Ahad 23 Ogos 2015 | Semalam kami semua dari Kelab Blogger Ben Ashaari sertai acara Blogger Day di Zoo Negara. Lebih kurang 50 blogger seluruh Malaysia dari pelbagai negeri turun ke Zoo Negara seawal jam 9.00 pagi bersama keluarga untuk menyambut birthday Panda yang ke-9 tahun. Wahhh! Anak-anak bloggerlah paling teruja nak tengok panda sebenarnya hehehe comel lihat gelagat blogger bersama family yang bersemangat waja dan berpakaian baju tim KBBA. Sebelum itu kami bergambar dulu ramai-ramai, inilah blogger KBBA beserta pasangan dan anak-anak, meriah!. 

Pendaftaran / Event Sponsor
Tentatif kami bermula seawal jam 9.00 pagi iaitu pendaftaran oleh blogger di kaunter khas di Zoo Negara. Blogger bersama pasangan dan anak-anak akan diberikan pas khas yang diwakili oleh kumpulan Tiger atau Hornbill. Event ini disponsor sepenuhnya oleh:

Buy Zoo Negara Online Ticket : www.zoonegaramalaysia.com
Dari A-Z kami di taja sepenuhnya, yeyyyy terima kasih sponsors! Hebattt!
Group Julia kategori Tiger, roarrrrrrrrrr ganas kumpulan hahhaha. Dari awal sehingga akhir program kami di pandu oleh beberapa orang pegawai khas dari pihak Zoo Negara Malaysia sendiri ke setiap pelusuk Zoo Negara. Bayangkan betapa seronoknya kami dari awal sehingga akhir.
Acara
Acara dari awal pagi memang pack, nanti julia cerita dilain masa ye, julia nak story event kemuncak di Zoo Negara, apa lagi kalau bukan melawati Panda. Yesss, ini merupakan kali pertama bagi julia dan keluarga dapat menjejakkan kaki ke kawasan Giant Panda Conservation Centre. 

Tertarik melihat dikawasan sekeliling, redup dan dingin walaupun cuaca terik dalam jam 2.45 petang. Besar sungguh kawasan lindungan Panda ni tau, kebetulan Panda betina Liang Liang sudah melahirkan anak sulungnya beberapa hari maka kami tidak dapat melihat Liang Liang pada hari bekenaan kerana dalam tempoh berpantang. Amboiiii kerlas panda hehehe.
Taklimat Khas Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda
Pertama sekali, anda akan diberi taklimat khas mengenai panda, bagaimana panda makan, bagaimana rupa najis panda hahaha, jangan ketawa sungguh-sungguh ni heheh, lepas itu wakil Zoo Negara akan menerangkan peraturan utama semasa memasuki ke dalam pusat konservasi.

Peraturan yang mesti dipatuhi:
  1. Diam - jangan buat bising, diam je, dikhuatiri panda akan terkejut dan hilang mood.
  2. No Flash - akan menganggu habitat semulajadi panda, awas!
  3. Awasi anak-anak dari memanjat - bahaya, sebab kawasan panda sangat bercerun, jaga anak anda sepanjang masa. Ingat.
  4. Jangan petik bunga atau tumbuhan - jangan sesekali petik dan memusnahkan apa sahaja didalam kawasan panda.
Selepas itu, anda akan dibawa ke satu ruangan luas untuk melihat visual video. Haaa inilah pintu masuk utama nak tengok panda Xing Xing, panda jantan sahaja. Jom tak sabar dah ni hehehe. Berdebor pun ada.
Waaaaaaa luasnya kawasan Panda, hebat betul pihak Zoo Negara Malaysia reka seni bina kediaman khas buat sepasang panda disini, pertama kali masuk, dingin je suhu, tak sejuk sangat, tak panas sangat, sure beraircon, wahhh best ye. 
Kawasan mainan panda-panda. Ada air terjun, wahhhhh lama julia lihat air terjun ni tau, damai je rasa. Port terbaik untuk panda beristirehat.
Inilah kawasan utama tontonan panda Xing Xing sekejap lagi, nampak tak batu putih besar tu?
Itulah kawasan makanan panda, sekejap lagi kita akan lihat panda makan kek birthday dia kerlassssssss ko hehehe.

