Berbadan comel, selalunya akan rasa rendah diri kalau nak guna mainan warna dalam berpakaian kan. Kalau salah beli, salah pakai, akan rasa nampak efek gemuks itu. Malu ahhh!

Ada kala susah betul nak tahu apakah warna yang sesuai untuk digayakan bagi mereka yang berbadan comel (bukan gemuk sangat pun) hahaha. Kalau anda berbadan jenis kurus atau sedang-sedang sahaja boleh guna blocking colours. Tapi hati-hati dengan mainan warna kontras sebab tak semua sesuai untuk sesuatu acara formal dan tak formal. Pening kan? 

Siapa kata badan comel tak boleh berpakaian stylish?
Boleh, tapi kena faham bentuk badan kita sendiri, macam julia sudah tentunya termasuk dalam rangkaian warna mono iaitu warna sama dari atas hingga ke bawah. Macam gambar rajah kat bawah ni, so kalau julia nak guna warna biru, pemilihan skirt warna biru gelap dan baju warna biru pudar sudah cukup nampak efek 1 garisan, maksudnya efek ala-ala kurus hihi. Julia kena elakkan guna blocking colours sebab ia boleh menampakkan diri terlalu gemuk. 

Terima kasih Cik Wawa Idris kongsikan di web tentang warna diri. Beliau adalah Certified image consultant & corporate trainer. 


MONOCHROMATIC COLOURS
Dari kepala hingga ke kaki pakaian rona senada (monochromatic) memberikan ilusi ketinggian dan dapat membuatkan tubuh seseorang kelihatan lebih seimbang.

 Jenis padanan warna MONO

Semak DIRI Monochromatic atau tidak?

Mono?
Rasa macam mono masa kahwin ni, dari atas sampai bawah warna hitam dan silver efek dari rangkaian warna senada, merah ada highlight utama untuk anda lihat muka julia je berbanding efek lain hahahha. Rasa okey.

Mono?
Betullah, mono sangat sesuai dengan warna diri julia, warna hijau senada beri efek tetiba magic kurus wal hal leh tepuk dahi hehehe **tetiba kahkahkah. Kalau anda KURUS, elak guna warna mono, guna blocking warna ye.



Anda WARM or COOL Colours?
Video ni best ada beri indikasi khas nak tahu kita ni warna skin tone jenis warm atau cool colours. Dengan lihat warna urat di tangan pun boleh tau indikasi kita refleks warna apa sebenarnya. 

Urat ditangan julia banyak kepada warna BIRU - Cool Colours. Wowww mudah kan.
Kalau urat di tangan anda banyak warna HIJAU - Warm Colurs.




Analisa WARNA Diri Anda
Apa yang julia belajar dalam video ini kalau kita kena dalam pemilihan warna diri automatik kita akan dapat efek Glowing, Cerah & Lebih KURUS. Hehehe tang kurus tu suka sokmo.


Lepas ni kena update baju kerja dan baju jalan-jalan ala-ala monochromatic colours. Bila tengok baju-baju yang sedia ada rasa lemah semangat, huhhhh kena pelan-pelan tukar, tak boleh drastik sangat nanti duit keluar macam air paip. Slowlyyyyyyyyyy tukar sebab dah faham warna diri. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

5 Comments

  1. kalo kena pilihan warna mesti kita akan nmpk selim...tp kalo tips nk posing nmpk kurus...bengkok kn kaki & tgn kt pinggang ala2 mcm model tu hehe

    ReplyDelete
  2. betol kata mama tisya.. kalau betol pilihan warna mst nmpak selim melim je..

    ReplyDelete
  3. ltq for the info sis...lepas ni mmg kene hati2 dalam memilih kaler baju

    ReplyDelete
  4. aiseyyy..lps ni kene pilih kaler yg lebih sesuai utk nmpk effect kurus..hukhukhuk

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)