Apa Petanda Anak Kena Gangguan?
Macam mana aku nak mula...tarik nafas jap.
Sebolehnya aku tak nak kongsi dalam ni, tapi hati ibu kuat sangat nak kongsi, tujuan bukan nak buka cerita lepas. Tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman julia hadapi.
Panik!
Beberapa hari lepas, tak ingat hari apa yang pastinya hari Sabtu. My son Qaiser ilman umurnya baru 2 tahun 9 bulan, waktu siang dia tidur macam biasa. Waktu petang dia bangun tetiba matanya terbuntang pada satu arah sahaja. Aku pelik, kenapa tiba-tiba Qi macam keraskan badan, mata langsung tak kelip.
Julia rasa Qi sedih atau nak tunjuk ekspresi merajuk kot macam tu, tapi julia cuba goncangkan badan Qi, macam tak ada apa-apa respon pun, julia jerit Qaiser ilman tengok apa? Qaiser tengok umi ni, adik nak makan apa umi buat, jangan lah merajuk. Qaiser ilman kalau merajuk dia suka diam pastu tengok seseorang lama-lama tau. Memang perangai dia macam itu, tapi takkan dengan cara keraskan badan, keraskan lengan tangan semua.
Mujur time ni walidnya ada dirumah, julia jerittttttttt walid!!!!!!!!! Time ni walidnya dalam bilik air mandi baru balik outstation. Waliddddddd tengok Qaiser ilman ni, merajuk ke ni papa....time ni dalam hati dah mula panik, tapi cuba selindung tak mo cakap Qi lain sangat. Hati ibu, kita seorang ibu kita boleh rasa anak kita adalah seperti biasa atau LUAR BIASA...serius ni aku cakap...hati mak2 pasti rasa, Allah bagi deria tu, buat pertama kali aku rasa...aku rasa lain.
Walid dia tanpa cakap apa2 terus dukung Qaiser ilman, badan dia keras kejung gitu, tangan pun keras. Mata masih tengok 1 arah. Okey time ni julia dah mulaaaaaaaaaa nak berendam air mata, julia cakap walid bawa Qi keluar sekarang!!!!!!!!!!! Sekarang juga walid keluar bawa adik! Keluar!!!!...perintah aku bukan derhaka...tapi aku tak nak Qaiser ilman terusan dalam rumah yang aku tak tau apa yang dia nampak.
Tapi tak keluar, walidnya baca surah di umbun2 Qi, julia dah tak tahu cakap apa dah....kejung, julia kejung kt situ tapi mulut dah mula baca Surah Kursi.....dalam hati pikir macam2 sapa yang hantar...sapa yang hantar...oh tidak time ni masih pikir positif...
Qi kembali okey lepas 5 minit tragedi tiba2 dia jadi gitu....hanya surah Kursi dia kembali sedia kala....hati risau...mood entah ke mana...
Malam menjelma hari yang sama.......
Julia, suami dan Qaiser ilman baru lepas makan malam, beli bungkus je malas nak masak plak. Layankan Qi tengok cerita kartun, bentang tilam lembut depan TV, layan la dia tengok kartun sambil kunyah kudapan...
Sekali lagi Qaiser ilman terpandang satu arah lain tanpa bercakap sepatah pun, julia panggil Qaiser ilman kenapa sayang........Qaiser....Qaiser....Qaiser ilman! Ko tau tak aku peluk dia kuat2 badan dia keras gila, jari jemari dia genggam kuat betul, aku cuba nak buka jari dia genggam kuat sangat2 Allah dah kenapa budak ni, dia langsung tak menangis!
Masa ini julia yang menangisssss gila2.....walid on the spot buka surah Yassin di handphone laungkan satu rumah.
Julia dah tak boleh peluk Qi....julia lemah, julia tak sanggup tengok Qi tiba2 jadi macam ni 2 kali...tapi kali kedua teruk....dia langsung tak respon!
Mujur ada walid dia, terus dukung pusing2 satu rumah, walid dia tak putus2 ucap kalimah Allah di telinga Qaiser ilman, aku????? Aku lemah beb...aku tak daya...aku tak boleh tengok anak macam tu, aku pelik bila anak jadi macam ni aku losttttttttttt....total lostttt....mujur walidnya ada.
Aku sebagai mak...aku nangiss....aku nangis je...patutnya aku kena kuat...tapi ujian sekecil ni pun aku tak daya nak tanggung apatah lagi yg besar kalau menimpa...mujur suami kuat...kuat2 dia baca surah kt sebelah Qaiser ilman...kami tak cerita pada sesapa hal ini, tak nak orang lain rasa gelisah. Biar kami handle sendiri.
