SIKAP
Bila sebut perkataan sikap, yang menjelma difikiran kita adalah apa yang kita amalkan dan tunjukkan sesuatu perbuatan setiap hari, sama ada boleh dijadikan contoh atau sebaliknya.
Kali ini julia nak bebel pasal sikap sesetengah pemandu di Malaysia ni...hmmmm aku dah lama pendam, jadi berbirat plak rasa kalau tak luah. Pening aku jadi pemandu dalam Malaysia ni. Bukan nya aku tak boleh bersabar tapi semakin lama hati manusia ni tamak, kedekut, langsung tak mahu bersedekah jalan seorang sikit walaupun jalan tu hanya sekangkang kera je...almaklumlah kereta mewah nak ke naik kt tanah tu sikit hmmmmmmm alasan aku tak leh terima.
KONGSI JALAN
Jalan kampung kecikkan, korang boleh bayangkan jalan kampung kecik macam mana? Aku kereta tak delah besar mana, asal selesa pergi kerja, balik kerja. Yang menjadi masalahnya kereta besar, tak semua perangai kereta besar ni macam ni. Bila jalan kecil kenalah sorang sikit undur atau berselisih ke seberang tanah yang bukannya tanah bertar right.
Aku tak boleh hadam bila kebanyakkan kereta mewah, tak kesah lah kereta apa sekalipun apa salahnya kita BERKONGSI JALAN RAYA. Bukannya sampai bertembung lepas tu buat dek je tunggu la salah satu kereta undur, kena tengok situasi weh, kalau kereta tu nak undur pun kalau kereta kt belakang dah berduyun2 beratur celah mana lagi nak undur.
Kalau dah masuk jalan kampung, jalan kecik, cubalah jangan berlagak macam jalan tu kt hiway, jalan hiway kau nak guna sebesar-besar mana pun tak sapa nak marah.
KURANG PEKA SIGNAL
Kepekaan signal, bila kita jenis orang yang suka menggunakan signal kereta dari sejak awal nak masuk simpang mana, tapi kereta di sebelah jalan buat2 tak nampak signal kita dan terus tekan minyak laju lagi seakan tak bagi kita peluang masuk jalan apa ko rasa? Banyak dah situasi ni aku tengok, bukan setakat aku je rasa hari-hari...bahkan depan mata aku, aku lihat situasi ni makin lama makin menjadi-jadi. Aku dalam kereta hanya mampu gelengkan kepala, pernah juga maki hamun sorang-sorang dalam kereta tapi apa aku dapat? Dosa kan? Tak pasal2 aku kena minta ampun kat Allah sebab tak dapat jumpa orang yang aku maki tu.
Aku ubah pola aku, doakan sang pemandu tersebut semoga Allah berikan dia hidayah. Penat kot stresskan diri dalam kereta, kita nak pi kerja dan balik rumah dengan tenang dan dapat keredhaan Allah, tapi kalau kita dah lalui situasi yang tak baik di atas jalan raya, hak milik bersama di buat macma hak sendiri, kepentingan sendiri, dimana nak dapat ketenangan tu???
Memang la sesetengah orang dan masyarakat berkata,"Biarkanlah mereka, jangan ambil kisah sangat, masalah kecil je, buat tak tahu sudah, kita bukan boleh lebih-lebih sangat nanti semua upload kt FB lah, IG lah, Twitterlah". Memang betul apa kata korang tu, biarkan mereka, tapi sampai bila?
UBAHLAH, DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN BERSAMA
SIKAP tu kena di didik sekarang, nak start dari mula daH tua kan, tak ada erti kata kau, kaulah, aku, akulah!...jangan amalkan gaya macam ni, aku tak nak lah bebel lagi pasal sikap sesetengah manusia yang sangat azab pentingkan diri semasa jadi pemandu.
Aku nak, sebagai suara kecil yang aku pandukan didalam blog ini, mari kita semua sepakat jadilah pemandu yang bertimbang rasa.
TIPS JADI PEMANDU DISAYANGI OLEH PEMANDU LAIN DIATAS JALAN RAYA
Nak buat sedekah amal jariah percuma atas jalan raya ni banyak sebenarnya.
