Jamu mata tengok sat...hehehe inilah Mi Kari Ho Yin yang popular sampai bersesak waktu pagi sampai tengahari sahaja disediakan di restoren ini. Macam biasa, bila orang KL singgah Kuantan harus pekena dulu Mi Kari untuk sarapan. Kami sampai sini waktu orang tengah sibuk bekerja, makanya tiadalah aksi berebut tempat duduk dan kerusi waktu ini. Dulu masa balik kampung suami sini, datang awal punyalah ramai orang, kena beratur tunggu turn nak makan, bukan tak boleh tapau bawa balik makan di rumah mertua, feeling tu tak sama makan di restoren ni guna chopstik bagai, lihat gelagat orang sambil makan, hirup udara pantai teluk chempedak buat rasa mi kari ho yin sedap lain macam.

#gengmakansedap
Anda pasti percaya, ini entry kali ke berapa dah saya up pasal #gengmakansedap beberapa tahun lepas. Rasa dan kualiti mi kari ho yin ni tetap sama, tetap asli, tetap halal dan tetap sebijik sama rasanya tak berubah sejak julia diperkenalkan oleh suami masa baru-baru kahwin, masa tu julia memang benci makan mi kari, tak reti, tapi bila dipaksa mencuba..........sampai sekarang menaip ni julia mengigau nak makan sini lagi haaaa gitu jadinya.

Bersama anak Qaiser ilman, sedondon tema purple satu family, port makan ada didalam dan di luar restoren. Kali ini kami 3 beranak je makan, makanya pilih port di luar kaki lima senang. Lihat rupa my son, kembung pipi minum air kegemaran dia hehhehe.

Servis Pengangkutan 
My husband ni sibuk lately uruskan perniagaan perkhidmatan click website ---->

Kalau anda mahu tempah dan menyewa bas atau van, just wassup atau call nombor hotline ni 013-6070333. So julia selalu juga ikuti beliau outstation ke mana sahaja time weekend. Seronok sambil temani suami, boleh menikmati pelbagai panorama indah serta port makanan yang lazat2. 

Sibuk pekerja sedang menyediakan hidangan kepada para pelanggan, dengar kata Mi Kicap kat sini pun femes, wowwww.
Tudiaaaa, #gengmakansedap dah sampai ordernya, untuk makluman anda ini adalah set biasa untuk Mi Kari dan Mi Sup. Kalau anda jenis suka makan dalam port besar, order set JUMBO je, mangkuk dia lebih besar dan lagi banyak mi ye, julia request kuah mesti lebih, sebab nak hirup kelazatan kuahnya yang buat igauan hari-hari nak makan tanpa jemu. 

Pautan Kenikmatan
Ada hirisan ayam besar, kerang, tauhu kering, bebola, tauge dan kuahnya.....memang julia tak dapat teka apa ramuan tersembunyi yang direneh setiap hari. Powerfull lah...kalau korang pertama kali hirup kuahnya dulu boleh buat jatuh cinta, dan pastinya korang akan sayang julia sebab terbaca review ini hahahhaha...rekemen!
Kita makan dulu, saje nak tunjuk rupa mi kari yang jadi pujaan kami satu keluarga, arrgghhhh nikmatnya kalau tengah cerita ni mi kari ni ada kat sebelah, untuk pengetahuan korang, sini tak ada cawangan ye, only one! Itu yang rasa nak balik sekejap ke kuantan ni, haishhhhhhh.

Kenyang sudah, alhamdulilah 
Sekarang on the way nak balik KL dah, selesai job suami disini makanya singgah sebentar di deretan jalan besar ada jual bermacam jenis keropok lekor. Tapau jap untuk family di KL.

ABC ni murah harganya tak silap RM3 saje tau.
Banyak kali tanya suami betul ke harga murah tu, macam tak percaya, bila rasa wowwwwwwwww penuh rasa susu dan macam2 manisan jagungnya, kacang merahnya, air gula merahnya, cukup puas hati. Dah lah besar....alahaiiiiiiiii pasti singgah lagi kalau nak balik KL. Moga murah rezeki makcik tu niaga, murah.
Anda nak tau alamat ke Restoren Ho Yin nak pekena Mi Kari femes satu family, ni dia click dibawah story tahun 2013 dulu
Selamat mencuba!

10 Comments

  1. SERIUS HARITU TAK SEMPAT NAK SINGGAH SINI...EHHH CAPSLOCK...SORI AKAK TGH KERJA..HAHAHAHA..TAKE 5 NIH!!

    ReplyDelete
  2. ya lah ayam dia carit besar2..
    menarik mee kari ni. Kalau sis ke sana inshaAllah nak cuba :)

    ReplyDelete
  3. Kenapa nama Ho Yin JJ? Mak ai....mmg puas makan tu nampaknya, ayam bukan main lagi timbui hihi....

    Amboi Qaiser....dpt ais tak lepas straw yeh

    ReplyDelete
  4. aishhhh.....mcm teringin nk mkn jee...alaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. adohai...berpuasa lak hari ni... terliur tgk

    ReplyDelete
  6. huwaaa...lariiiii *sambil tutup mata*

    ReplyDelete
  7. Ikutkan kurang gemar sangat mee kari nie.... tapi tengok isinya ada macam2 nampak best pulak....

    ReplyDelete
  8. Assalam julia,
    ish3
    slurp3 jer iols nengok kuah mee kari itu
    pekat likat terangkat :P
    sekian
    ok bye :P

    ReplyDelete
  9. memang nampak sedap mee kari tu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)