Selepas check out dari Hotel T'Lodge click SINI, Julia bersama anak menemani suami ke depoh penyimpanan bas-bas persiaran Tazben Travel dan rakan seniaga di Kuala Besut. Nyaman suasana pagi hari, mendung dan tika ini jalan dalam kampung sunyi sepi, maklumlah waktu cuti semua masih berada di rumah masing-masing. 

Temani Suami Outstation
Julia suka temani suami, lihat bagaimana dia berurusan kerja dengan rakan seniaga, akrabnya mereka berbicara sesama sendiri. Selesai urusannya di Kuala Besut, suami terus nak bawa kami berdua jalan-jalan makan angin di sekitar Kota Bharu. Wahh pucuk di cita ulam mendatang, bagi julia yang dah lama sungguh tak menjejakkan kaki di bumi Kelantan (dulu 6 tahun lepas kerap pernah ke sini uruskan program kejurulatihan bersama fasilitator) dan kini selepas Kelantan di timpa musibah banjir besar, keadaan dan kecantikan senibina sekitarnya masih utuh seperti dulu. 

Pertama kali melalui jalan ini, dari Kuala Besut ke Kota Bharu hanya memakan masa 30 min je, dekat sangat. Dari jauh dah nampak sayup-sayup KB Mall, besar sungguh, tapi julia tak masuk sebab motif hanya untuk berjalan-jalan melihat kawasan sekitar sahaja.

Suami sempat menyinggah di Pasar Siti Khatijah, macam-macam diborongnya, dodol, keropok dan sedikit buah tangan untuk ibu dan ayah di Kuala Lumpur. Lihat masjid ini semasa suami hendak buat pusingan U, cantik sungguh senibinanya, masih kekal cantik dan mempersonakan sesiapa sahaja pertama kali datang ke sini. Tengok awan tu, seperti ia dalam lukisan kan, julia snap semua gambar ini semasa kereta suami sedang berjalan, rasa tenang sangat dapat mengembara bekerja sambil menikmati alam semesta di negeri orang.

Pantai Cahaya Bulan
Alhamdulilah, sampai juga hajat suami nak bawa julia dan Qaiser ilman menikmati keindahan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Suami memang kerap ke Pantai Timur, cuma isterinya banyak outstation zaman dulu cuma tak berkesempatan menyaksikan keindahan pantai sekitarnya. 

Allahuakbar, julia di belakang cinta-cinta hati ini melihat mereka berdua di sana, cantiknya bukan kepalang Qaiser ilman mendepakan tangannya, tingkah lakunya seperti dia mengucapkan syukur cantiknya alam ciptaan Allah kepada manusia. Anak kecil sepertinya tahu erti hargai alam, apatah lagi kita yang sudah dewasa, ambil peluang beberapa minit cuma untuk menghirup udara segar di sini.

Makan di Gerai Paling Hujung di PCB
Kami bertiga ambil kesempatan untuk merasai masakan disini. Kami order:


  1. Air Kelapa Muda
  2. Nasi Goreng Ketam 
  3. Sotong, udang, ikan celup tepung.

Cukup puas menikmati makanan yang sangat lazat sambil menghirup udara pantai PCB yang sangat bersih. Orang tak ramai masa ni.




Meratah lauk sahaja sebagai menu utama, sotong, ikan dan udang celup tepung ni sangat ranggup, banyak gerai di sekitar PCB, tapi kami memilih gerai paling hujung sekali sebab sangat berhampiran dengan pantai. Best.

Inilah dia Nasi Goreng Ketam, femes juga macam Mee Ketam. Sedap sungguh nasi ni, lain dari yang lain, isi ketam di gaul dalam nasi tu rasa kemanisan ketam asli wowwwwwwww.

Oleh sebab julia belum lagi makan nasi, so nasi ini kami kongsi 3 orang, tak mahu kenyang sangat sebab nak berjalan pula ke pantai kedua nanti.

Kenyang perut suka hati alhamdulilah, panorama indah disini kami dapat, makanan lazat pun kami dapat, syukur alhamdulilah Ya Allah, selepas ini nak tahu ke manakah destinasi seterusnya?

Kami menyinggah pula di Pantai Irama Bachok Kelantan.
Betul-betul berjalan sungguh! 
Tunggu entry akan datang ye. 
Bye!

