Terbaca entry dari Ben Ashaari pagi ini tentang tajuk Anak: Sanggupkah Kamu Mengemis? Allahurabbi, kalau kita ini Allah uji tiba-tiba sahaja hidup berdua dengan anak, atau suami tinggal berdua sahaja dengan anak. Salah satu tiada, bagaimana anak? Bagaimana makan pakainya, kasih sayangnya.....air mata aku mengalir tak henti pagi ini setelah baca entry ben.


Aku selalu fikir, kalau aku berhenti kerja, hanya harapkan pendapatan suami, jika tiba-tiba suami tiada (semua orang pasti akan kembali padanya bukan) termasuk julia. Tapi apa persediaan aku sekarang? Memang pening bila fikirkan tentang masa depan, pening fikir duit setiap masa. Simpanan? Adalah sikit2, setiap hujung tahun dapat tuai hasil Bonus ASB? Mencukupi ke hasil tinggalan kita?

Aku beruntung, anak maktok dia jaga, kalau tiba-tiba aku tiada sekarang, kalau kena kanser kah, kena langgar kah, tiba-tiba meninggal tanpa sebab kah, maktok dialah harapan julia, bukan tak nak bagi saudara mara jaga, berlainan rasanya, kasih sayang yang tak sama macam mak aku curahkan kepada ku...itu sebab aku selesa buat apa sahaja untuk mak dan abah ku gembira. Kerana mereka setiap masa melihat anakku membesar depan mata mereka.

Aku?
Bekerja selagi terdaya, kerana aku tahu ada sebab Allah utuskan aku ke sini, walaupun belum tiba masanya untuk aku berhenti, kerana aku terfikir, tiada sapa dapat tolong anak aku melainkan aku sebagai ibunya sendiri dan family aku. Family lain aku tak harap sangat, sebab aku tahu mereka ada masalah mereka tersendiri, aku tak mahu tambah beban mereka sekiranya aku tiada.

Berulang kali ku ingatkan suami tersayang,
Jika umi tiada....langsaikanlah hutang umi pada anak2 umi nanti, hutang susu, hutang makan, dan hutang kasih sayang, penuhilah dengan sebaiknya, jangan didera perasaannya, jadilah teman dan sahabat baiknya, dengar luahan hatinya, belai jiwa raganya, berikan penerapan didikan islam padanya, kerana dera hatinya seperti mendera perasaan umi telah tiada.....oh anak!

Anak depan mata menangis.....Anak tiada depan mata pun menangis.
Hati tisu mudah mengalir air mata tak henti2 dari semalam.

Aku...masih mencari lubuk yang akan diwarisi oleh anak ku nanti setelah ku tiada.
Harap Allah perkenankan. Amin

15 Comments

  1. juju... x mampu nak fikir lebih.. fikir sikit je pun dah sebak ni..

    ReplyDelete
  2. huwaa....sedih laa..nape buat akak mcm nie...huwaaa...

    ReplyDelete
  3. xterpikir pn kan benda tu.tp pnh jugak ckp kt husband, kalo sy xde mcm mn ye? tp dia xnak ckp benda2 mcm tu..so nak ckp lbh lanjut pn xblh.huhu....arap kalo kite dh xde, ada lah org yg mampu jaga anak kite mcm kite jaga mereka.. sedih lah sis

    ReplyDelete
  4. Kita hanya mampu merancang... Moga apa yang kita rancang itu dimakbulkan Allah..

    Fikir masa depan ni kadang2 buatkan kita takut (akak la tu..).. Serahkan sahaja semuanya pada Allah..

    ReplyDelete
  5. Akak pernah kehilangan suami tak lama kemudian anak2 menjadi yatim sebagai ibu selagi terdaya selagi termampu apa sahaja permintaan anak2 akan dipenuhi sebab selgi akak ada dapatlah mereka merasa joka akak juga sudah pejamkan mata siapa lagi yg akan memenuhi permintaan mereka.


    Tiba-tiba rasa sebak.

    ReplyDelete
  6. sedihnyaa. tak dapat nak bayang apa akan jadi

    ReplyDelete
  7. huaaaa..sedihnya..takleh nak bayangkan..

    ReplyDelete
  8. Yt selalu bayangkan tu semua Ju.. Dan bertambah sedih Yt bila baca luahan hati Ju ni.. Huhuhu...

    ReplyDelete
  9. julia.. fifi pon bace.. sedih sangat.. fifi risau kalau suami takde.. tapi kalaulah jadi.. dalam masa terdekat ni.. mungkin fifi berenti kerja.. ishhh.. tak tau la nak fikir.. takut..

    ReplyDelete
  10. apa2 pun kerentuan Allah tu kita tak boleh nak jangka.. tapi ketentuan Allah tu semua ada baiknya.. inshaAllah.. kalau boleh biarlah kita bahagia dunia akhirat bersama2 keluarga.. :)

    ReplyDelete
  11. tak sempat bace lg entry abg ben..tp dh klik link tu..adoiii..bace entry ju pun mata dh berkaca..xleh nk bayang dear..ila ni dh la mmg jenis hati tisu..huwwaaaa

    ReplyDelete
  12. Assalam julia,
    AMIN
    ok iols emo
    uols ni kan
    pepetang ni baca entry ni ghaser nak terbang balek sajork sob3

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)