Beberapa bulan lepas, julia mengikuti suami kerja luar di Kuala Terengganu. 
Macam biasa lah kan bila suami outstation, anak dan 
isteri terjungkit-jungkit kaki nak ikut sama. 
Tak kisah lepas waktu kerja pun boleh sebab nak teman 
punya pasal hahahhaa #amboiniattu hehe. KL ke Kuala Terengganu 
seingat julia dah datang ke sini 2 kali ambil masa dalam 4 jam jugalah. 

Menginap di MANA?
Bila tanya suami nanti sampai sana nak menginap dimana. 
Jawabnya adalah mana boleh bagi tahu awal. 
Tak surprise lah katanya kahkahkah! 
Dia tau aku memang akan tanya berjuta kali sampai dia 
jawab untuk puas kan hati aku tapi tak ada maknanya. 

Haaaaaaaa sampai dah, perghhh tengok bangunan ni puas hati lah.
Berdekatan dengan Hentian Bas Utama Terengganu dan dekat ngan KFC hehe.
Itulah landmark yang aku ingat.
Jom masuk, suami dah nak check in tu.

Menarik sangat hotel ni, memang ku suka hotel ala bajet tapi konsep ala-ala mewah camni, bila tanya suami satu malam berapa? Tak mahal pun weh, serius tak mahal untuk bilik yang ada King Bed.

Masuk nak lalu ke lif terus nampak cafe ni, perut dah berbunyi, nanti lah naik dulu bilik tak sabar nak baring lu.

Putera Live Band
Sedap lah suara diorang nyanyi, julia dok sini dalam 5 min dok dengar lagu yang didendangkan, aduyaiiii tangkapppppppp lentok hahahha 

Mata terpaku kat level 6 ni, cantik hiasan.

Still pakai kunci tau, bukan magnetic key yang jenis swap tu ye hehehhe yang tu je ku nampak cam old school sikit biarlah.

628 !
Hubby nampak sangat kepenatan, pakai t shirt Tazben Travel Sdn. Bhd. esok pagi dia kena keluar dah ada job, daku?
Tawaf satu Terengganu la pe de hal kaki kan ada haha

King Bed
Bilik luas, bersih, selesa, bantal empuk, ada kiblat, ada Al-Quran dan Surah Yassin, ada extra bantal, ada serika board (tak payah pi iron room), ada hair dryer, TV LCD semua channel ada HBO pun ada hahahha layan movie je keje aku, kettle nak masak air ada, ok what selesa betul.
Jom layan gambar ye.



Cerita lucu
Aku pi lah call dia operator tanya WiFi ye kod, tau dia jawab apa?
Puan, WiFi kod ada di kunci bilik puan ye.
Hahahahhahhahhahha letak telefon laju2 hahahhahahaa

WiFi laju oiiiii malam tu aku penat tapi mata tak penat so layan dulu apa patut.

Kami kelaparan, turun bawah lu makan simple2, cantik lah deconya suka!

Bangun Pagi
Wahhhh cantiknya suasana pagi di jendela bilik kami.
Sayup kelihatan kapal sedang berlabuh dan rasa sangat sejuk je mata melihat.
Time ni mana ada jerebu lagi tau, itu sebab julia jatuh cinta dengan Kuala Terengganu, pelik kenapa negeri ni cantik sangat2 !

Ni semua deretan kedai yang bisa buat kaki julia lenguh nak berjalan nanti, window shopping.

Jom breakfast, masa nak turun breakfast nampak pool ni wahhhhhhhhh melompat lah Qaiser ilman. Dak tecik tu kalau nampak pool makan pun tak nak dah. Depan tu stesen bas kuala terengganu, dekatkan. 

Murah kan tak percaya, kalau korang IC memang lahir di Terengganu tau harga berapa?
RM98 sahaja (walk in sahaja/bukan cuti umum & cuti sekolah/include GST)

Nanti julia share menu sarapan pagi di hotel grand puteri hotel ye, nah ambil no contact dahulu untuk tempahan awal. Mana tahu anda mahu penginapan murah, dekat dengan bandar, naik bas turun jalan kaki je ke hotel ni, selesa dan ada pool, inilah yang paling sesuai selain Hotel Permai Kuala Terengganu yang julia pernah review dulu-dulu.

Best betul !

10 Comments

  1. not bad gk...yg penting ada iron dlm bilik tu best

    **kek milo 3 minit ada gk org wat guna pemanggang ajaib tp tk sure lak brp lama sbb tk pernh try lg wat kek guna pemanggang ajaib...kalo kt opis ada microwave bole la try gk...:)

    ReplyDelete
  2. Mewahhnyaa hotel ni.. Jatuh hati ena tengok... Wahhh lepas ni boleh try stay kat sini kalau ke sana

    ReplyDelete
  3. ala tak penah sampai terengganu..best nyer!

    ReplyDelete
  4. kalau tersesat ke Terengganu nanti bleh lah ambik hotel ni.. sangat worth it.. yg penting ada swimming pool ;)

    ReplyDelete
  5. Kalau org ganu syok ni dpt harga rm98..
    Tapi still.murah dan affordable dgn harga 148..kan

    ReplyDelete
  6. Kalau org ganu syok ni dpt harga rm98..
    Tapi still.murah dan affordable dgn harga 148..kan

    ReplyDelete
  7. wow. aida memang nak ajak mr.asben sesekali lepak tganu.
    asyik lepak kelantan aje lately ni.
    menarik gak hotel ni.
    murah!

    ReplyDelete
  8. cantik dan murah.. tapi lagi menagis tengok harga utk org ganu..uwaaaaa....murah sangat2..=D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)