Perut keroncong, kerja dihari weekend bantu uruskan syarikat suami, teringat nak review makan nasi lemak antarabangsa anjuran dari Kelab Blogger Ben Ashaari, kali ini terus kerinduan makan di Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Kampung Bharu Kuala Lumpur. Seawal jam 5 petang kami dah sampai disini, kelihatan ramai sungguh masyarakat Melayu bahkan kaum Cina dan India juga meminati Nasi Lemak Antarabangsa. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami nak merasai aneka makanan tradisional nasi lemak yang sejak azali sudah terkenal. Signboard diatas ini bagi julia tersangat rare, mungkin signboard inilah pertama kali tuan kedai mula-mula beroperasi sehinggalah bertukar kepada sigboard terbaru yang nampak moden dan gah seperti gambar dibawah.


Sampai Akhirnya
Tuan blog pakai tema hijau kebetulan sama dengan tema warna kedai ni yang serba hijau kekuningan hehehhehe, time ni tengah menunggu aneka lauk dan nasi lemak kukus yang sedang disajikan. Kelihatan pekerja-pekerja di restoren ini sedang sibuk menyiapkan kelengkapan khas untuk bersiap siaga menjual nasi lemak femes in town. Tak sabar nak makan, lapar hehe. Baru jam 5 petang, ramai dah mulai beratur panjang, suami, anak dan saudara bersabar menunggu giliran hihi.

Macam-mana menu antaranya anda boleh pilih:
  1. Ayam Goreng
  2. Ayam Masak Merah
  3. Ayam Masak Rendang
  4. Sambal Ikan Bilis Petai
  5. Sambal Kerang
  6. Sambal Sotong
  7. Tempe Goreng
  8. Bergedil Goreng 
  9. Paru goreng
  10. Telur Puyuh Rebus
  11. Telur Rebus
  12. Telur Goreng
  13. Timun/Kacang Goreng
  14. Sambal Meletup Nasi Lemak Antarabangsa
Tudia lauk-lauk yang boleh di pilih di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, meriah, ni tak letak habis lagi ni.

Rendang Ayam Paling Awesome!
Paling menyengat hidung julia ialah Rendang Ayam ini, lalu je hidung dan tekak tak sabar dah nak ambil lauk ni, penuh seperiuk ha, besar-besar plak tu. Kelihatan rempah penyajian menu disini sangat mengamit hati, bukan sahaja sambal biasa, tapi kita boleh rasai lauk pauk pelbagai rasa yang jarang sekali kita boleh dapat di luar sana bila nak makan nasi lemak. Itulah sebabnya ia dinamakan Nasi Lemak Antarabangsa, lauknya antarabangsa betul. 

Sesuai dijamu seisi keluarga
Nasi Lemak Antarabangsa sesuai dimakan dari anak kecil seawal 3 tahun ke atas, sambal utama yang dimasak tak berapa pedas. Lihatlah betapa seronoknya mereka menjamu selera, puas hati.

Nasi Lemak Antarabangsa
Ya Allah, keroncong balik perut tengok nasi lemak yang dijamah oleh suami dan julia ini, nasi lemak telur mata dengan sambal asli beserta paru goreng, kalau anda mahu rasakan nasi lemak yang asli cuba sambalnya, memang rasa nak tambah lagi. Gambar dibawah adalah bermacam-macam lauk yang julia ambil, nak rasa setiap satu, nyata semuanya sedap. Puas hati lah.

Ramai tanya berapa harganya? Berbaloi-baloi dengan kesedapannya, tak mahal seperti apa yang anda bayangkan, kalau murah tapi tak sedap pun tak gunakan. Mai makan ramai-ramai jom!

Temuramah Pelanggan Setia Nasi Lemak Antarabangsa - Puan Zakiah
Anda click video ini yang julia snap khas untuk tatapan anda, pasti anda sendiri dapat menilai bagaimana rating Nasi Lemak Antarabangsa ini menjadi sebutan dikalangan masyarakat. Untuk makluman, Puan Zakiah ni turut sama beratur di belakang julia, peramah puan ni cerita tentang tarikan nasi lemak antarabangsa yang senantiasa beliau minati selalu. Nyata, ia memang pilihan masyarakat ramai, kalau tak, takkan seawal jam 5 petang orang dah beratur dan tapau banyak nasi lemak kt sini. 

Ia dibuka dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. 

Alamat:
4 Jalan Raja Muda Musa Kg Baru
Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +6019 881 8080 Fax : +603 6204 5688

6 Comments

  1. Perghh sedapnya kak. Tak sabar nak try hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  2. amboi kak mentang2 sedap semua lauk kasi bedal yekk hihihihi

    ReplyDelete
  3. Assalam julia,
    kelempung a.k.a paru tu yang tak menahan niiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  4. terbaekkk ju..siap buat video temuramah..sedapnye tgk nasik lemak tu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)