Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
 Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson 71000, Negeri Sembilan 

Ini bukan entry berbayar, kalau entry food review berbayar julia suka amik video dan lagi banyak gambar cecantik aku ambil hahaha, itu bezanya. Tapikan julia jenis tak kisah sebenarnya, kalau tempat dan makanan tu sedap, automatik aku angkat kamera ambil, memang tak peduli orang sekeliling nak tengok aku hehe. Kalau tak sedap memang sikit pun tak lalu dalam blog dan wall FB. Okey kalau ke Port Dickson ramai yang terlintas nak makan ikan bakar aje...asyik asyik ikan bakar haishhh tak ada benda lain ke nak di makan yang sedap dan murah-murah aje. Kata percutian bajet Malaysia.

Cowboy Place Port Dickson 
Julia suggest makan di Cowboy Place, apa sebab? Ada pro and contra, dulu orang cakap kedai ni tak memuaskan sebab pakai polisterin aje pun hahahhaa. Tapi kan, berbalik pada jenis orang lah, bagi aku lah kan jenis yang TAK KISAH dan tak penting pun nak rasa mewahnya pakai sudu garfu besi, apa salahnya kita picnic style macam ni, nama pun cowboy place so anggap lah macam makan ala cowboy hahahhaha.

Memula aku ingat kedai ni saji makanan western, sebab banyak kali dah ke PD kali ini baru tergerak nak makan kat sini. Ermmmmm bauan ayam panggang tu sangat sedap. 


Rasa Ayam Panggang?
Ohhhhh sedap sungguh! Ayam tu fresh dan juicy keluar dari ayam tu buat kecur ailio. Kan julia satu family bercuti ke Primaland Resort, so singgah makan kat sini. Best lah sempoit SATU menu Nasi Kukus Ayam Panggang aje jual kat sini...dengan air tembikai...yang lain yilekkkkkk....tak ada ye kawan-kawan, ni habaq awal2 ni jangan nak mengada-ngada order bebukan...malam je ada menu tomyam...

Konsep kedai ni luas, ada kipas dan banyak kerusi baby, itu aku suka, cumanya aku nak komennnnnn, tang singki basuh tangan tu tolong cuci bersih2....sebab sebelum dan selepas makan port tu yang jamu mata...sebelum rasa sesuatu baik korang cuci bersih2 ye...pesanan hakak ambil maklum! Itu je yang lain aku rasa okey. Siap ada live band waktu tengahari buta hahhaha


Tengok pekerja baru ni rajin, siap angkat kerusi sendiri nak duduk sebab tak sampai ketinggian lagi nak makan kat meja hehehhe...

Lihat harganya just nice, ayam tu banyak okey, puas makan lah. 


Sos ayam panggang ni sangat sedap! 
Dok menaip ni pun teringat ingat, lepas makan tapau lagi 2 bungkus bawa balik Primaland hahahahhaha makan lagi waktu lepas mandi lapar oiiiiii...mujur tapau. Okey cerita makan kedua di Port Dickson.............

Kings Char Kuew Teow

Lot 402. Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson

Teringin nak makan char kuew tiaw sedap dan marvelos? Harga sepinggan biasa RM5 aje...murah dah nak oiiii, konsep makan open air gitu, tukang masak kemain berlambak, semua staf pakai baju uniform, laju servis, siap cepat, dan semua sedap! Susah nak cakap lah sebab sedap sangat dan sesuai lah bawa family besar bertandang. 

Gambar ihsan dari FB Kings Char Kuew Teow

  Gambar dibawah semua real situasi julia snap, kereta suami parking betul-betul sebelah tukang masak Kings Char Kuew Tiaw hehe, selesa, bersih dan kemas gerai ni, yang penting syok makan dekat dengan tukang masak ni, sekali masak berjemaah  ramai-ramai hehe.


Meja kami, kalau nak makan dalam bumbung pun ada nak makan konsep open air pun ada boleh pilih, tapi kami bawa anak kecik tak sesuai nak ber embun gitu, nanti anak mudah kena tangkap angin tak elok, so makan dalam kawasan berbumbung, hujan tetiba pun selamat hehehe.

Anak teruna ni lepas puas berkubang kat Primaland bantai tido dalam kereta hahahahha, dia tak makan sangat pun belah malam2 ni, so dia tengok kami makan, dia cuit cuit je. Jaga badan ke dik hahahha

RM5 yang biasa, murah kan, tekak aku cakap ini nombor dua kedai yang berjaya pancing anak tekak jenis cerewet macam julia. Tau sebab apa, tekak aku ni sangat sensitif bila sebut Char kuew tiaw aku tau kedai ni boleh maju ke hadapan, udang dia fresh, sedap, cuma tak ada daun hijau je. Yang lain sedap ! Mujur tak order yang speacial, makan yang ini pun jenuh nak habis.

Nasi Goreng Udang RM7 rasanya. Lebih kurang lah, aku nak bagi tau korang MEMANG INI PALING SEDAP nasi goreng penuh UDANG, penuh UDANG !
Nasi goreng tu memang sedap rasanya, aku try cuit nasi goreng suami order ni, pastu aku plak yang konker makan hahahhahahha tak boleh tahan sedapnya melampui batas. Susah nak cari gerai jual nasi goreng sedap macam ni....hahhaha 

Puas hati ! 
Kenyang perut suka hati, kalau gerai semua macam ni buat sedap-sedap kan best masa aku holiday, terus leh masuk blog, korang gak untung !

14 Comments

  1. Perghhhhh terbaiklahhhhh!!! Sedap tgok ckt tu.. Lapar ckt huaaa

    ReplyDelete
  2. wah boleh try ni. pergi PD tapi selalu tak tahu nk makan kat ne..

    ni nmpk mcm menarik dan sedap!!!

    Jom grab airfyer (Philips/ Tefal) sempena Black Friday Sale

    ReplyDelete
  3. hehehhehe....best tull tgk charkueyteow tu....iskkkkkk....terus rasa nk mkn plak....

    ReplyDelete
  4. klu gi PD memang slalu lalu lalang cni..mmg slalu tgk penuh je org..tp xpenah pun singgah..nnt bole la try..dh tau review bestttt..

    ReplyDelete
  5. haah penah makan kat cowboy tu. sedap murah. cuma tu la kalau yang taktahan bahang memang tak selesa lah :)

    btw BW kat sini ye

    ReplyDelete
  6. Boleh kongsikan no tel restoran cowboy tu x..igt nk booking utk event bln 11 t

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)