- Bagi peluang pemandu yang sudah lama bagi signal nak masuk jalan korang;
- Angkat tangan setelah pemandu bagi peluang jalan dekat korang, nampak seronok sangat-sangat sikap tu. - (JULIA SUKA AMAL MACAM NI, PUAS HATI BILA LIHAT PEMANDU SENYUM KEMBALI PADA KITA)
- Berkongsi jalan - kalau masuk jalan kecil yang memerlukan kita berselisih dan masuk ke jalan tanah yang tak berlubang, berbuatlah demikian, sebab kalau harapkan 1 sahaja kereta berbuat demikian, tak adil kan.
- Jangan emosi berlebih-lebihan - bila kita nak laju, tengok kereta depan bawa slow, jangan hi bim keterlaluan, cukup sekadar kita ubah laluan ke kanan atau ke kiri. Mungkin ada anak kecil atau sesuatu di dalam kereta yang menyebabkan dia perlu bertindak sedemikian. Kita kena fikir orang lain juga ye, jangan fikir kita je nak cepat.
- Guna hon seadanya - ni salah sikit hon, lampu isyarat baru nak tukar hijau hon dah, adehhh masalah betul manusia yang suka guna hon tak kena gaya. Fikir banyak kali sebelum nak guna hon, sikap anda tu mencerminkan anda seorang yang terburu-buru.
- Senyumlah sikit - bila kita dah berundur, siap bagi jalan dekat pemandu lain, senyumlah sikit kepada pemandu yang didepan anda, janganlah asyik masam je, itu kan anda dah buat sedekah padanya, tak pasal-pasal habuk pun x dapat.
Itu je lah, aku nak bebel. Penat aku jadi pemandu dalam Malaysia ni, penat lihat kerenah manusia especially orang Melayu kita ni cukup kuat dengan SIKAP PENTING DIRI SENDIRI. Jangan timbulkan soal gender disini. Kita nak sama ada pemandu lelaki mahupun pemandu perempuan sama-sama bijak menggunakan jalan raya, bukan jalan raya tu dibina untuk anda guna sesuka hati, tapi berkongsilah dengan membahagiakan orang lain dan impaknya akan membahagiakan diri anda juga selamat ke sesuatu destinasi.
Sekian, celoteh tentang sikap.
Selamat beramal dan nasihat diri sendiri juga supaya sama2 beramal.
Selamat Cuti Pekerja 1 Mei 2015 dan Selamat Hari Wesak.
11 Comments
geram dekat manusiayang tek reti bagi signal.yang kita nak kuar simpang punyalah berhenti , dia pulak elok je masuk. Bagilah signal tak payah kita berhenti kat simpang lama-lama.
ReplyDeletebetul2..sy pulak sejak keje kat tmpt jauh, mcm2 ragam pemandu yg sy jumpa..aduhai..
ReplyDeletetak suke org tak bg signal.. agak die igt boleh berinteraksi dari hati ke hati kot.. panas je hati... tetambah fifi ni.. naik motor kot..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, baikk. memang tengah cuba belajar bawa kereta elok2. keluar simpang masuk simpang bagi signal. heeee hope dapat jadi pemandu yang berhikmah :)
ReplyDeletejulia..cerita pasal driving ni memang blh sakit jiwa..pepagi hanta ank kat pengasuh pun dah tensi..sbb jalan sempit..kereta main parking mcm jalan atuk dia yg punya...hadoii
ReplyDeleteYer la julia.. mmg begitu la sikap pemandu malaysia.. kadang2 buat kita stress jer.. dah jadi buluh la tak boleh buat apa..berbuih mulut kita nasihat pun kalau dah begitu sikap mereka tak boleh buat apa dah.. harap sangat depa baca apa yg julia share nie..kot2 la boleh timbulkan keinsafan pada mereka.. =D
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletekalau kat sabah ni rasanya panjang lagi julia bebel....huhu
ReplyDeletepaling pantang klu dok belakang org yg mcm xtau arah tuju, pastu bile potong die, tgk die tgh main henset..rs nk langgar je..hahahaha (gurau je) tp siyes bengang..
ReplyDeleteAssaalm julia,
ReplyDeletemanusia oooooo manusia
he3
moga2 sikap kita baik2 sajork kan3 :)
AMIN
Setuju Julia.. pagi pagi kalo drive boleh make my bloog go upstairs ok
ReplyDeleteWanita dikecam kerana Jerawat
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)