 |
1990 | 8.00 | 6.00 |
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya.
Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini.
"Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur hari ini. (Sumber: Berita Harian)
"19 tahun sudah julia dalam ASB, sejak kecil tak pernah tahu apa itu dividen dan bonus, masuk alam pekerjaan, ia sangat-sangat dirasakan perlu untuk tingkatkan semangat menabung dimasa hadapan lagi, ayuhhh 2016 dan seterusnya, kuatkan azam menyimpan lagi"
17 Comments
alhamdulillah..ada jgk lbhan thn dpn..:)
ReplyDeletepositifnya juju. sedih tgk tahun ni. ish
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletealhamdulillah!~
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletetq share ju..alhamdulillah..
ReplyDeletemakin rendah kan..huuhu..bersabar je lahhh..
ReplyDeleteekonomi 2015 memang tak stabil.. kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...even turun dari tahun lepas.
ReplyDeleteAs-salam Julia,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. walaupun lebih rendah dari tahun-tahun sebelumnya, masih juga perlu besyukur dengan apa yang dinikmati.. dah tahu berapa dividen ni, mulalah nak kira2 berapa yang bakal kita perolehi kan..
Alhamdulillah.. Sekurang2nya ada juga.. Hehehe
ReplyDeletesyukurlah dgn yg kte dpt...nk wt cm ne kn.
ReplyDeletesyukurlah dgn yg kte dpt...nk wt cm ne kn.
ReplyDeleteMemang bersyukur ada dari tiada.. tapi yang merungut rugi tu bagi yang buat asb loan sebabnya monthly pyment selama setahun lebih tinggi dari dapatan dividen.. sebab? BLR naik menyebabkan bayaran bulanan pun naik tapi tak berbaloi.. huhuuu
ReplyDeleteMemang bersyukur ada dari tiada.. tapi yang merungut rugi tu bagi yang buat asb loan sebabnya monthly pyment selama setahun lebih tinggi dari dapatan dividen.. sebab? BLR naik menyebabkan bayaran bulanan pun naik tapi tak berbaloi.. huhuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Info paling berguna. Tq sharing kakak gojes
ReplyDeleteassalamualaikum julia..alhamdullilah ada juga walaupun sedikit kan..:)
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)