Gombak juga win! Hahaha, nak dekat-dekat berakhirnya Ramadan ni makin mudah julia buat lauk simple-simple je. Tapi kenapa guna nama gombak? Sebab aku memang membesar di kawasan Gombak walaupun menetap di kawasan lain. So aku belajar memasak pun dari rumah mama abah aku di Gombak, so gunalah nama Gombak kihkih.

Suami paling suka! Pikat Hatinya.
Juadah Gombak Spicy Prawn ni memang kegemaran dia, tak kira siang atau malam memang boleh hadap 2 orang sekali gus hehhe, aku suggest kalau korang nak masak udang better beli di pasar basah terus dan MASAK. Tau sebab apa, dari segi penelitian aku, udang fresh yang langsung tak masuk dalam peti ais beku, bila terus di masak rasanya lain machiammmmm!

Sedap sangat2 sebab kuah air udang tuh fresh mengalir sampai ko kena sedut2 tak puas nak makan, lagi2 ada taburan cili padi di atas singgahsana udang tu, lagilahhhh rasa nak menambah nasi....tapi kami ratah lauk je banyak, nasi kureng.

RESEPI?
Nak resepi? Alah korang lagi teror dari aku...bezanya aku perah sikit lemon dalam udang tu, tau sebab apa? Sebab udang, ketam kan paling high KOLESTROL...so sambil makan kena bijak sikit untuk elak penyakit akan datang...sekadar berjaga2...tapi kalau dah terkena itu risiko ye tak delah teruk.

Ikan cencaru bakar pemanggang ajaib.
 Sejak ada pemanggang ajaib ni, hidup aku mudah sangat, nak goreng ikan ke, bakar ikan ke, nak buat steak ke, apa sahaja aku bakor dalam pemanggang ajaib, tabur minyak olive oil...perghhhhhhhh satu rumah bau!...Si Qi dok mundar mandir dari dapur ke hall, tanya umi dah siap ke....hahhahahhahaha :p

Kawannya ikan bakar tentulah air asam...aummmmmmmmmmmmmm!

Ikan Siakap Stim Lemon
Aku suka wrapping cenggini, sebabnya aku kan bekerja, so lepas berbuka aku suka siapkan menu nak dimasak bila balik bekerja tu pada malam hari...itu sebab bila korang tengok macam mana aku masak laju bebenor...haaaaaaa ni lah tips rahsianya...aku tak suka buat keje menunggu, nak tunggu ikan keras jadi lembutlah...nak tunggu potong bawanglah...dah aku penat balik ngadap jem, so aku kena pikir cara nak cepatkan cara...

Video!
Terus balik kukus aje...masak nasi settle keje ko!...Eh suka aku cam ni...mudah! Korang tengok lah video ni, aku tak sempat nak upload semua dalam instagram dan FB, pemalas hahahha...suara Qi dok mengilai nyanyi kemahennnnnnn budak tak puasa tu hahhaha


Nak jadi mak bekerja ni, apa yang perlu kita buat, planning, so tak ada alasan sekali sekala berasapkan dapur kecil anda tu ye...okey bye!

11 Comments

  1. ikan siakap punya presentation tu dh mcm kt restoran..tp masak stim mmg senang..campak2 je

    ReplyDelete
  2. BAKAR IKAN TU MMG WIN DENGAN AIR ASAM! HIHIHI

    ReplyDelete
  3. ikan bakar cicah air asam pehhh kecur air liur ku :D

    ReplyDelete
  4. sedapnya...udangggggggggggggggggg. HAHHAHA

    ReplyDelete
  5. benar...
    kena planning nak masak pe.
    siap kan...
    balik keje bersilat.
    brg semua dah ready, kan?
    takde alasan dapur x berasap hi hi hi...

    ReplyDelete
  6. Nak resepi gombak spicy prawn tu, nampak sedap, terliur dah ni

    ReplyDelete
  7. nak resepi!!!
    nampak sedap je..telan ailio ni..hukhuk

    ReplyDelete
  8. alamak...x menahan.....udang tu terbaik...mcm nk try jer

    ReplyDelete
  9. wah, pandai masak, terbaik boboiboi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)