Nak kongsi nanti orang cakap aku riak
Nak cerita kang orang cakap aku menunjuk-nunjuk
Eh banyak nauu la ko pk apa orang kata
Selama ni apa guna blog???

Tahun 2011 
Aku belajar erti suka-suka je buat blog
Terikut dengan rentak kawan-kawan opis gak masa tu
Diorang ajar aku cara nak blog
Tujuan utama untuk lepaskan rasa bosan
Share lah apa yang patut leh baca

2012
Aku cari identiti
Aku join kelab gojes supermom & baby
Sebab dah kahwin masa ni tapi identiti celaru
Tak jumpa
Bila ada anak aku selalu bahasakan diri aku Umi Qi
Tapi tak lama pun, sebab aku bukan suka orang 
panggil aku Umi Qi kat luar
Aku bukan mak hangpa pun hahahha
Salah identiti sebenar kahkahkah
Satu sen pun aku tak pernah dapat dari hasil blog
Aduyaiii tak tau cara

2013
Mula tahu minat travel
Berjalan je keje aku
So bercampur baur dengan food review
Minat plak review macam-macam
Adalah sikit2 dapat duit review
Dari situ aku aku jadi gila REVIEW dimana sahaja aku pi
Aku start join affiliate, tapi macam hangat-hangat taik ayam
Ilmu tak cukup, nanti2 lah aku fikir nak join extra kelas

2014
Aku cari extra job untuk adakan dalam blog
Aku buat macam-macam review produk kawan-kawan dulu
Pastu ada company besar sikit-sikit pinang nak review 
Alhamdulilah, dari situ aku banyak kumpul duit
Pernah lah jugak cecah 1k setahun
Pastu aku belanja ntah apa-apa
Tak ada sistem simpan wang review
Syukur what, nak harap mr, nuff tu rasanya aku tak layak
Hanya orang rajin je leh dpt riban tak pun ratus.

2015
Bulan 1 tahun 2015 aku join Kelab Blogger Ben Ashaari
Wahhhhhh seronok kelab ni, 
Aku rasa aku belajar banyak perkara dalam kelab KBBA ni
Selain ilmu blog, ilmu bagaimana sama-sama blogger jemaah 
pi event beramai-ramai dan semua dapat faedah yang sama
Founder yang cukup bagus untuk kami semua
Dari titik itulah aku dapat job pelan-pelan dari luar

Ephyra
Sampailah aku diperkenalkan dengan job review Ephyra
Dari aku review biasa-biasa macam blogger lain
sampai terpilih untuk photoshoo studio ephyra
terus dapat panggilan untuk rancangan NLKO
terus menerus jadi pengedar Ephyra
dari tak ada akaun Maybank paksa buka sebab nak tengok wang bersih 
keluar masuk dari urusniaga online mahupun COD ephyra

Sekarang income lebih 1k, pelan2 naik 6k (bukan akaun gaji selalu masuk)
Ye 6k bersih dalam akaun Maybank
Kenapa aku kena bagi tau korang tentang hal ni
Sebab aku percaya kalau kita buat apa yang kita minat
1 sen tetap milik korang, 
dari 0 sen dalam Maybank tahun inilah aku boleh beranakkan sampai 6k
dan impian aku nak genapkan 10k sebelum penghujung 2015
mampukah aku?
4k sahaja lagi campur wang review lain-lain

Serius aku ikat perut dari beli macam-macam
Aku anggap itu duit monopoli aku
Aku tak ada nafsu bila dengar Maybank
Sebab aku ada matlamat
Duit itulah Allah boleh tolong aku bila aku jadi WAHM nanti
4 tahun dari sekarang

Kena kerja keras, 
banyakkan lagi promosi ke lubuk lain
banyakkan lagi bagi promo diskaun untuk regular customer
lubuk yang sama orang dah kenal
takut orang dah jelik
sedang fikir untuk mencari group iklan lain
lebih meluas
kalau dapat 4k lagi tercapai impian

Awal tahun depan 2016
Ku nak labur dalam ASB dan dapatkan bonus serta dividen sedia ada
Tu sebab aku tak amik loan ASB
Sebab aku bukan kerja sampai waktu bersara
Duit tu lah aku nak sedekah kat 1 family aku pi berjalan
Mana-mana jelah, 
4k sahaja lagi

Ayuh bangkit julia
Bangkit!

Terima kasih Kelab Gojes Blogger Supermom & Baby
dari kelab ini lah daku kenal Kelab yang lain seperti Kelab Blogger Ben Ashaari

16 Comments

  1. Salam, wahhh rase semangat lepas bace entry ni kak...tahniah, mmg nmpk perkembangannya tu, mmg rezeki akak ada melalui tulis blog ni, smpai 6K! hebat..semoga impian tercapai...kemon~ kemon~ lagi 4K ! hahaha all the best :D

    ReplyDelete
  2. wah...alhamdulillah...semoga kak julia terus maju dan berjaya mencapai impian...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah julia.. tp susah la nak masuk kelab KBBA tu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..rezeki kak jue..:)

    ReplyDelete
  5. tacing lak den membaco...huhu org x nampak perjalanan kita mendaki kan? but it was worth it!
    ju syg nk suggest sikit...jgn peram duit dlm maybank byk sgt...transfer je masuk tabung haji or asb...akhir tahun dh boleh dpt bonus 8%...i buat gitu every year...duit beranak² dlm TH lg berbaloi...dlm maybank duit x beranak...haha all the best ju! ^_^

    ReplyDelete
  6. Bila ada kemahuan dan usaha yg gigih tak mustahil apa yg dihajatkan akan tercapai.

    ReplyDelete
  7. wah.. x pernah lagi merasa sampai 6k. huu

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..usaha tgga kejayaan kan.. kipidap juju.. :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah juju! Moga impian juju akan tercapai, atau mungkin lebih daripada tu pun tak mustahil. Good luck!

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... tahniah... moga bertambah maju lg... keep it ip...

    ReplyDelete
  11. Tahniah jue..bangga baca pencapaian blog jue..kipidap dear..InsyaAllah pasti boleh..=D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)