Advertorial

Tak Pekena Sasau, Kena Mengigau itulah tagline gempak Restoren Azul Authentic Nasi Kukus yang kami hadir untuk laksanakan job food review dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Restoren ini berkonsepkan pada selera Pantai Timur, Kelantan dan difahamkan rempah penyediaan lauk nasi kukus ini diimport khas dari bumi Kota Baharu Kelantan. Macam mana nak pergi sini meh nak cerita...

Landmark:
Nak ke restoren ini mudah sahaja, ia berhampiran dan berhadapan dengan UiTM Cawangan Selayang dan ia juga berdekatan dengan Hospital Selayang. Set je waze terus sampai. Celik mata tengok banner depan kedai. Tagline tu memanggil-manggil untuk kami terus masuk ke dalam...tapi tunggu dulu geng.


Kita selfie dulu ramai-ramai dengan team KBBA depan restoren dulu, bukti yang kami satu hati nak food review sebentar sahaja lagi. Yeahhhhh moh kita ke dalam lihat suasana restoren ini dulu sebelum santap dan cerita lebih detail. 
[Kredit Pic Gopro: Ida Baharum]

Video Keadaan Luar Restoren
Julia sertakan video untuk tunjukkan restoren azul authentic ini betul-betul berhadapan dengan jalan besar Kampus UiTM Selayang, mai waktu pagi hingga petang jangan risau, kawasan parking sangat luas dan besar.
[Click Video]

Orang kuat Julia, kalau dia free dia akan bagi sokongan untuk turut serta, yeahhh, suami julia juga akan bagi respon nanti macam mana rasanya Nasi Kukus yang ada pelbagai aneka Lauk.

Banner dan Harga Tercatat, Jangan Risau
Masuk sahaja dalam perkarangan restoran ini, mata julia terus terpaku pada 3 banner ini, gambar makanan yang diboldkan dalam setiap banner inilah yang kami akan rasa nanti. 

Nampak harga kan?
Tak mahal mana pun sebab itulah harganya dan tiada GST.

Sijil Kelayakan Academy Chef Amer.
Terbukti, owner restoren ini sangat berkemahiran tinggi dalam pelbagai jenis kemahiran dalam bidang makanan. Wowwwwww berderet sijil tersusun, hebat!


Suasana Ruang Restoren Azul Authentic Nasi Kukus
Full house dipenuhi blogger jemputan dan pelanggan yang makan disini, ruang luas, ada baby chair banyak, perabot jenis kayu yang cantik serta ruang pencahayaan baik memudahkan kami makan dengan tenang sekali. 
[Click Video]


Beratur panjang dah haa, apa lagi jom kita order dulu.

Nasi KUKUS
Sebut nasi kukus yang kita biasa dengar bersama ayam goreng kan. Pernah dengar nasi kukus daging kerutuk dan nasi kukus ikan keli berempah? Inilah kelainan yang kami cuba disini, bukan setakat ayam berempah tapi ada daging dan ikan keli, versatile sungguh menu yang disediakan untuk setiap pengunjung yang bertandang. Jom lihat gambar menu yang buat julia dan team KBBA mengigau lagi.

Nasi Kukus Ayam Berempah
Fuhhh ayam berempah ini memang terbaik!
Makan panas-panas dengan set ini bikin hati rasa seriau, ayam dah la besar pastu puas makan sebab isi dia rasa rempah yang diperap dengan sejenis rempah tersembunyi...hmmm gaul dengan nasi kukus, sambal sikit, sayur sikit cukup lengkap dah nutrien yang dikehendaki. Kuah kari tu penuh satu hidangan, nak tambah lagi!

Nasi Kukus Daging Kerutuk
 Set ini suami julia rasa, dia bagi persepsi tentang daging masak kerutuk tu. Dia kan ada darah keturunan Kelantan sikit so dia tau la ramuan asli dari Kelantan macam mana. Dagingnya empuk, lembut dan karinya mewah serta pekat buat suami julia makan membisu.
Membisu seribu bahasa, sebab apa?
Sebab lazat! Hehehhehe haishhh bila cerita balik ni yang menangis ni, perut lapar balik.

Nasi Kukus Ikan Keli Berempah
Anda suka ikan keli? Bagi peminat ikan keli anda sangat beruntung, perapan rempah dalam ikan keli ini pasti buat anda teringat-ingat nak datang lagi, ranggup dan sesuai dimakan bersama nasi kukus.


Inilah dia bagaimana nasi kukus dihasilkan. 1 Mangkuk mewakili 1 hidangan, banyakkan nasi? Boleh kongsi makan dengan anak.

Mi Kari 

Rojak Buah

Air Kelapa Muda


Root Beer Float & Coconut Shake
Julia suggest kalau anda ke sini, order coconut shake. Rasa fresh betul tau tak, pekat dan memang sungguh lazat, anak julia memang suka minum air coconut shake disini, tak masam dan tak manis sangat, just nice.

Air Root Beer pun ada okey, alahaiiiiii cuaca panas-panas hirup minuman ini buat nyaman je, lega.






















