Meriahnya Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Parlimen Malaysia 2015
Jamuan Hari Raya Parlimen Malaysia
22 Julai 2015 (Rabu)
11 Pagi - 3 Petang
Sepanjang nak masuk 6 tahun julia berkhidmat di Parlimen Malaysia, setiap kali adanya jamuan hari raya Parlimen Malaysia sudah semestinya meriah macam satu festival keramaian. Pelbagai booth menyediakan hidangan yang lazat-lazat sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu dahulu.
Gambar diatas adalah sebahagian pegawai-pegawai seperjuangan, sebenarnya kami dalam satu pasukan yang sangat besar, macam keluarga kedua julia dah ni semua, sembang pun macam kakak dengan adik-adik. Seronok walaupun setiap tahun ada je warga baru yang masuk bersilih ganti tapi tak bermakna yang lama di lupakan.
Disebabkan bangunan Parlimen dalam tempoh pembaikan, maka jamuan kali ini di adakan di ruangan tempat letak kereta parlimen. Macam kenduri kendara dah tengok dengan live band yer meriah betul lagu hari raya berkumandang.
Saksikan suasana hari raya gambar bergerak ini. Duta-duta, semua Ahli Parlimen Malaysia dan pegawai-pegawai Parlimen di jemput. Khemah luas dan kawasan nak ambil makanan tidak jauh dari kawasan makanan.
Jom saksikan apa menu jamuan hari raya Parlimen tahun ini. Semua sedap-sedap belaka.
Antara makanan pertama yang menyinggah di perut...sudah semestinya kuewtiaw goreng marvelos ni....setiap tahun pihak Parlimen Malaysia tak lupa jemput peniaga berkenaan untuk menyajikan menu ini....memang terbaik!
Sate ayam dan sate daging...alahaiii macam mana nak kurus hahhaha
Aiskrim dengan tauhu bakar...marvelos pencuci mulut.
Makanlah sebanyak mana mahu...tapi bila tengok banyak2 terus rasa kenyang hahaha
Antara rakan-rakan seperjuangan yang julia sempat selfie bersama....
Telatah manja kami bersama...sebenarnya kami ni suka bergambar pelik-pelik...hahhahaha
Cantik sangat-sangat gambar ni kan...ni semua kawan-kawan satu ofis julia..
Jamuan kali ini memang boleh bawa keluarga, tapi suami julia ada mesyuarat dengan pihak pembekal, so tak ada sapa nak gilir2 jagakan Qi nanti, so dua2 tak attend, rugi lah kan sebab boleh bawa family. Tak apalah next time kan.
Teguran Membina
Tahun depan harap ada hiasan tulisan banner besar-besar, kad raya, lampu raya dan hiasan bunga-bunga, banyakkan lagi hiasan daun ketupat di gantung sekitar booth...baru menampakkan suasana jamuan hari raya (lagi best ada selingan pengumuman booth hiasan raya terbaik baru lah semangatkan peniaga2 nak hias)...tu je lah julia nak tegur membina, sebab tahun lepas ada hiasan booth yang cantik2 seronok nak bergambar ada tema masing2...cuma kali ini nampak agak sikit dull di situ...nak bergambar raya pun tercari2 mana port, inilah port yang ada pintu gerbang putih kehkehkeh...
Okey, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami seluruh warga Parlimen Malaysia.
12 Comments
Meriah..Nk2 bole bw family.. Lpr tgk Juadah dihidangkan
ReplyDeleteRindunye nk masuk Parlimen
ReplyDeletewahhh meriah nyer... suka la!
ReplyDeletePehhh macam macam makanan ada :)
ReplyDeletememang meriah nih...uishhh lapar pulak tiba-tiba...
ReplyDeletewow..bestnya..siap blh bwk family...
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir dna batin
Ni boleh gemuk balik ni . ahaks
ReplyDeletewahhh meriah nye..bestnte tgk banyak makanan!
ReplyDeleteassalamualaikum kak, kalau ada kerja kosong Parlimen bagitahu lerr. cm best jeee..
ReplyDeletebest nye jamuan raya dekat parlimen..
ReplyDeleteish ish.. mengancam betullll kuew tiow tuuu
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)