Dalam 5 min macam tu juga baru Qi kembali seperti sedia kala...seperti tak ada apa2 berlaku. Ajaibnya surah-surah yang dibacakan...subhanaAllah...dalam masa yang sama julia ambil air sembahyang, solat hajat (dari awal solat sampai habis solat menangisssssss ampunkan dosa anak kecil, ampunkan dosa kami sebagai ibu bapa) minta Allah lindungi anak kecil ini dari gangguan.
Sesuatu yang mungkin kita tak tahu apa yang dia terpandang...
Julia cakap kt walid nanti kita jumpa ustaz mohon bacakan air selawat dan renjis dalam rumah, kita tak tahu rumah anda ada atau tidak termasuk rumah julia, itu sebab julia malas nak kongsi dengan sesapa secara live...julia hanya mampu cerita dalam bentuk tulisan. Ia lebih senang dizahirkan.
Recall petanda gangguan:
- mata melirik kepada satu arah
- badan, kaki, semua mengeras
- bila dukung rasa badan keras
- jari jemari digenggam kuat bila dibuka susah
- tiada respon bila sebut nama si anak
- tidak menangis, tidak bercakap, diam seribu bahasa
- raut wajah muka serius
- 5 minit sahaja terjadi
Kalau apa yang julia list down ini, apa julia teringat, adakah ini petanda dia terkena gangguan. Kami hanya baca surah Kursi dan surah Yassin sahaja. Ingat nak ambil air selawat dari ustaz nak bagi Qaiser ilman minum. Allah....sedih bila ingat balik...dalam sehari 2 gangguan...
Buat masa sekarang, Qi okey lagi...tak nampak lagi keberterusan gangguan...takut jika ia datang lagi! Allah....lindungilah anak ku Allah. Jika anak ku ada berbuat sesuatu kepada anda, maafkan dia...dia masih tak tahu apa2...Allah. :(
16 Comments
allah ju..sedih ai baca...bawak pi jumpa ustaz ju...insyaAllah dorg boleh bgtau punca qi jadi mcm tu...yana boleh suggest pi darul syifa..tp kt bangi jauh sgt pulak ju nk dtg...
ReplyDeletesabar k ju...mungkin gangguan biasa...bukan gangguan jahat yg org hantar..insyaAllah ju..kita doakan qi and family ju selamat dr fitnah dunia, gangguan makhluk halus...take care of yourself...
Darul Syifa pernah dengar...tapi tu lah rasanya mcm tak serius ke rasuk teruk lg...mungkin gangguan biasa tp tu pun dah rasa sebak dah...kaku julia...hanya baca surah kursi je...TQ yana nasihat yana julia ambil...nanti nak bg tau suami kot2 leh pi ambil air selawat dari ustaz dari darul syifa
Deletesaya baca. meremang. mmg btul2 gangguan tu. sebelum tdo, pasang ayat ruqyah. kt bilik tdo shj. hari2 pasang, selain baca yasin tiap2 malam. sebelum masuk rumah, wajib baca ayat kursi, alfatihah & 3 qul. bagi salam kuat2.
ReplyDeleteSekarang ni tiap2 malam pasang...kalau tak dulu kadang2 je buka doa tu...huhhhh ingat Qi dah besar tak de kot nak ganggu...rupanya sangkaan meleset sekali...TQ so much YB Shehan...nasihat julia ambil.
Deleteseram pulak kite baca..kesian pun ye..
ReplyDeletecepat-cepat panggil orang settlekan kak..takut jugak..kesian kat anak akak,,dia dah la kecik lagi..'
take care tau
Huhh akak masih merahsiakan dari atok nenek dia...xmo la diorang risau...sebolehnya handle sendiri...kang ramai2 risau akak plak lagi tensen...ingat nak pi jumpa ustaz...tengokkan Qi kan...TQ puteri Beribiru
Deleteok, cerita Juju ni mengingatkan Farah pada Ash yang kena tak lama dulu... memang kita panik pada waktu tu, tapi kena buat apa yang patut, Farah pun pernah kongsikan entri tentang gangguan ni...
