Kredit: Google Picture

Bila suami outstation sebab sibuk kendalikan syarikat Tazben Travel Sdn. Bhd. maka julia dan anak pun mengikutinya bila cuti mengizinkan, kali ini bertolak dari KL - Besut Terengganu, tapi ada persinggahan sehari semalam di Bandar Kuantan Pahang. Ada meeting sikit di sana yang suami perlu attend. Kami berdua? Apa lagi menginap di hotel je lah, nak berjalan pun hari dah lewat nak senja gitu, so suami suggest menginap di Hotel Greenlast di Bandar Kuantan Pahang. 


Hotel Bajet Bersih
Hotel ni boleh dikategorikan sebagai hotel bajet bagi pandangan mata julia, sebab kawasannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, just nice mata memandang. Yang menariknya, hotel ini berwarna kuning terang dari jauh dah nampak tau bangunan tinggi ini. Sebelah hotel ini ada kedai makan Melayu/Mamak la senang kata, oh julia paling suka part hotel bajet ada gerai makanan berdekatan senang nak menapau atau makan disitu saje tanpa perlu menaiki kereta. Jimat!

Kredit: Google Picture

Dari KL - Bandar Kuantan hanya memakan masa hanya 2 jam lebih je, tak lama pun. Nak lepaskan penat, hotel ini menjanjikan keselesaan bagi anda kalau mahu menginap secara beramai-ramai atau personal. 

Perkhidmatan Ekslusif
  1. Membership - Harga membership lagi murah.
  2. Lif yang comel je, tak perlu naik tangga ada sebab ada lif memudahkan kita membawa barang dan stroller baby.
  3. Ruang bilik hotel luas - kalau family ramai, leh bawa toto tidur kt bawah katil.
  4. Bilik air luas - sesuai sangat untuk bawa family ramai sebab bilik air tak sempit.
  5. Katil besar - puas tidur sebab empuk sangat/bau bersih.
  6. Aircon moden - bukan aircon zaman purba bunyi bising tu.
  7. Parking luas dan banyak.
  8. Telefon.
  9. WiFi laju.
  10. Kettle.
  11. Astro.

Jom lihat gambar review julia menginap di sini.


Puas Hati
Tidur semalam lena sangat, sebab katil empuk hahahhaha tak sedar dah pagi nak subuh, time ni nak check out dah, suami bergegas dari Kuantan ke Besut dengan team Bas Persiaran Tazben Travel. Cantikkan ruang legar hotel bajet ni, mengamit perhatian anak saya siap bergolek-golek lagi kt sofa tu, alahaiiii beraircon lagi tau sejuk campur lapar dah.

Well as usual, dimana ada cermin disitu Julia ada....sory i tak malu okeh hahahhaha...cantik sangat hotel bajet ni, itu sebab julia ada cita-cita nak buat hotel bajet kalau ada rezeki, sure modal besar huhhhhhhh angan-angan je lah jue...eh mana tau kot2 tua2 aku leh buat hotel bajet, aku dah review banyak tempat hotel bajet hampir seluruh Malaysia tau. Dari situ aku belajar pro and cons....i love hotel bajet yang super nice taraf 5 bintang!

Nombor contact dan alamat Hotel Greenlast Kuantan, ada 2 cawangan dibawa groups hotel ini tau, marvelos, korang leh menginap mana satu pilihan korang. Thumbsup.
Harga?
RM119 semalam (No Membership)
RM99 semalam (Membership) 
RM10 (Kad Membership)

Kami menginap dengan harga RM99 sahaja semalam, murah kan!
Memang sudah lama suami buat membership tu sebab kenal tauke hotel tu hehehhehehe murah kan? So apa lagi langgan hotel bajet yang taraf sama macam hotel mahal, jimat dan selesa. 

Okeylah, lepas breakfast kt sebelah hotel tu pekena roti canai banjir, start enjin Kereta Trooper terus melangkah dengan bacaan bismillah, terus ke Besut, Terengganu. Suami nak jumpa rakan niaga Tazben Travel di sana. Ini merupakan perjalanan pertama kali julia dan Qaiser ilman ke Besut. Doakan kami. Amin.

Ada lagi cerita pasal hotel bajet super best di Besut...tunggu next entry tau....byeeeee

8 Comments

  1. bestnyer...juju gi jenjalan eh..

    ReplyDelete
  2. semoga cita-cita nak bina hotel bajet sendiri tercapai. Info bagus tentang hotel. Maybe suatu hari boleh jalan2 sana.

    ReplyDelete
  3. Murah...tp menariks....kalau singgah kuantan. Mmg iols tidur sini la..tq juju

    ReplyDelete
  4. Murah...tp menariks....kalau singgah kuantan. Mmg iols tidur sini la..tq juju

    ReplyDelete
  5. julia.. semoga impian julia nak bukak hotel bajet ni tercapai.. inshaAllah.. fifi doakan..

    ReplyDelete
  6. yesss..suke hotel bajet yg murah+selesa+bersih mcm hotel2 mahal tu..xsalah berjimat tang hotel tu kan..duit tu blh pakai utk benda lain klu gi bercuti ni..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)