Mari baca fakta utama dulu.
Liang-Liang aka Feng Yi
Liang-Liang adalah nama timangan panda betina dari orang Malaysia, nama sebenarnya dari Negara China adalah Feng Yi, alalalalla comel lah dia. Lahir 23 Ogos 2006, sudah genap 9 tahun dah Liang-Liang hari ini. Mmuahhhhh!
Tahniah dah ada baby baru, selamat berpantang tau.
Xing Xing aka Fu Wa
Panda jantan, maksud nama Fu Wa anak patung bertuah! Alahaiii comelnya nama kamu dik non hehehhe tarikh birthday pun sama dengan Liang Liang, isteri dia hehehe. Personaliti dia PERAMAH dan MUDAH MEMATUHI ARAHAN. Hebatttt Xing Xing, sayang sikit hehehe.
Hahahhaha apa nampak montot panda je, aah memula Xing Xing datang relaks je naik atas tu terus mengadap air terjun tu, termenung lama tau, agaknya dia rindukan Liang Liang dan baby dia. Panda pun ada perasaan kasih sayang, papa panda ni buat julia rasa sebak plak tau. Haishhhh mai pusing kepala sini mai.
Papa Panda Xing Xing tak mau pusingkan badan dari tadi, lama tauuuu dia termenung, so julia dan lain-lain bergerak ke sebelah sana, punyalah monyok je, sian kan, dah lah birthday dia, ramai ni blogger datang nak sambut birthday, alalalallalala bucuk2 tak mau la majuk, kami kan ada, hehehhe.
Biar video yang julia ambil ni dan gambar-gambar panda dibawah berbicara ye, harap anda seronok lihat panda secara ekslusif.
Video ke-2 Julia sendiri snap, 
Papa Panda Xing Xing sedang menikmati Kek Birthday!
Nak cikittttt papa panda plisssss, amboiiii berselera dia makan tau hehehheehe.
Happy Birthday Panda! 9 tahun dah kamu. Mmuahh!

Seronok papa panda Xing Xing makan kek birthday dia tau, hebat lihat Xing Xing, badannya gah dan sangat comel, so julia abadikan kenangan ini dibelakang papa panda. Muuuahhhhhhhh dia banyak2 hahaha!
Selesai masa 20 minit, semua tim KBBA dibawa ke bilik khas untuk buat pembelian cenderahati, weeeeeee banyak betul bear panda selfie sikit hehehe
Julia dah beli kek panda perisa coklat, belum makan lagi, saje letak dalam peti ais kat rumah balik keje nanti makan sama-sama dengan Qaiser ilman heeee
Door Gift dari sponsors event, Terima kasih Cosmoderm, Food Panda, Zoo Negara!
Ini hadiah khas Papa Panda Xing Xing untuk Qaiser ilman, cute tak? Hehehhehe rasa nak ciummmm sampai lumat hahahah geram, psssttt julia dapat 10% diskaun tau beli bear ni, yeyyy.
Event Kelab Blogger Ben Ashaari masuk suratkhabar...tahniah KBBA! Well Done!

21 Comments

  1. Alaa rugi plak tak beli bear panda tu smalam. Kalut dok kejaq si kembar nya pasal ahaha. Tp mmg gerammmm sgt tgk panda gebu tu, rasa nak peluk peluk ja

    ReplyDelete
  2. Juju..best je nampak tempat tinggal Panda tu ..siap ada air terejun..anak dara akak beli beg syiling panda tu Juju..comey je..

    ReplyDelete
  3. Juju..best je nampak tempat tinggal Panda tu ..siap ada air terejun..anak dara akak beli beg syiling panda tu Juju..comey je..

    ReplyDelete
  4. comel sangat fu wa tu..rasa nak gigit..haha

    ReplyDelete
  5. Yeay...kita satu group kan semalam...comel je tengok panda semalam..rasa nak peluk2 panda tu

    ReplyDelete
  6. Yeay...kita satu group kan semalam...comel je tengok panda semalam..rasa nak peluk2 panda tu

    ReplyDelete
  7. Seronok dpt jumpa panda live..rupanya xsama dgn tgk tv, tgk gambar...live superb!!

    ReplyDelete
  8. Seronok dpt jumpa panda live..rupanya xsama dgn tgk tv, tgk gambar...live superb!!

    ReplyDelete
  9. meriah tgk uols rmi2 ke zoo..nk2 plak smua di taja kn..best222...nasibaik ada video bole la tgk panda utk yg tk dpt pegi...

    ReplyDelete
  10. comelnya bear panda..
    akak tak beli pun, kalau beli satu berebut lak anak²

    ReplyDelete
  11. Nak masuk tengok panda tu pun kena bayaq Rm50 lebih untung la Jula dapat masuk free dpat goodies lagikkk...

    ReplyDelete
  12. bestnyeee..comel sgt panda tu..satu ari nnt nk bwk bdk 2 org tu gi sn..
    ju...comel sgt kasut panda tuuu..geramnyeee..

    ReplyDelete
  13. wow an eyeopener sangat. Sebab kat singapore Zoo takleh buat bising segala. Mesti pergi ZooNegara leh tengok dekat dekat.


    Tips Cantik dalam 10 Minit

    ReplyDelete
  14. bestnye julia.. nanti bila ulwan dah besar sikit.. boleh bawa tgk panda..

    ReplyDelete
  15. kalau la aida free, nak gak join, julia.
    but da fly ke langkawi :(
    best nyer. especially goodies tu ha ha...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)