Berdebar saat pertama kali melangkah ke Hotel Shangri-La, demi tugasan terpilih kami diberi penginapan 1 minggu disini. Terima kasih bos-bos dan urusetia Parlimen Malaysia yang bertungkus lumus koordinat semua penginapan secara adil dan saksama sepanjang kerja disana. Pada pandangan mata kasar, suasana romantik hotel ini boleh dihidu sejak dari kawasan lobi hotel lagi. Dengan keramahan semua pekerjanya disini membuatkan hati berasa selesa dan tak sabar untuk terus bekerja demi conference terbesar yang akan dilangsungkan tak lama lagi.

Selepas meeting bersama ketua jabatan, kami di beri kunci bilik penginapan masing-masing. Julia dan rakan sepejabat dapat tingkat 4 berdepan dengan taman Shangri-La. Buka langsir nampak pepohon hijau, alangkah nikmatnya hidup.

5 Sebab Kenapa Hotel Ini Sesuai Acara Rasmi ataupun Kursus-Kursus.
  1. Suasana cantik di ruangan lobi sehingga ke bilik penginapan membuatkan diri berasa selesa untuk meneruskan agenda utama.
  2. Grand Ballroom yang besar dan bilik mesyuarat kecil banyak memudahkan kursus atau majlis rasmi diadakan secara serentak.
  3. Ada ruangan khas untuk bersantai selepas penat bekerja contohnya jamu mata  atau beristirehat sebentar melihat Shangri-La Fish Pond, Shangri-La Spa, Gym, dan Pool.
  4. Servis dari staf hotel yang cepat dan mudah berurusan lagi-lagi jika kad bilik anda tidak dapat dimasuki, mereka datang untuk melihat kerosakan teknikal.
  5. Ada disediakan kertas, air dan pensil di setiap meja persidangan dan dihias dengan cantik beserta bunga hiasan fresh flower. 

Wowww pertama kali lihat, cantiknya! Dengan Queen Bed dan dihiasi lampu meja kiri dan kanan buat tampak lagi ekslusif. Katil dan bantal yang sangat empuk, hari-hari house keeping tukar cadar tau.

Nampak kan ada buah diatas meja, buah oren. Tapi masam hahaha, pastu esok dia tukar buah epal berturut sedap dan ranggup. Hari-hari makan buah haiii cantik kulit kakak ko hehhe kerusi rehat ni empuk sangat, kalau ada bawa novel boleh lepak baca kat kerusi ni.

Mana Kettle dan gelas nak bancuh kopi?
Haaa tersorok di sebalik rak tu tau, kalau anda pandai cari disebalik rak rak berkenaan mesti jumpa. Air mineral banyak. Jangan risau nak masak air.

Ada ruangan untuk menulis dan makeup table, tempat charger hp pun kat situ gak banyak plug. Kerusi yang agak ergonomik, sesuai lah bagi mereka yang suka melakarkan apa sahaja disini untuk agenda seterusnya.

Siap ada ekstra blanket lagi, dan seterika wap. Syok bila kelengkapan ini semua dalam keadaan yang baik.


Jom lihat bilik air pula, wowwww bathtup sangat besar dan bersih !
Bilik air disini sangat besar, puas hati.

Tempat buang air tak ada salur paip ye kawan-kawan hehehhe, jenuh jugaklah nak membuang air besar dan kecik sebab kena guna laras air pancut je hahahhahahha, memula tak pandai guna, tapi dah lama bertama seminggu sudah serasi dan pandai. Tapi ambil masa lama lah nak kelua rbalik bilik air ni, hajatnya lama hahahhaha

Dok pikir ada masa ke nak bathup bagai sebab jadual tugasan sangat padat dari pagi sampai ke tengah malam, hummm 

Tak perlu bawa berus gigi dan ubat gigi, hari-hari mereka topup termasuk cecair mandian, ada getah rambut dan cotton but, fuh lengkap, hanya bawa badan dan pakaian sahaja.

Inilah ruangan dalam hotel yang sangat menyejukkan hati, dikala kurang senang mahupun stress mengadap air yang turun dari batuan dinding ini sudah cukup buat sesiapa sahaja berasa tenang.

Gugusan bunga orkid fresh, cantiknya deco sejambak mcm ni, suka lah, amik gambar kot2 terjumpa kedai second hand yang jual kembali perabot hotel terpakai. 

Besarkan grand ballroom, ada piano disudut hotel ini. Kadang-kadang terdengar alunan muzik piano bestnya. Tenang.


Bilik air awam disini, bersih dan menarik tapi airnya sangat slowwwwwwww, dan menyukarkan nak ambil air sembahyang dan lain-lain.

Lihat pokok buluh renek ni, ia adalah real dan cantik bukan? Macam nak beli letak sudut dalam bilik air rumah baru berseri.

Okeylah, anda dah lihat semua sudut berkenaan kan, puas hati lah menginap dan bekerja didalam Shangri-La ni, sehingga berjumpa lagi, salam jumaat semua. 

Agenda Utama bertapa di Shangri-La boleh rujuk di SINI

11 Comments

  1. best nyer la haiii..rindu pla kakt hotel dik oi!

    ReplyDelete
  2. Fuyooo...shangrila tuh..
    Bestnya kalau dpt hanimun sini...kehkeh

    ReplyDelete
  3. Seminggu duduk sana dah tau selok belok lah kan! hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnyaaa kak. Hotel tu nampak kemas & selesa :)

    ReplyDelete
  5. wahhh..cantikkk bangat ni..utk majlis beso2 ok la ju..ktorg ni jabatan xde bajet..kikiki..

    ReplyDelete
  6. nmpk katil & bath tub tu...best tul...walaupun kena kj terpaksa tgal ank & suami tp syok jugak sbb dpt bantal hotel hehe

    ReplyDelete
  7. Perghhh giler mewahhh hotel nii... huishhh.. ni double triple selesa...

    ReplyDelete
  8. Baca nama hotel pn dh tahu julia..semua hotel depa 5 star...kt penang pn ada..cantik..berdepan dengan laut...

    ReplyDelete
  9. klu uncle, silap silap tak keluar bilik

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)