Petang semalam dalam perjalanan nak balik ke rumah lepas kerja, julia terdengar di corong radio kes ini. Terbeliak mata aku masa drive. Pagi ini terus dapatkan akhbar dan baca sisipan diatas dan dibawah. Terfikir bagaimana perasaan kedua orang tuanya, kes rogol kah, ter ter kah, atau salah siapakah? Isu ini bukan baru, sejak julia darjah 5 pun cikgu sendiri pernah kongsikan slot khas untuk murid2 perempuan tentang ilmu cara kendalikan bila anda didatangi haid dan kes-kes umur muda lahir anak didalam tandas sekolah. Serius, itu sewaktu julia di zaman tahun 1995...sekarang dah 2015. 20 tahun lepas dah banyak kes ini. Allah risaunya!

Terdetik di hati, kesian adik ni, kecil-kecil lagi waktu peringkat umur 11 tahun duduk di darjah 5, masih main enteng-enteng, main batu seremban, main sep sep tom tom, main tiang dan macam-macam lagi. Peringkat umur semacam itu masih suci, bersih, kalau ditanya soal ilmu seks pasti terkontang kanting malu, seboleh-boleh nak menyorok bawah meja malu sebab tak tahu atau budaya anak dara memang begitu.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) - Ilmu menjauhi zina
Julia terus google dapatkan cara bagaimana kita boleh saling aplikasikan ilmu pembelajaran ini kepada sesiapa sahaja terutama kanak-kanak sehingga peringkat remaja. Isu ini seharusnya kita tak perlu ada rasa segan dan malu, sebab mereka akan cari juga jawapan, dengan cara bagaimana kita pun tak tahu kan, kalau sumbernya bagus tak apa tapi kalau ilmu dan konsep yang dipelajari terpesong kita juga yang akan menyesal di kemudian hari. Nanti anak julia dah besar, harus julia ceritakan ilmu PEERS ini padanya, penting untuk anak lelaki dan perempuan tahu secara terbuka dan menjaga batas-batas pergaulan dan sentuhan. Mari baca sisipan dari Kosmo yang julia baca. Memang sangat-sangat membantu!

***************

Berbicara mengenai bahagian sulit wanita mahupun lelaki secara terbuka apatah lagi di depan kanak-kanak bawah umur sering kali mengundang persepsi yang janggal dan negatif.

Segelintir ibu bapa khususnya menyifatkan kanak-kanak atau golongan muda tidak seharusnya terdedah pada perbualan atau subjek berbaur seks sebelum tiba waktunya.

Bagi golongan dewasa, isu-isu sedemikian hanya layak dibincangkan oleh individu yang sudah akil baligh.

Namun begitu, tidak ramai pula ibu bapa yang meluangkan masa bercakap dengan anak-anak mereka yang akil baligh tentang topik tersebut.

Dalam banyak kes, ibu bapa menganggapnya sesuatu yang tabu atau memalukan jika dibincangkan secara terbuka dengan anak-anak.

Pencabulan secara senyap
Anak-anak yang meningkat usia remaja juga kebanyakannya tidak mahu membincangkan isu tersebut dengan ibu bapa mereka dan mengambil jalan mudah dengan berkongsi masalah dengan teman-teman sebaya.

Masalahnya, bagaimanakah jika maklumat yang diperoleh itu tidak tepat dan seterusnya menjurus kepada masalah lain?

Begitu juga dengan masalah pencabulan yang banyak terjadi dalam senyap. Ramai kanak-kanak bawah umur yang tidak tahu makna, kemungkinan, risiko dan kesan perlakuan cabul itu sendiri. Maka, bersediakah ibu bapa untuk melindungi anak-anak kesayangan mereka dengan maklumat yang diperlukan?

Justeru, bagi mengelakkan kes pencabulan dalam kalangan kanak-kanak terus meningkat, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisitif dengan memperkenalkan pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), yang berkuat kuasa pada tahun ini. 

Menurut Pengarah Raudhatus Sakinah (RS) dan Jawatankuasa Pusat Wanita, Jamaah Islah Malaysia, Rosmawati Zainal, segelintir ibu bapa bimbang apabila pendidikan seks diperkenalkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Mereka gusar subjek tersebut secara tidak langsung mendorong anak-anak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Ironinya, jiwa anak-anak muda sentiasa ingin tahu dan melakukan secara praktikal apabila sudah diberikan pendedahan secara teori.

"Rasanya ibu bapa tidak perlu bimbang. Pelajar bukan diajar cara-cara untuk melakukan seks tetapi subjek berkenaan lebih menjurus pada pendidikan kesihatan reproduksi.

"Dengan adanya subjek sebegini ia membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang kesihatan reproduktif sebenar.

"Saya berharap menerusi subjek PEERS, mereka turut didedahkan dengan isu seks sebelum berkahwin, kehamilan dan penyakit kelamin. Diharapkan subjek itu turut menyelitkan budaya, adab ketimuran dan batasan agama," jelas Rosmawati yang yakin PEERS dapat membantu mengurangkan masalah keguguran anak dan seks bebas di negara ini.

Hampir 12 tahun menguruskan Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati sentiasa dikelilingi remaja perempuan yang pernah terlanjur dan mengandung anak luar nikah.

Faktor utama yang mendorong mereka ke kancah negatif itu adalah gara-gara kurangnya pendidikan agama, tiada pemahaman etika seksual dan pengurusan masalah perhubungan cinta.

