Kalau hidup dalam Kuala Lumpur, tak sah kalau tak kenal apa itu jem ! Cuti sekolah? Haaa nasiblah ko kalau keluar awal jalan tak jem, terkadang tak boleh juga jangka, keluar awal pun jem, jalan halus 3 lorong nak jadikan 2 lorong ambil masa berapa jam? Ni kisah jalan kawasan Pekeliling, sebenarnya jem dari kawasan jalan Mahameru membawa ke sini jem teruk.

Bawa kereta auto pun leh kram kaki oiii, kalau manual? Kejang kat situ sila nyalakan lampu kecemasan hehe. Nak hidup kat KL kena tau jalan alternatif iaitu jalan pintas, kalau tak naya la duk situ sampai bila nak berjalan. Alhamdulilah, setakat ini hubby julia dah ajar banyak jalan tikus kat KL ni, kalau balik kerja lewat pun jem macam ni insyaAllah lebih kurang 30 minit sampai lah rumah. Kalau tak tau jalan tikus, memang susah, nanti dapat hipertensi lagi susah.

Karoeke? Aku rasa semua orang suka kan karoeke dalam kereta, macam aku, tiap hari karoeke, telinga aku sorang je lah gegar vaganza hahhaha, sekurang-kurangnya aku tak berleter tabur dosa kat tengah jalan raya yang jem macam siput sedut, sedap lagi siput sedut mek oiii.

Lumrah duk KL, waktu kesesakan tak leh dijangka, aku terdengar kt radio pagi tadi pasal apps baru PLUS Highway Traffic Status. Kot lah ada yang nak balik kampung ke, berholiday ke mesti nak cari jalan alternatif yang tak sesak kan. Aku baru nak install, belum tau lagi bagus ke tak apps tu.

Jem macam ni?
Jalan alternatif ku lalu jalan Titiwangsa, memang langsung tak jem, lega mak hari hari gini, sebenornya depan KPJ Tawakal tu tak habis-habis diorang bina tapak apa ntah kt tengah2 tu, itu yang menyempitkn alagi jalan 2 lane, serius situ aku stress nak lalu lagi waktu kemuncak macam sekarang ni, terkadang waktu malam pun sesak tak gerak2, berebut dengan kereta yang nak masuk lorong yang sama perghhhhhhh dengan kedekutnya tak bagi laluan, tarik nafas dalam-dalam inilah KL, siapa cepat dia dapat !

SIGNAL sudah dah tu ko...
Konsep bagi signal jalan raya terkadang aku sendiri urut dada, bagi signal tapi dia masuk terus jalan orang tak tengok kiri kanan dahhh kiranya dia luluslah bagi signal tu janji kasi signal kennn....bahaya jangan amal cam tu, kalau kereta laju dari arah yang sama tak sempat nak break kecemasan arwah free je kat situ...ingatlah ingatlah sayang diri

Kedekut bagi LALUAN, sian dia tau...
Lagi satu jangan kedekut nak bagi laluan pada mereka yang sudah lama bagi signal nak masuk laluan, aku kesian sangat pada mereka yang bagi signal berapa minit dah nak masuk, nak minta laluan, sorang pun tak bagi laluan, cara orang KL ni selain signal diorang ni memang suka kalau kita turunkan tingkap dan angkat tangan tinggi2 sambil bagi signal nak masuk laluan, confirm dapat masuk punya.....orang KL bukan kata tak semua...semua aku jumpa gitu leeeeeeee....

So korang, mesti pandai jalan alternatif kan, tapi kalau dah tu je jalan yang ada tak ada dah jalan lain nak buat cm ne, hadap je lah sambil bertasbih dalam kereta, setidoknya dapat pahala setiap saat dalam jem...mak redho !

12 Comments

  1. hahaah kannn lumrah duduk kl..kiter redah je la..

    ReplyDelete
  2. Sana sini jammed kalau duduk KL. Naik kenderaan awam pun jammed dengan orang ramai. Hahahaha !

    ReplyDelete
  3. kl kalo tk jammed tk sah..tp laluan akak p kj time cuti sekolah ni ok skit

    ReplyDelete
  4. juju..akak ada email..nanti tgk tau

    ReplyDelete
  5. terra ko jue...kalo akak ni mau dah sakit kepala gini..... skrang dri umah ke opis pun dlm 15minit bising kalo ade jem sikit sbb eksiden, ini kan plak kalo mcm ko kene hadap ni...insap akak hahahaahah

    ReplyDelete
  6. Ha ah kak, selalu sy nak ke opis kat flyover depan balai bomba sentul tu paling jammed. la ni memang cari alternatif

    ReplyDelete
  7. Jalan jammed dgn anak2 mmg 1 pengalaman yg memeritkan utk akak. uwaaaaa

    ReplyDelete
  8. Bab jalan ni memang tak hafal. Tau jalan gi kerja balik kerja dan kawasan area rumah jer. Klo gi KL naik keta memang tak lah. Hazab nak redah kesesakan.

    ReplyDelete
  9. Nape juju lalu shortcut ttwangsa tu. nak pi mana. Akk pun klw nak pi ijn or pusrawi or klcc mmg shortcut ikut situ. Tp akk x pandai sgt nk driving area kl ni. X tau jalan pun.

    ReplyDelete
  10. KL memang sentiasa sibuk saya duduk di pecan kecil.pergi kerja cuma 15 minit dari rumah.kalau jalan jem tu bila time perayaan atau accident saja..

    ReplyDelete
  11. stress kalau jem mcm dlm gmbr tu..huhu..mmg tak nak lah keje kl

    ReplyDelete
  12. Lima tahun dah dok hadap.. Lepas nih dh lega .. Pindah terus keluar kl... Laluan tu tengah buat pembina lebuhraya DUKE ke dua la tu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)