Clutch? Apa itu clutch? Clutch ni ikut fahaman julia untuk senang fahamkan korang, adalah sejenis purse. Purse je? Aah purse tapi yang berbentuk lebih elegan dan good looking. Clutch selalunya sinonim dengan wanita, jarang dengar lelaki pakai clutch, tapi zaman sekarang clutch yang berupa beg purse lelaki yang berbentuk besar sedikit yang dipegang ditangan menampakkan seseorang sangat macho!

Macho?
Aah macho adik2, kakak, dan abang sekalian. Sebabnya kalau pakai clutch nak ke meeting atau majlis formal atau tak formal sekalipun clutch pada lelaki nampak sangat lelaki yang bersedia untuk apa jua majlis, upacara atau keramaian. Serius ni, pada pandangan mata julia, bila seseorang lelaki pakai clutch perghhhhhhh nampak macho dan hensemmmmmmmm sgt2. Hahahahhaha.

Comel dan mudah dibawa
Sebenarnya clutch ni memudahkan lelaki mahupun wanita sangat untuk bergaya, kemana sahaja tanpa beg yang besar nak dijinjing. Tau sebabnya? Takkan nak entertain orang ramai, saudara mara, atau majlis rasmi nak jinjing atau galas beg yang besar2, akan menggangu keseriusan nak berbicara satu sama lain kan.

Aksesori zaman kini
So dengan adanya clutch, boleh sisip hp, ic, kad bank, kunci kereta atau rumah dengan satu saiz clucth yang bersederhana besar sahaja. Mudah betul dibawa dan mencari sesuatu benda penting. Beg besar2 bawa pi pejabat atau majlis meeting cukuplah kan. 

Lucca Clutch 


Kebetulan, suami memang bercadang nak mencari clucth for men, sebab beliau minat lihat clucth yang terbaru. Maka kami ke KL Festival je, terjah window shopping. Masa lalu kedai demi kedai belek punya belek termasuk Hush Puppies punya kedai. 

Lucca Clutch for Women
RM199 Lucca Clutch for Women tu adalah harga asal. 
Julia tak berniat pun nak beli sebelum ini memandangkan hanya teman suami yang nak beli sebab ada promosi murah.

Tapi julia beli sebab tergoda dengan promosi yang gila2 murah...tak sangka masuk tepat pada masanya. Cuba bayangkan dari harga RM199 terus jadi RM79 sahaja kerana buat membership!!!!!!!!!

Hensley Clutch
Suami julia punya clutch for men dari RM299 convert jadi membership terus dapat RM115.
Murah kan? Asben julia banyak hadiri meeting dan berjumpa ramai orang, sesuai lah dengan dia sebab aksesori ini menampakkan lebih macho personaliti. 

Kualiti memang tip top! cantik!

Mudah nak handle anak kecil juga tau, sebab sambil ber clutch sambil boleh berlari kejar anak hahahah, so tak perlu beg besar lagi untuk ke acara rasmi mahupun tak rasmi. Beg besar sila ke opis sahaja. Mudah!

Siapa kata barang branded original tak buat promosi gila-gila? 
Ada tau tapi kita je kena rajin window shopping, mana tahu selam-selam ada rezeki terkena. Tak dinafikan barang yang ada nama memang kualiti sangat tahan dan bertahun boleh guna tanpa ada keralatan cebisan terkeluar dari benang walaupun pakai lasak. Bukan kata barang murah tak best, best tapi ada kala pening dengan sifat ketidaktahanan sesuatu produk, so baik menabung sekarang, nanti ada sale kaw kaw barang macam ni baru grab ye. Julia suka menabung, ada sale baru beli. Kalau tak bawa je beg biasa-biasa udah hehehe.

Tapi lagi best pi tengok sendiri kat kedai, baru leh pilih mana yang kena ngan korang.
Nak terjah? 

28 Comments

  1. nak gak lah beli clutch ni..
    senang sikit nak bawak.. heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mas, insyaAllah ada lg promosi murah ni di Hush Puppish...sila2

      Delete
  2. nampak gaya shark pun kena bli satu ler nie..
    baru nampak macho..
    kaler pink ada x :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark, satu kemestian jika ada duit lebih baik beli...bukan pakai selalu, untuk acara rasmi its better than nothing.

      Kaler pink hahahhahahha

      Delete
  3. Replies
    1. TQ nad....julia suka simple, warna tu semua masuk dengan baju, ada warna pink tapi tak minat plak hehehhe dah tua kot

      Delete
  4. dengan clutch, seseorang tu nampak lebih classy & gud personality

    ReplyDelete
    Replies
    1. The best comment here is u sis zaza!!! Indeed! :)

      Delete
  5. Suka clutch esp bila pakai utk dinner atau g kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis, mudah sikit nak berjalan, mudah nak capai hp dan duit, kalau beg besar2 adoiyaiiii

      Delete
  6. Jue!!! sep sikit.. farah skrg pun lebih suka guna cluth.. senang nak handle kan.. lawa la cluth jue nie... berkenan btl Farah.. mmg kebetulan dok cari cluth yg baru.. thanks jue share psl benda nie.. nnti nak ajak husband pi terjah outlet hush puppies la.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ farah, nanti terjah tau rasanya ada lg promo ni murah gilaaaaa

      Delete
  7. ya Allah cantiknya. Harga pun sangat2 ok

    ReplyDelete
  8. ya Allah cantiknya. Harga pun sangat2 ok

    ReplyDelete
  9. Assalam julia,
    ooohooiiii lamanya tak jengah blog uld
    sat3
    nak komen bertingkek3 :P

    p/s : santek la clucth uols :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, bz ke...hehheheh TQ tau sudi komen berjemaah hehehhehe....

      Delete
  10. Diana, sungguh, itu sebab julia pernah rasa mcm mana beza pakai barang murah dan mahal...terutama beg dan kasut...mmg kena cari yg jenama....baru tahan lama dan lasak, kalau murah tp tahan tak pe lah juga tu satu bonus.

    ReplyDelete
  11. terbaik ni julia.
    tq for sharing...
    memang nak cari utk mr.asben gaks ni :)

    ReplyDelete
  12. Suka suka. Simple tp boleh isi macam macam

    ReplyDelete
  13. ingat clutch ni teringat awal ashaari. die suka pakai clucth hehheheheee

    ReplyDelete
  14. haha..kalau laki nad pakai konfirm cicir mana-mana ntah..

    ReplyDelete
  15. smart clutch tu..murah gila ju..berbaloi sgt beli..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)