Banyak tugas IBU...
Tapi sekarang tugas ini bukan di monopoli IBU sahaja, AYAH sekarang sama mengalas jawatan seperti diatas. Kalau anda boleh lihat zaman sekarang SUAMI atau SANG AYAH rajin sama tolong jadi macam-macam. Ada kalanya malu sebab sang ayah lagi dominan dari sang si ibu itu sendiri.

Tak terbalas jasa mereka !
Jadi anak derhaka? 
Julia tahu, masih ada. Masih lagi berasa bangga bila dapat tinggikan suara depan mereka, tidak dengar nasihat mereka, main sedap mulut melepaskan kata-kata...

Ingatlah dari mana kita datang....
Mak ayah kita tu lah dok asuh dari dalam rahim sampai dah besar boleh cakap...bila pandai cakap elok-elok mendamaikan hati tak apa...tapi kata-kata yang keluar itu nista semata, janganlah sakitkan hati mereka, mereka senantiasa berdoa diatas tikar solat agar kamu berubah, senantiasa ampunkan dosa-dosa kamu walaupun kamu derhaka sekalipun....demi Allah mana ada ibu bapa BENCI anaknya....

Minta MAAF senjata ke SYURGA
Ya, tunduklah ego mu wahai anak, kita ni anak, janganlah ego dan bagak macam kamu duduk diatas bahu mereka, payah payah payah!

Minta maaflah, semudah itu lerai segala aturan ke NERAKA...sejuk hati mereka, duit bukan di pinta, tapi mereka hendak keharmonian anak-anak mereka bersatu hati...bukan berdengki sesama adik beradik, ingatlah pesan kakak julia ni, sedih melihat saban hari Allah uji keluarga-keluarga yang punya anak DERHAKA ni....





Carilah jalan macam mana nak gembirakan mereka bernama ibu bapa, jika sudah pergi mengadap Allah, sedekah doa anak soleh dan solehah pada mereka, tetap sampai amalan mereka tu tau, kita yang masih ada kedua-duanya, sekarang ini fikir bagaimana nak sentosakan hati mereka....

Mereka masih ada...ingatlah esok lusa saban tahun Allah nak ambil entah bila......julia pergi mana-mana ingat mereka berdua nama abah dan mama, bukan pujian julia nak dari mereka, tapi doa mereka, doa mereka, doa mereka agar sama-sama dapat jumpa mereka di syurga kelak....... Allah permudahkan jalan kami bernama anak untuk berbakti kepada mereka, sisa sisa berbaki di dunia ini hanya sementara, yang kekal di sana itulah kita mudah alpa....

8 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)