Ummiza Cafe Saji Masakan Melayu dan Oriental di Jenderam Sepang
Bagaimana nak ke Ummiza Cafe?
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jenderam Sepang tidak lama lebih kurang hanya 30 minit sahaja perjalanan menggunakan hiway MEX. Semasa perjalanan, mata anda akan disajikan dengan permandangan indah desa dan kawasan yang hijau. Kalau anda mahu kelainan disinilah cafe yang menjanjikan kepelbagaian citarasa masakan Melayu yang jarang sekali didapati di kawasan bandar metropolitan. Click gambar dibawah ini untuk play video instagram dan click semula untuk stopkan video. Sejuk dingin je suasana.
Tempahan Catering Ummiza Cafe
Di Ummiza Cafe anda boleh buat tempahan catering tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan diatas sebab kurang kakitangan. Tempahan diambil hanya untuk 300 orang ke bawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan ulangtahun. Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yang ditempah.
17 Lauk pauk Ummiza Cafe antaranya ialah:
- Ayam masak merah
- Ayam kicap berlada
- Ayam masak lemak cili api
- Ikan kembung berlada
- Ikan keli berlada
- Asam pedas ikan
- Udang sambal
- Sup cendawan
- Gulai ayam kampung campur kentang
- Gulai rebung
- Gulai pucuk ubi
- Kari daging cmpur kentang
- Gulai siput sedut
- Ayam goreng
- Sambal ikan bilis
- Kuih muih dan pelbagai menu sampingan
Kemeriahan Blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sedang melaksanakan Food Review hangat dirasakan.
Bersusun lauk haaaa, masak lemak siput sedut tu paling memukau dan paling cepat habis!
Kuahnya pedas, likat dan fresh membuatkan sesiapa yang bertandang tak puas makan!
Owner Ummiza Cafe
Lebih kurang 17 menu masakan Melayu & Oriental disediakan perghhhhhhh, sodap-sodap!
3 wanita muda belia dibawah inilah owner Ummiza Cafe, muda-muda lagi jadi usahawan berjaya tau.
Suasana Ummiza Cafe
Inilah ruang legar Ummiza Cafe, luas dan selesa. Kawasan parking pun senang dan paling bestnya boleh menyaksikan suasana desa yang aman damai jauh dari kesesakan kota.
Khidmat DJ & Karouke
Paling terpesona, khidmat DJ dan Karouke juga turut disediakan tau, kalau anda ada request untuk adakan majlis keraian disini perkhidmatan ini turut meriahkan suasana hari anda.
Keseronokkan menjamu selera sampai tak perasan bertambah-tambah!
Suami pun puji, menunya sangat lazat dan sesuai unuk seisi keluarga.
Bergambar kenangan dengan blogger Kak Moon dan Rara.
Alhamdulilah, Kelab Blogger Ben Ashaari seronok dan berpuas hati diatas layanan dan perkhidmatan yang disediakan. Anda nak ke sini boleh ikuti detail dibawah ye. Selamat menjamu selera masakan Melayu versi Oriental. Pasti wowwwwwww!
Ummizacafe
No 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Sepang.
Instagram: https://i.instagram.com/ummizacafe/
Waktu operasi:
Isnin sehingga Sabtu
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.
Hubungi:
Puan Nor - 0196682069
Ain - 011-10602569
15 Comments
Ayam masak merah & gulai rebung kat ummiza cafe sedapnyaaaa
ReplyDeletewah..nampak pn dah sedap..:)
ReplyDeletemenarik sangat ... rasa macm nak makan lagii ...
ReplyDeleteteringat2 siput sedut !! :D
Uwaaa..mencabar keimanan sungguh tgk lauk pauk nya. Mkn xigt dunia la klu dpt pegi
ReplyDeletelprrr tgk smua menu..dh la tk bfast lg
ReplyDeletemasakan kampung memang kena dengan selera Kak Sue..kuih muih pun semua sedap kan Juju..
ReplyDeletesedap dan lazat..
ReplyDeletejadi memang kena datang makan lagi di sini..
Masakan kampung memang paling best kan :)
ReplyDeletepaling terliur tgk masak lemak cili api siput sedut tu..perghhhh..melelehhhh
ReplyDeleteWaaa.. makanan sungguh mengancam terliur habis hahahhaa.. untung ler dapat jadi ahli kelab BA :D
ReplyDeleteMashaAllah kak!!! Sedapnyaaaaa... Nanti boleh cuba try test makan masakan kg kat sini
ReplyDeleteyg paling heaven bile makan tak diganggu anak anak kannn... hahaha... diorang sibuk main sbb tmpt tu kan luas dan selesa...
ReplyDeletebanyak choice lauk dia.. ni kalau mak sis dtg sini mesti rambang mata tngok lauk2 kampung..silap2 nanges tak tau nak pilih mana 1 lauk.. hihihi
ReplyDeletemenarik lauk nyer.
ReplyDeleteala-ala kampung :)
semua menu nampak menarik...pasti sedap kan..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)