Makan Tengahari BAYOU COFFEE HOUSE, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya | Food Review
Mahu makan tengahari? Sajian Melayu asli yang sungguh mewah dengan citarasa masakan tradisi dengan suasana romantik berdepan club golf dan taman tasik cyberjaya adalah pilihan menarik kali ini. Bayou Coffee House juga ada menyediakan khidmat katering untuk majlis keraian, majlis perkahwinan, kenduri kendara, pertunangan dan event-event korporat mahupun event family day yang anda hendak realisasikan semuanya hanya di sini.
Lihat mewah sungguh masakan yang disajikan, kami ada event di Kelab Komuniti Cyberjaya dan catering Bayou Coffee House ini menyajikan pelbagai menu buat peserta yang join Bloggers Day Out pada ahad lepas. Bagi julia, julia bagi 5 bintang menu-menu yang disediakan kerana cukup segala ramuan dan rempah serta dessert yang mengiurkan. Kalau anda datang ke sini pasti tak lokek untuk makan lagi sebab ia menyediakan kemudahan tempat duduk dan meja yang sangat luas dan besar. Jom lihat hidangan disini.
Ulam-ulaman sangat meriah beserta dengan sambal belacan fuhhh, kalau anda sedang berdiet, jangan risau, disini ada pelbagai jenis sayur berupa ulam-ulaman, buah-buahan serta dessert yang jarang sekali kita dapat contohnya Tapai Pulut.
Lihat betapa khuyuknya semua Blogger KBBA sedang berbufet, fuh permandangan yang cantik, selesa, berhawa dingin, sedar tak sedar dah berpinggan menambah heheh.
Julia paling suka menu Rendang Tok, dagingnya sangat lembut, tak liat dan rempahnya cukup sedap ditambah pula dengan ulam-ulaman serta sambal belacan lagi menaikkan nafsu nak makan.
Sedutan Video Live Julia dari Bayou Coffee House Cyberjaya.
Mahal?
Tak mahal mana pun sebab berbaloi dengan pakej tempat yang ekslusif serta mewah disediakan sebab sangat memuaskan hati.
Tempahan
Tak mahal mana pun sebab berbaloi dengan pakej tempat yang ekslusif serta mewah disediakan sebab sangat memuaskan hati.
Tempahan
Call: 03-8318 0008
Email: bayoucateringcyberjaya@gmail.com
9 Comments
sedapnyaaa kak :D
ReplyDeletejulia terkenang kenang rendang tok, yoorin terkenang2 pulak ikan tenggiri brempah tuuu..sedapnyyeee
ReplyDeleteWah... banyaknya pilihan makanan.. menarik-menarik
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleterindu nak makan sana
ReplyDeleteMeriahnya hidangan...boleh hilang kawalan ni makan kat tmpat camni...haha
ReplyDeleteterasa lapar..
ReplyDeletesedapnyeee..
ReplyDeleteberbunyi perut tgk masakan kampung..
Assalam julia,
ReplyDeleteoooooooo masak lomak ku sayam he3
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)