Tambah Rosmawati, kebanyakan penghuni RS menyifatkan perasaan dan ucapan cinta perlu disertai aksi di luar batasan seperti hubungan seks, ciuman dan berpegangan tangan. Tanggapan itu ternyata salah.

Enggan melihat masalah sosial semakin meningkat, pihak RS mengambil inisiatif menjalankan kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Ia merupakan program mendidik, membimbing dan memperkasa generasi semasa untuk mengatakan tidak kepada zina.

Bagi selebriti Nurul Huda Abdul Wahab, 31, sebagai ibu, dia menerima kehadiran kurikulum PEERS dengan hati terbuka.

Perubahan fizikal
Menurut penyanyi itu, pendedahan awal di sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran anak yang kian meningkat dalam kalangan remaja.

"Subjek ini merupakan satu langkah yang baik dalam memberi maklumat berkesan kepada anak-anak. Jika pendidikan ini diterapkan di sekolah rendah, saya percaya para pelajar akan memahami kepentingan menjaga kehormatan tubuh mereka.

"Mereka menjadi lebih berhati-hati dan menghindari kemungkinan bahagian sulit pada tubuh mereka disentuh individu bukan muhrim.

"Pada masa yang sama, mereka akan mempelajari isu haid dan perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh," jelas Nurul yang sentiasa berbincang dengan anak gadisnya, Ayu Nazirah Mohd. Faizal, mengenai implikasi dan kesan aktiviti seks sebelum berkahwin.

Tambah Nurul: "Ibu bapa kini perlu berfikiran terbuka dan tak perlu malu berbicara dengan anak-anak tentang perkara ini.

"Ia lebih baik daripada mereka memperolehinya daripada sumber yang salah menerusi Internet, filem lucah atau bahan bacaan." - KOSMO!
PEERS sebenarnya sudah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah tetapi ditumpangkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Istilah PEERS menggantikan Pendidikan Kesihatan Keluarga (1989-2002) dan Pendidikan Seksusliti (2003-2005). Bermula tahun 2011, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya PEERS akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana pelajaran lain. Berikut ialah kandungan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) di peringkat sekolah rendah dan menengah: 

Tahap 1 (Tahun 1–3)
Tahap 2 (Tahun 4-6)
·         Perbezaan fizikal lelaki dan perempuan
·         Tanggungjawab menjaga kebersihan diri.
·         Kepentingan memelihara kehormatan diri.
·         Pengurusan perasaan.
·         Kemahiran mengatakan tidak kepada sentuhan tidak selamat.
·         Perubahan fizikal.
·         Pengurusan konflik.
·         Sistem reproduktif.
·         Kemahiran memelihara kehormatan diri
·         Risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan.
·         Jangkitan penyakit seksual.
·         Kemahiran mengatakan tidak kepada rokok, dadah, dan alkohol.
Jadual 1: Kurikulum PEERS peringkat rendah

Peringkat menengah rendah
Peringkat menengah atas
·         Pengurusan tekanan.
·         Jangkitan penyakit kelamin.
·         Perkembangan sifat seksual sekunder
·         Kecekapan psikososial & kemahiran menangani situasi berisiko.
·         Kecekapan psikososial.
·         Kestabilan emosi dan mental.
·         Kehamilan remaja.
·         Kekeluargaan.
·         Jangkitan penyakit seksual.
·         Langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah.
Jadual 2: Kurikulum PEERS peringkat menengah

Benar! Lama dah PEERS ni dilaksanakan. Selebihnya kita sebagai ibu bapa ni lagi lagi jangan segan dengan anak-anak.

Cadangan julia, ilmu PEERS ini perlu di dedahkan sejak awal di peringkat sekolah rendah lagi.  Anak-anak zaman kini lebih cenderung ingin tahu dan kebanyakkan dari mereka tersangatlah cepat matang dari usia mereka.

Jika dirasakan perlu, buat pembahagian kelas khas untuk perempuan dan lelaki supaya penekanan subjek ini lebih telus dan tidak rasa janggal dikalangan mereka, yelah bila bercampur dalam satu kelas bila cikgu nak explain pun rasa macam segan-segan, better cikgu perempuan dengan anak murid perempuan, cikgu lelaki untuk anak2 murid lelaki.

Hanya untuk satu slot Ilmu PEERS sudah beri pengkhususan supaya mereka lebih berhati-hati menjaga diri dan batas pergaulan dengan bukan muhrim. 
Ya Allah, peliharalah kami semua.

9 Comments

  1. terkejut juga yaya tahu pasal ni semalam dari rumet tau.mmm.....btw, done to follow you. hope sudi follow me back.thank you :)

    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kesiannyaaa. Baye anak buah ena tu.. Allahuuuu.. Sekarang ni filem2 melayu pun dah ada berbaur seks even tak terang tang tang..

    ReplyDelete
  3. hurm.. sebenarnya skang ni byk faktor yang mempengaruhi kpd terjadinya benda2 macam ni..

    ReplyDelete
  4. kesian budak tu.muda lagi dah jadi mak.. makin teruk jenayah seks skrg

    ReplyDelete
  5. bertambah sakit kepala baca ni juju... uhuhhu

    ReplyDelete
  6. memang terpaling risau dengan kes macam ni.. lagi2 sis yang ada anak perempuan..
    risau sangat2.. kadang2 kalau kita jaga dengan penuh perhatian pun, kalau dah ditakdirkan benda nak jadi, kita terpaksa terima wpun berat :(
    semoga adik ni tabah & ibubapa adik ni juga

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)