Benar! Kalau julia rasa down, julia akan segera cari mentor julia, Prof Dr. Muhaya. Kerana hanya mendengar melalui Vlog dia sahaja, sudah rasa lega sedikit. Bukan apa, jiwa kita kadang-kadang ada masanya rasa down, kadang-kadang rasa tak stabil dan beremosi. Menangis orang kata itu jalannya, tapi tiada kesudahan kan....menangislah kalau itu boleh buat aku tenang. Tapi bila kita kembali kepada mentor kegemaran julia ini, ketahuilah ini yang julia dapat jawapan hari ini.

Semuanya tentang Allah, bukan mencari penghargaan manusia. Kita tahu kah manusia hargai itu ikhlas atau tidak kita tak perlu fikir, penat macam mana sekali pun tak semua manusia nampak, nampak luaran sahaja tidak mencukupi, natijah motivasi tidak di palu sebaik mungkin goyahlah kita. Maka cepat-cepat keluar dari situasi itu julia.


Alhamdulilah, bila julia mencari jalannya, Allah tunjukkan julia di paparan FB Prof Dr. Muhaya tentang Ramadan. 

"Besarnya kuasa niat kerana Allah, bukan kerana Manusia. Amalan itu hanya dengan niat, akan dapat balasan berdasarkan yang diniatkannya. Jadi kita tahu sesuatu kalau kita niat sesuatu kerana Allah hanya mencari redha Allah, bukan penghargaan manusia semua akan berjalan dengan lancar dan kita akan redha dengan apa sahaja keputusan yang kita akan buat. "

Banyak jaga hubungan. 

Esok julia kongsikan Vlog Ramadan Prof Dr. Muhaya hari ke-3 dan seterusnya. 
Selamat Celik Hati, Minda, dan Kesihatan.

0 Comments