33 Comments

  1. Antara negeri yg kakak suka di M'sia selain T'ganu ialah Kelantan Ju
    Makanan di sana menjadi kegemaran kami sekeluarga
    Tengoklah Qi pun dah pandai menikmati sedapnya hidangan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie, betul tu kak zakie, makanan di Pantai Timur sedap2 belaka, fresh sambil menikmati angin pantai, yang best yer di sana banyak betul pantai seronokkk...itulah Qi belajar2 makan variasi makanan, alhamdulilah semua dia masyukkk

      Delete
  2. alahai..terliur tgk sotong tepung tu.......mengancam habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suezen, itulah julia yang mengarang entry pun dah byk kali telan ailio hahahhaha

      Delete
  3. Replies
    1. Nasi Goreng Ketam tu memang kaw kaw sedappppppp....tak tipu ni, rasa dia unik sgt, nasi goreng ala2 basah sikit, sedap sungguh rasa manis ketam tu dalam nasi goreng warna fink...

      Delete
  4. SA suka berjln...cuma blom sampai lg ke Kelantan...nampak mcm best je area situ..problem SA ni kalau pi tempat org..mmg xde la nk shopping...lebih pada explore dan menikmati keindahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa SA plan dengan anak datang ke bumi Kelantan, ada pelbagai tempat menarik perlu diterokai disini...sungguh nikmati keindahan tu lg seronok dari bershopping

      Delete
  5. syoknye dpat gi jalan2..sambil kerja..sambil jalan2 ngn family....best2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting FREE aeen hehehe...kalau nak plan cuti waktu bekerja sendiri mmg agak terbatas sebab tak tentu masa.

      Delete
  6. lama dah tah makan ketam sekali tengok ketam lapar pula. hahah

    http://www.adarain.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah bila tgk ketam mcm nak cari sekarang hahahhaha...ok nanti i jejak blog u balik dont worry

      Delete
  7. sedapnye nasi goreng ketam tuu..kecur ailioq..hukhuk..
    amboi qi bkn main lg..dh mcm titanic..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng ketam tu mmg marvelos...teringat2 kesedapan nya...tu lah mama dalila tetiba depa tgn gitu...seronok sgt tgk pantai

      Delete
  8. Akk plg suka jejalan belah pantai timur.sbb makanan dia rare n murah2..ma abh akk org belah sana.tp dh jarang blk sbb dh xd sapa sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru tau asal ibu dan ayah sis dari orang pantai timur...oh dah xd sedara sgt ye...alaa rugi ye x dpt balik dah kg

      Delete
  9. Tazben Travel ni dpt pujian drp penduduk Besut..patut la mcm pernah dengan nama Tazben Travel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 JMR, terkejut sebenarnya baca komen dari JMR, alhamdulilah satu testimonial buat Tazben Travel...nanti julia minta suami bacakan komen dari JMR, sure dia ucap terima kasih kembali.

      Delete
  10. emi sendiri belum pernah makan nasi goreng ketam ni ju.. nampak cam sedap.balik kg nanti blh la try.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emi, mmg sedap betul2, nak cari gerai plg hujung kt PCB tau, kalau buat sendiri tak sama juga rasa mcm kt kedai ni heheh

      Delete
  11. Wahh kampugn saya ni.. eh dah cantik dah dorang buat pesisir pantai tu. Rindu nya la hai.. seronok kan makan2 kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama JJ asal kelantan ye, wahhhhhhh bila nak balik Malaysia ni, leh jumpa JJ and adiknya

      Delete
  12. Makan-makan sambil kena angin petang tu.....memang layan laaa

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Dewi Aja, nanti saya lihat link berkenaan ye.

    ReplyDelete
  14. Mama diana, Qi tu memang bersungguh buat apa pun...semua dia nak buat sendiri...konon dah jadi abam besar hahahha

    ReplyDelete
  15. Kumpulbagi lg ada gangguan :( tapi sebentar lg semoga2 bisa dipake lg.

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Hehehehhe...asik tgk dik nani up makanan...akak pun sama2 up hehehhehe

      Delete
  17. banyak berubah dah PCB skrg dengan dulu.. lama tak ke Kelantan..
    ketam?? memang sedap kalau makan.. tp bila dah makan mulalah akan menggaru mcm haper je nanti.. hehe dapat tengok gambar & telan ailio je pun jadilah.. sobs :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke sis...julia pestime sampai sini...almaklumlah jauh nak mai guna jalan darat...mujur suami outstation sini...

      Delete
  18. Assalam julia,
    eeeeeeeeeeeeiiiiii
    geram betoi laaaaaaaa nengok segala celup2 tepung tuuuuuuuuuuuuu
    kelantan n ganu memang best kan3

    ReplyDelete
  19. julia.. fifi teringin nak g KB lagi.. last 2 tahun lepas rasenye.. tak puas makan makanan kat sane.. aman damai tenang.. indah.. dan paling best.. islamic..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)