Owner Restoren sedang menerangkan 
menu-menu utama kepada Blogger KBBA
[Click Video]


Selingan Gambar Suasana
Rancak berborak nampak suami-suami blogger hehehhehe, seronok dapat makan sedap-sedap ye hihihi... jom kita makan dessert plak.


Blogger Shairazi ni peramah betul dengan anak-anak blogger, Qaiser ilman bersama anak Ben Ashaari bergambar bersama. Kenangan! TQ Razi for this pic. Nice shoot!

Anak Ben Ashaari Qaleef Iman, betul ke ejaan anak ben ni, hahah kalau salah ampun eh, comel je anak ben, sebaya dengan my son Qaiser Ilman. 


DESSERT / PEMANIS MULUT
Empunya restoren ini merupakan Pastry Chef berbakat dalam penyediaan kek dan dessert tapi ia hanya dibuka untuk tempahan sahajaBonus untuk anda jika mahu buat majlis keraian di dalam restoren ini mahupun mahu menempah aneka kek dan dessert boleh lah berurusan terus dengan empunya restoren ye. 

Contact detail last entry julia sertakan.
Jom cuci mata lihat pelbagai kek dan dessert yang dijamu kepada kami.
5 bintang julia bagi, kek, muffin dan biskut yang dihasilkan oleh empunya tuan restoren sangat lazat, tak manis sangat but just awesome. Tapi ini hanya untuk tempahan sahaja tau, kalau nak makan atau buat majlis keraian di restoren ini boleh hubungi ya.


 Testimonial Julia Johari
Terpancul dibibir julia tatkala order Nasi Kukus Ayam Berempah dari Restoren Azul Authentic ini ialah besarnya ayam! Huhh memang besar lah portion ayam tu, bila makan terasa rempah sebati dalam ayam berempah tersebut dimakan panas-panas, dengan sambalnya, sayur dan kuah kari melimpah ruah menyebabkan mulut tak henti nak makan lagi. RM6? Bagi julia sangat berbaloi sebab saiz hidangan memuaskan hati.

Sambal yang dihasilkan dalam nasi kukus ini tak pedas sangat ye, anak julia yang baru nak menginjak 3 tahun ni suka makan nasi kukus ayam berempah, psssstttt julia kena order buat kali kedua sebab sedap sangat ayam tu hahahhahahhaahaha. Bersungguh Qaiser ilman makan, tu tandanya memang sedaplah.

Terpancar kepuasan kami menjamu selera disini, ada kerusi baby mudah sikit nak urus anak kecil makan. Lihat belakang kami ada pelbagai jualan biskut yang korang boleh beli disini juga.
[Kredit photo by Shairazi Azlin]

Kalau anda tak mau makan nasi, ada Mee Kari best.
Ada kerang rebus, fishball, dan kuahnya pun tak pekat sangat just nice. Tak muak makan sebab ramuan yang julia rasa sangat fresh dan tak lemau.

Search Google: Azul Authentic Nasi Kukus


Akhir sekali, julia dan sefamily serta dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Adda dan Suami serta pihak staf Restoren Azul Authentic Nasi Kukus yang bertungkus lumus melayani pertanyaan setiap blogger, sentiasa tersenyum menjawab sesi temu bual, dan sporting lihat kami selfie sana sini dalam dan diluar restoren hehhe. Nanti kami datang lagi!

Blogger KBBA with owner restoren, terbaik!

Julia rekemen kepada anda yang mahu mencuba makanan dari Pantai Timur, setkan waze anda melalui alamat yang tertera dan pacu kenderaan ke sini. 
Tak Pekena Sasau!
Kena Mengigau!

Contact Detail:

Alamat
Azul Authentic Nasi Kukus
No. 47 Jalan PSB Prima Selayang, 
KM15 Jalan Rawang, 
68100, Batu Caves, Selangor.

Time:
Isnin - Sabtu
10.00 am - 6.00 pm

Tempahan:
Khidmat delivery juga ada disediakan untuk 
sebarang pertanyaan boleh hubungi
019-633 9005| 018-369 8456

Tempahan Cake / Dessert:

10 Comments

  1. akak punya entri hari ni buat nani kecur air liur.hahaha

    ReplyDelete
  2. jauh la plak..adeh...sis dh buat sy kecur liur huhu

    ReplyDelete
  3. mentabah la baca entri akak ni

    ReplyDelete
  4. hai sedap nyer la dik jue..dah la akak x makan lagi nie..uhuks..

    ReplyDelete
  5. amboiii qi..spi pejam2 mata..nmpk sgt 'menikmati' tu..haha

    ReplyDelete
  6. kenal kak. hahah akak yang defend kecik ^_^ uhuhuu macam sedap je nasi dia kak. boleh ler pegi nanti nak try

    ReplyDelete
  7. variety nya pilihan yang ada..
    menarik yang ikan keli tu..
    kalau kesempatan bleh try nnt

    ReplyDelete
  8. Idea jadikan ikan keli sebagai menu lauk pilihan tu pun bagus jugak.... dan harga rm6 memang standard la kan..

    ReplyDelete
  9. Assalam julia,
    ish3
    ish3
    ish3
    ok bye :P

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)