ReplyDeletehttp://www.bubblynotes.com/2015/03/anak-tidur-terkejut-terkejut.html
http://www.bubblynotes.com/2014/02/doa-memelihara-anak-kecil-dari-gangguan.html
TQ so much farah...nanti julia baca entry farah bagi...panik tu mmg sgt2...hati mak ni nangis je keje...huhhhh
Deleteini pengalaman saya ... kami berhadapan dgn makhluk halus sentiasa . dari rumah my bunda di kg sehinggalah di sini , rumah my kakak . dr mana makhluk tu dtg dan siapa yg hantar , kami dah malas nak fikir sbb hari ini buang , esok dtg yg baru ... bab anak2 buah nampak mcm2 dan dgr bunyi hilaian tawa tu dah biasa . mrk pun dah lali ... apa yg kami buat , download bacaan ayat2 rukyah dr youtube ke dlm hphone , tablet n lappy . sebelum tidur , on kan ayat rukyah tu hingga ke subuh n kalau ada gangguan pd qi secara tiba2 ,on kan je ayat rukyah tu dan letak kat sebelah dia . insha Allah makhluk tu tak mengganggu . selepas itu kalau pasti ada makhluk kat dlm rumah , cari ustaz utk buang makhluk tu dan buat pagar rumah ... pernah satu mlm saya masuk bilik , bau najis yg sgt busuk . apa yg saya buat , saya ambil air yassin + ayat2 rukyah yg dah bercampur minyak wangi ( tanpa alcohol ) semburkan di serata dinding bilik . pastikan semburan itu tak menetes hingga ke atas lantai . takut terlangkah pula . pastu on ayat rukyah hingga subuh ... klu tetiba terjaga malam dan rasa ada ganggun , buat solat tahajud ... klu nak amalkan bacaan ayat2 rukyah , boleh je cari kat internet atau youtube atau tanya je terus pada ustaz yg tahu ... klu lost tiba - tiba tak tahu apa nak buat , baca je ayat kursi 7 kali tiup pada air dan sapukan pada muka qi . nak azan dulu pun boleh ... klu boleh , bila baca yassin tu , sediakan sekali sebekas air . bila selesai baca yassin hembuskan secara lembut pada air . air tu simpan buat standby klu sesuatu berlaku pada qi , boleh gunakan utk minum dan sapu pada muka dia ... harap panduan ini dapat membantu ...
ReplyDeleteSurah Ruqyah...baiklah, dulu ada dalam bentuk gajet...mana ntah hilang gajet tu...masa kecil bb mmg Qi sentiasa ada kt tangan gajet surah ruqyah...nanti kena cari balik dalam stor...huhhh pengabaian ingat dia dah besar okey...xd kot terkena ke apa...rupanya...bahaya...terima kasih byk2 Qaseh Vee...nak cuba cara dear buat, sembur sekeliling bilik...tapi meremang plak....mcm nak suruh suami yg buat...kena orang hati kuat ni
DeleteYa Allah juuuu...meremang bulu roma ciknad! Kuatkan semangat ya...ingat, makhluk tu pun ciptaan Allah jugak...dan benda ni terjadi pun dgn izin Allah...bnykkan berdoa dan mohon sesungguh hati hanya pada Allah...Insyaallah doa seorg ibu tiada hijab utk anaknya...*hugs*
ReplyDeleteAllahuakbar. Terkejut Nani baca kisah ni. Dalam sehari dua kali Qi kena macam tu. Moga akak sekeluarga terlindung dari kejahatan benda benda ghaib
ReplyDeleteju..kalau benda ni berulang kalau boleh lebih baik baca sendiri dari gunakan gadget, radio , tv... ayat ayat ruqyah pon seboleh nya kerap dibaca sebab tu ayat gangguan sihir & gangguan jin.. tipulahh kalau tak panik kan.. Sebab Irine pon kengkadang dia boleh say bubye kat dinding.. automatik meremang..ape tah lg jadi macam Qi.. Kuatkan semangat ea Ju..
ReplyDeletemasha Allah..nasib baik qi xde pape ju..risau jgk kan jd kat ank cmni..ayat tu ila dh capture kot la jd kt ktorg jgk..moga Allah lindungi kita dan keluarga dr gangguan mcm ni..
ReplyDeleteAssalam julia,
ReplyDeleteseram iols baca hokeyh
uols kena 'cuci rumah' & pagor rumah yer
kena cari ustaz
jangan tangguh2 ok
moga segalanya baek2
MAIN
Allah.. julia.. panicnye.. ade bawak jumpe ustaz? pergi la.. minta ustaz tutup hijab mata abang qi..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)